Voucher2 shopping parkson dan isetan

Sebarkan...Share on Facebook

Ehhh……… dah seminggu berlalu semenjak cerita masak2 tu.  I suri rumah yang sibuk, ye. Hee….. hee….

Bulan bila entah i dapat shopping vouchers parkson dan klcc lagi.  Lepas tu rasa nak simpan dulu kat tempat paling selamat……… rupanya terlupa terus.  Hari tu, kemas2 almari, jumpa balik.  Baik i pakai terus je.  Nanti simpan2, takut terlupa terus lagi.

Jadinya, baru2 ni tanpa berlengah2, i pun pergi ke KLCC untuk habiskan voucher2 tu. Masa kat rumah tak terfikir lagi nak beli apa.  Yang penting, nak buat kerja cepat. Hari tu kan dah beli semua perfumes untuk lelaki je.  Mungkin kali ni i nak tengok kain baju, seluar ke……

Cerita2 ni wajib dibaca:

BILA ADA SHOPPING VOUCHERS

PRODUK PLASTIK DAN PEWANGI BADAN

 

Hari tu jugak, kan i dah pakai vouchers isetan untuk ‘beli’ mangkuk2 lauk.  Tengah tak da mood nak beli lagi.  Nasib baik dah mula dipakai.

Motif i tak nak berlama-lamaan kat KLCC tu ialah pasal, nanti parking kena berbelas ringgit. Nak pusing2 setakat satu jam je, tak mungkin dan tak sempat.  Vouchers isetan senang sikit nak pakai, pasal ada supermarket.  Mungkin boleh pakai untuk barang2 dapur.

Mula2 i masuk parkson dulu, nak cari kain baju, seluar.  Lepas tu, aaaiyoo……. bahagian atas2 tengah tutup pulak untuk renovasi.  Yang tinggal bukak tingkat perfumes dan mekap je. Rosak rancangan i.  Nampaknya kenalah berlegar kat tingkat tu je.

Nak beli benda2 mekap, nanti tak pakai sangat.  Takkan nak kena beli perfumes lagi kot. Kawasan kasut dan handbags pun dah takda masa tu.  Ok…. dengan pantasnya i pusing ke sana ke situ untuk tengok perfumes yang menarik.  Padahal kat rumah masih ada lagi perfumes yang belum nak habis pun.

Nak tak nak, kena habiskan jugak vouchers parkson hari tu.  Tak kuasa i nak tangguh2 lagi atau nak kena pergi shopping mall lain.

Dalam banyak2 perfumes masa tu, i ternampak set yang ada beg praktikal untuk nak isi barang2 balik kampung. Harga satu set perfume tu i dah tak ingat. Tapi cukup lah kalau nak habiskan sekali gus vouchers yang i bawak tu.  I tak pernah beli brand ni untuk i.  Lepas tu tak pulak ditulis untuk lelaki atau perempuan je.

Cuba bau dulu…… ehhh, ok…..

20150529_180055

RALPH LAUREN

Tengok2 beg tu besar, tapi sayangnya takda zip.  I nak cuba tanya kat kedai boleh jahitkan ke tak.  Ok, selesai sudah satu tempat.  Nasib baik ada stok beg baru. Pantang betul i kalau benda2 macam ni tak ada stok baru.

 

♥ ♥ ♥

Nak habiskan vouchers isetan pulak.

Pikir2, biar betul i nak beli sayur2 ran dan barang dapur.  Dah beli barang2 tadi dan i pun dah sembur2 perfumes, rasa malas pulak nak pergi ke kawasan supermarket. Nanti bau2 bercampur-aduk.

Naik turun, naik turun, nampak mangkuk2 yang i beli hari tu.  Dah nekad memang tak nak beli.  Tak nak nanti tangan penuh dengan perfume, mangkuk2 lagi.  Lagi pun i memang malas nak angkut barang2 turun naik parking hari tu.  Nak cepat kan…..

Dipendekkan cerita, i ada jugak beli barang dapur pasal dah tak nak beli kain baju, seluar dan masih ada baki vouchers. Antaranya lemon2 untuk masak2 hari tu. Dah baca ke belum cerita tu???  Baru je minggu lepas i tulis.

Lain2 vouchers i pakai kat kedai beg naraya.  Beli beg kecik2.  Pasal dah tak tau nak beli barang apa lagi, jadinya, i turun balik ke tempat perfumes dan mekap jugak.  Tiba2 rasa semangat je tengok tempat mekap dan produk2 skincare.

Fikir2 kang kalau beli mekap atau skincare mahal2, takut jadi berlonggok kat rumah tak terpakai.  Nampaknya kena………. tengok2 perfumes jugak.  I sekarang kalau pergi mana2 tempat shopping dah malas nak fikir panjang, nak beli ke……??? tak nak beli ke…… ???  Apa ada depan mata, i cepat2 buat keputusan.  Rasa tak nak……. tak nak…… Tak perlu nak buat analisa itu ini. Menyesal ke, tak menyesal ke…… kalau beli atau tak beli.

Jadinya, pusing2 lah i kat tempat perfumes.  Ternampak lagi satu beg balik kampung, tapi lain bentuk.  Sekali package dengan perfume jugak.  Ehhhh, bagus ni…….  Brand ni pun selalunya famous untuk lelaki.  Fikir2, alahai…….. malasnya i nak kesian kat husband i.  Dah la hari tu, i pakai habis vouchers untuk semua perfumes dia.

Brand lain pulak macam takda package yang menarik.  I tak minat sangat body lotion.  Kat rumah pun masih banyak tak terpakai.  Body wash pulak, sayang nak pakai cepat2.  Pun ada lagi terkumpul kat rumah.  Masa tu, ada dijual perfume hugo boss untuk perempuan.  I fikir kalau baunya tak menyelerakan walau pun branded, terpaksa lah i ambik yang lelaki punya. Begnya i boleh ambik.

Lepas tu, masa cuba2 bau…..  ahhh……… sedapnya bau perfume ni.  Boleh lah, ambik untuk perempuan punya.

 

20150529_175752

HUGO BOSS WOMAN

Bagus, dapat pakai vouchers untuk semua barang2 perempuan hari tu.

 

SATU HARI YANG GEMBIRA!!!!

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *