Tengok wayang, makanan berbuka puasa

Sebarkan...Share on Facebook

Sebelum nak puasa hari tu iaitu dua minggu lepas, tak sempat nak tengok cerita Transformers.  Jadinya, kena lah tengok weekend lepas.  I yang beria2 nak tengok, mengalahkan budak2 sekolah.  I dan famili pergi tengok malam.  Ingatkan tak ramai orang………. ramai, termasuk lah yang suka membawa bayi…………. Masa nak balik tengah malam pun ramai orang datang.

Ehhh………..fyi, i dah mula pergi solat terawih sejak dua tahun lepas ye………., takut disalah erti pulak.  Semua cerita Transformers i dah tengok.  I dan husband memang dah mula tengok wayang2 ni sejak zaman berdating lagi.  Nampaknya i ajar anak pulak sekarang.

20140711_174413

gambar transformers yang lama dari buku nota

Ok la cerita Transformers yang ke 4 ni.  Best jugak.  I tak berani lagi nak cakap movie mana yang best atau tak best.  Haa……haa………

makanan bazaar ramadan

Waktu bulan puasa, i kadang2 teringin nak makan benda2 yang lain dari lain.  Kalau waktu berbuka, i dan famili memang tak makan nasi.  Nasi berlauk selalunya makan waktu sahur.  Kalau ada nasi pun, nasi lemak yang kecik.  Yang i tunjuk ni ialah makanan2 yang selalu i beli kat bazaar Ramadan.

Lagipun, tekak masing2 lain2, kenalah beli lain2 jenis.  I punya prinsip senang, i beli dengan orang yang sama menjual setiap tahun.  Lepas tu, ada 2-3 kedai nasi campur yang i dah biasa membungkus lauk pauk, kedai2 ni kalau bulan puasa mesti ada jual kuih muih, mee2, dll.  Jadi, i beli kat situ je.

♥ ♥ ♥ ♥

20140707_120951             20140707_123006

kebab                                                                   roti boom

20140707_124855             20140707_170620

laksa                                                                  nasi lemak kecik

20140707_170706             20140707_171317

murtabak                                                          ayam kfc

Bersungguh i ambik gambar.  Cantik pulak placemat tu.  Antara makanan2 yang i dan famili makan waktu berbuka.  Lain2 macam laksam, rendang & lemang.  Kalau dah tak da mood sangat, fast food pun boleh.  Hee…….hee……..

 

Selamat berbuka puasa ……………………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *