asif8

TEMPAT2 MAKAN DAN BERBUKA PUASA YANG SEDAP DAN MENARIK DI KL (KUALA LUMPUR)

Sebarkan...Share on Facebook

Berikut ialah tempat2 makan untuk berbuka puasa yang sempat i dan famili pergi. Kalau dah tak sempat nak pergi masa bulan puasa ni, bulan tak puasa pun boleh pergi nanti. Ada tempat yang buat buffet, ada yang masak al-carte macam biasa.

DEWAN PERDANA FELDA (buffet)

Saya, famili dan kawan2 pergi masa awal2 Ramadan. Makanan memang banyak pilihan. Masa i datang ni ada makanan arab, macam2 jenis mee, makanan western, lauk pauk pun banyak dan lain2. Cuma air minuman tu walau pun banyak jenis, tapi biasa2 aje. Tapi makanan memang sedap.

Susun atur makanan pun tersusun, tak payah nak berebut2 di satu kawasan. Lain jenis makanan, lain tempat dan dipisahkan. Jadi orang yang datang tak perlu nak berlonggok atau beratur panjang di satu kawasan.

felda7iklan

felda2ala Arab

felda4nasi dan lauk pauk

felda6kambing dan sos black pepper

felda5air zam-zam pun ada

felda1buah-buahan dan bubur

felda3baklava dan lain2 manisan arab (sedap dan tak terlampau manis)

 

♥ ♥ ♥ ♥

PIZZA SAN FRANCISCO (cawangan Wangsa Maju)

(ala-carte)

I dan famili pergi lepas maghrib dan berbuka ala kadar di rumah dulu. Nak makan kat restoran macam ni kena relax. Kalau datang untuk berbuka puasa, seeloknya buat booking dulu kerana restoran ni pun selalu penuh waktu bulan Ramadan.

Dah beberapa kali kita orang makan kat sini terutama bulan tak puasa. Pilihan makanan memang lain dari tempat lain. Kalau datang sini, patut cuba pizza restoran ni. Memang sedap. Tapi, tiap kali datang sini, i akan makan pasta. Pasta pun banyak pilihan.

sanf1nanchos

sanf2pasta salmon 

 

♥ ♥ ♥ ♥

Satu pengajaran untuk i satu hari tu, kalau nak makan kat hotel, sebolehnya jangan walk-in. Lebih afdal kalau booking melalui telefon sahaja. Dah dua kali kes i jadi naik angin. Buffet hotel dah la mahal nak mampus untuk seorang, tapi i dan famili masih sanggup lagi nak buka puasa kat satu hotel ni hari tu. 

Tapi, akibat dari polisi makan hotel tersebut yang agak pelik, yakni kena cukup korum (sifat tamak haloba), i dan famili tak boleh buat booking. Masa ni nak dekat pukul 5.30 petang. Tinggal lebih kurang 2 jam sebelum waktu berbuka. Lantaklah korang….. dan sifat tamak korang.

TAKDA MAKNA PANGGIL BLOGGERS BERAMAI2 UNTUK REVIEW, TAPI BILA PELANGGAN DATANG WALK-IN UNTUK BOOKING, PADAHAL BAGITAU KAT MUKA I, TEMPAT ADA LAGI KOSONG!!!, KORANG TAMAK RUPANYA!!! ADOI TAMAKNYA!!!

♥ ♥ ♥ ♥

RESTORAN COZY HOUSE AMPANG PARK (ala-carte)

Ni lain pulak kes, ni pun walk-in jugak. HM kata cuba je, kalau takda, kita bungkus je kat mana2. Makan jee… pun. Masa ni nak dekat pukul 6.30 petang. Tanya kat Cosy Corner Ampang Park dah penuh, kita orang pergi Cozy House kat hujung satu lagi. Ada pulak meja kosong!

Ni antara lauk2 yang kami pesan. Bayangkan nasi ye. Masa ni nasi belum sampai. Masa kami sampai tu, kena terus order lauk pauk dan minuman. Kena bayar deposit RM50. Efisyen jugak la kalau restoran buat macam ni. Lauk pauk dah terhidang atas meja sebelum waktu berbuka. Cuma air minuman tu pun sampai cepat, tapi cepat jugak cair.

Servis bagus dan efisyen.

cozy1ikan siakap masak stim

cozy4udang butter

cozy3filet ikan masam manis

cozy2omelette dan fries

 

♥ ♥ ♥ ♥

RESTORAN BERIANI ASIF (buffet)

Sedap punya pasal (lamb shank dan mango lassi), dua kali i dan famili datang sini untuk berbuka puasa. Mula2 datang dengan kawan2 waktu hari biasa. Kali kedua masa hujung minggu. Masa hari biasa, banyak pulak parking. Masa datang hujung minggu, walau pun sampai sebelum pukul 6.30 petang, parking dah penuh kat depan kedai ni. Takda pilihan lain, terpaksa parking kat Parkroyal Hotel. Itu pun tingkat 5.

Nampak lokasi memang semacam. Kedai ni kat bawah flat. Padahal kalau jalan sikit ke bahagian belakang bangunan ni, dah nampak Farenheit 88, Jalan Bukit Bintang. Dalam 5 minit jalan kaki sampai ke situ. Pavilion pun kat depan tu.

Nasi beriani restoran ni i suka kerana rasa rempahnya tak terasa. I dan anak2 i memang tak minat kalau nasi beriani yang terlampau rasa berempah.

asif1restoran beriani asif

asif2kalau takda parking, bangunan paling dekat ialah Hotel Parkroyal tu

asif3buffet tersusun rapi dan kemas

Kalau datang sini masa hujung minggu, boleh tak jangan berebut2 nak ambik makanan. Menyampah betul. Pelik pulak masa hari biasa kita orang datang, masing2 sopan ambik makanan. Padahal, kalau hari biasa, orang datang lepas kerja untuk makan.

asif4dekorasi dalam restoran

Surau untuk lelaki dan perempuan pun ada.

asif5lamb shank 

asif6nasi beriani,salad buah dan lain2 

asif7udang pun ada

asif8Ni yang kali kedua kami datang. Dapat meja kecik. Roti naan tu pun sedap.

Ada kemungkinan orang berebut masa hujung minggu tu kerana nak ambik ketam. Patut la i tengok pinggan orang lain ada ketam. I ambik makanan lepas dia orang ala berebut, tak nampak pun ketam. Masa tu chef baru nak letak udang. I pun ambik terus untuk satu famili.

asif9mango lassi yang pekat dan sedap

♥ ♥ ♥ ♥

*Untuk tempat2 makan di atas, sila tengok alamat terkini dan no telefon yang tepat di Google. 

PERKARA2 YANG PERLU DIBERI PERHATIAN KALAU NAK BERBUKA PUASA DI LUAR:
  • Sebelum datang, telefon dulu untuk booking
  • Datang awal untuk cari parking
  • Jangan berebut2 di tempat buffet
  • Jangan tamak ambik makanan
  • Habiskan makanan sampai licin

 

 

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *