bahanikan

SUP IKAN SIAKAP DAN JENAHAK YANG SENANG DIMASAK

Sebarkan...Share on Facebook

Ingatkan i dah tak nak masak lagi sup ikan kat rumah. Kali terakhir i masak sup ikan tak lama dulu, rasa tak berapa sedap dan ada bau2. Sebelum tu pun pernah masak sup ikan dan selalunya mesti i rasa tak puas hati. Entah apa yang tak kena. Kemungkinan ikan2 tu dah lama sangat.

Sebab utama i nak masak balik pasal, beberapa minggu sudah, i pergi kedai nak cari lauk, ternampak sup ikan siakap. Ikan ni i tak pernah masakkan sup kecuali digoreng. Nampak sedap je sup ikan siakap kat kedai tu. I pun beli……

Lepas makan sup ikan siakap tu, tiba2 rasa semangat nak buat kat rumah. Sebab utama, masa i makan lauk ikan tu, takda pun bau2 busuk. Jadi, kalau orang kat kedai boleh masak takda bau, kenapa i tak boleh?

Satu perkara yang i perasan, kedai tu letak halia, tapi halia tu tak dipotong kecik2 tapi dipotong sebesar ibu jari, lepas tu dibiarkan terendam dalam kuah. Tengok potongan halia yang i dah sediakan ni.

Marilah masak sup ikan……

SUP IKAN SIAKAP DAN JENAHAK SEDAP

BAHAN2:

daun sup
lada hitam
carrot (dihiris)
tomato
bawang putih (dihiris)
bawang merah (dihiris)
cili padi
halia (dipotong sebesar ibu jari dan sediakan 2-3 ketul)
gula dan garam

BAHAN UTAMA:

Semestinya ikan siakap dan ikan jenahak. Masa nak beli ikan siakap hari tu, tinggal seekor je. Nampak ikan lain yang rupanya macam sama dengan ikan siakap. Kakak yang jaga kat situ kata yang satu lagi ikan i nak beli tu ikan jenahak. Boleh lah……

Selalunya ikan2 ni belum dipotong lagi kat pasaraya. Tengok saiz ikan yang besar (jenahak) i suruh kakak tu potong 4, yang kecik (siakap) potong 3.

ikanmentahikan siakap dan ikan jenahak

Yang paling penting, masa nak bersihkan, memang kena bersihkan betul2. Ikan2 tu dah siap dibelah2 kat kedai jadi sambung bersihkan kat rumah. Boleh basuh dengan limau atau lemon. Nampak tak i rendam dua kepala ikan tu. I rendam sekejap dengan lemon.

CARA SENANG NAK MASAK SUP IKAN SIAKAP DAN JENAHAK

ikanperiuk

1. Panaskan periuk. Letak sedikit je minyak. Tumis sekejap bawang putih, bawang merah dan cili padi.

2. Perlahan2, masukkan air sedikit demi sedikit.

3. Masukkan carrot, tomato, halia, lada hitam, gula dan garam. Letakkan sedikit daun sup.

4. Kacau2 dulu kuah dan perasakan dengan garam dan gula.

5. Biar kuah tu masak sekejap dan rasa.

6. Bila rasa kuah dah sebati, masukkan ikan2 dan daun sup yang selebihnya.

Macam ikan sup ni, i tak terbalik2 kan ikan. Kemungkinan akan hancur.

Masa untuk menunggu lauk ni siap sepatutnya 15 minit.

Sup ikan yang dah siap……

ikankuahsup ikan

Tak kesempatan nak buat plating cantik2 pasal ni je bahagian yang tinggal!! Carrot pun dah habis.

SEDAP!!!

Yeaaa…… berjaya masak lauk ni tanpa ada bau2 ikan yang tak sedap.

…….

Dua kepala ikan tadi i goreng dan i buat sekali telur dadar.

ikangorengkepala ikan goreng siakap, jenahak dan telur dadar

(nampak macam sama je kan dua kepala ikan tu!)

Semenjak i tengok rancangan masak2, i dah terikut2 cara orang putih masak ikan. Kalau nak goreng ikan, cuma perasakan dengan garam dan lada hitam je.

Dapur dan rumah jadi kurang berbau. Kalau ikut cara melayu guna garam dan kunyit, bau sampai satu rumah dan boleh sampai ke rumah jiran. Rasa betul je teori ni.

Tips untuk memasak lauk ikan berkuah:

Selalunya, setiap kali i nak masak lauk berkuah, terutama ikan, i masak dulu kuah sampai menjadi. Perasakan siap2 sampai kuah rasa sebati. Lepas tu baru masukkan ikan.

Untuk lebih sedap, seeloknya masak dua jam sebelum makan. Biar semua rasa bahan2 dan ikan jadi sebati.

I sebenarnya bab2 masak ni, banyak lagi peringkat yang kena diperbaiki. Mana yang menjadi i boleh kongsi. Kalau yang tak sedap tu, tak payah.

Seeloknya kalau orang yang tinggal kat KL ni, bila beli ikan tu masak cepat2. Jangan disimpan lama2 dalam peti ais. Pernah jugak i masak lauk ikan lain, bila nak makan macam dah nak hancur.

Selamat memasak……

2 thoughts on “SUP IKAN SIAKAP DAN JENAHAK YANG SENANG DIMASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *