bangtower

SENANG NAK KENAL HAIWAN DI MINI ZOO, KL TOWER

Sebarkan...Share on Facebook

Lepas dah makan kat Atmosphere 360, lepas dah naik open deck dan observation deck, barulah kita orang turun ke bawah untuk pergi ke zoo. I dah beli tiket siap2 sebelum nak naik ke atas makan hari tu.

Kita orang tak menaruh harapan sangat pergi ke zoo ni pasal nama pun mini katanya. Kot2 ada beberapa ekor haiwan je yang terkurung kat dalam tu.

Kalau nak diikutkan, i dah malas nak masuk zoo2 ni. Anak2 pun dah besar dan dah tak minat sangat. Akuaria KLCC pun dah pergi tak berapa lama dulu.

Walau pun dah mula petang, tak ramai sangat orang masuk ke zoo ni. Sebenarnya, masa nak beli tiket, i dah rancang nak beli untuk masuk ke akuarium. Sejuk sikit. Zoo kan panas. Tapi atas nasihat pihak yang menjual tiket, pergi zoo lebih bagus katanya. Akuarium kat situ lebih sesuai untuk budak2 kecik, kata si penjual tiket tu.

Untuk harga tiket terkini, seeloknya tengok di laman rasmi KL Tower dulu sebelum datang. Ada tiket yang berpakej dengan aktiviti lain kat kawasan KL Tower ni.

zootowermini zoo KL Tower

ANTARA HAIWAN2 YANG ADA DI MINI ZOO, KL TOWER

Kat depan pintu masuk zoo ni ada burung2 kakak tua. Kat dalam pun ada burung kakak tua lagi.

parrottower

burung kakak tua

Yang si hijau ni ada kat dalam. Yang bagusnya, burung2 ni senang nak dipegang. Haiwan2 lain pun sama. Nak bagi makan pun senang. Tak payah nak berebut2 macam kat zoo besar lain.

crowtower

albino crow

tupaitower

 meerkat

frogtower

katak2

myt2towersquirrel monkeys

Tengok HM berani nak bagi makan. Muka monyet2 tu nampak je garang. Entah garang entah tidak.

myt3tower

Tengok gaya monyet ni tengah makan.

Arnab pun banyak dalam ni. Kebanyakannya tengah rehat2 santai. Nak pegang pun senang.

arnabtower

arnab2

Ayam ni pun dibiarkan merayau2 dalam mini zoo ni.

ayamtower

ayam serama

Ular2 pun ada. Tapi i geli nak ambik gambar. Masa kita orang datang  ni, pekerja zoo tengah bagi ular2 makan telur ayam. Kena berani ye kalau nak jadi pekerja zoo ni. I nampak pekerja2 zoo pakai penyepit untuk pindahkan ular2 ke tempat makan.

Ada lagi binatang2 lain kat bahagian dalam ni.

Ni dah kawasan luar belakang. Kena lalu sangkar ular kat atas kepala dan kiri kanan masa nak keluar. Haha……

aykamtower

ayam2, kambing dan kuda2

Dah macam belakang rumah nenek ni.

Ada sekumpulan ayam dan seekor kambing yang tengah melepak. Kuda2 kecik pun ada kat belakang tu. Kecik je pun kawasan nak membela binatang2 ni.

emutower

emu

Emu2 ni pun duduk dalam kawasan yang sama dengan ayam2 dan kambing tadi.

Kat belakang i berdiri masa nak ambik gambar emu2 ni, ada dua ekor ular sawa yang besar. Besar betul!!! Seekor tengah bergulung diam2, yang albino pulak tengah melingkar.

birdstower

sangkar burung

Kena lalu dalam ni untuk keluar kat hujung tu. Kat dalam ni pun boleh pegang dan bagi makan burung2.

ikantower longkang fish

Ikan pun ada banyak. Ada yang kecik, ada yang besar. Tapi tiap kali masa i berdiri dekat2 nak ambik gambar, ikan2 tu semua lari.

Keluar je dari rumah burung tadi, nampak kedai cenderamata zoo.  Kita orang duduk kejap kat sini sambil makan aiskrim. Rasa nyaman je pasal tepi tu pokok2 hutan.

pakciktower

kawasan cafe mini zoo dan kedai cenderamata

Nampak tak pakcik yang tengah berdiri tu?

pakcik2tower

pakcik orang-orangan

sudutower

sudu2 dalam botol

Tak pasti apa motif sudu2 ni disimpan macam tu. Semua meja pun ada sudu2 dalam botol macam ni. Tapi macam mana boleh muat masuk? Padahal sudu2 tu besar.

……

Ok la…… tak menyesal langsung masuk ke mini zoo ni. Rasa bebas nak tengok haiwan dekat2 dan pegang. Ni tempat yang bagus untuk budak2 belajar kenal binatang.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *