selimut

SEBELUM NAK BUAT DEKORASI MINIMALIS DI RUMAH

Sebarkan...Share on Facebook

Tahun ni nampaknya akan tersambung lagi azam untuk berdekorasi mengikut konsep minimalis. Idea ni masih melekat dalam fikiran. Masih belum lari tema nampaknya. Kot la tiba2 timbul idea i nak rumah sarat-barat dengan perabot. Setakat ni takda lagi.

Tapi untuk si HM, i tak pasti. Dia jenis yang minat kalau dalam almari ada perhiasan, contohnya pinggan mangkuk. Lepas tu kena letak kat ruang tamu. Banyak rumah macam ni i tengok. Tapi i langsung tak minat.

Barang2 yang selalu dipakai macam meja kopi, lampu bunga-bungaan, kipas pun i malas nak mengelap kecuali dah kronik sangat, ni kan pulak barang2 perhiasan.

I tak pernah belajar hal2 konsep dekorasi kediaman ni. Setakat tengok majalah dan tv je. Konsep minimalis yang saya minat lebih kepada ala jepun. Kalau kat tv tu ada rancangan House ParadiseCuma i akan layan yang tunjuk rumah2 moden zaman sekarang.

Sebenarnya baru beberapa tahun je azam ni bermula. Pasal tu i rasa tak salah kalau nak berazam. Azam tu dah macam angan2. Lagi lah kalau kita selalu terfikir benda yang sama. Dalam fikiran mesti rasa bila nak buat ni…… bila nak buat ni……

JUAL ATAU SEDEKAH BARANG2 RUMAH YANG MASIH ELOK TAPI DAH TAK PAKAI

Sejak bulan Januari tahun ni, i dah mula kumpul sikit2 dan kemas barang2 lama yang sudah lama dipakai tapi memang dah tak nak pakai lagi. Rutin hidup pun dah ada perubahan sikit2. Agaknya la……

Baru2 ni, i ada kemas HM punya kain baju, contoh macam satu barisan baju rumah, satu barisan baju jalan. Tau tak dia sepahkan balik!!!

Lepas i dah kemas, buat2 tak puas hati. Haa… haa…haa…. Bukan setakat tu je, dia pergi susun balik cara lain yang dia nak. Masa i tak buat, dia tak nak pulak buat.

Reti pulak mengemas sendiri.

Nak berminimalis ni bukan setakat kena mengelak dari membeli barang2 yang tak perlu. Ianya termasuk jugak nak kena keluarkan dari rumah barang2 banyak yang serupa dan dah tersimpan lama.

Ni salah satu contohnya. Dalam bulan ni, i cuba nak jual comforters yang dah lama sangat ni. Walau pun masih elok dan boleh dipakai, masalahnya TAK PAKAI!!! Benda2 ni hanya tersadai kat atas almari sambil mengumpul habuk dan kemungkinan dah ada ulat2 yang datang membuat sarang.

Nak jual atau nak dibagi orang barang2 gini pun haruslah berhemah, kan. Walau pun nampak bersih tersimpan, i hantar jugak basuh ke dobi dulu.

Lepas tu dengan semangat yang berkobar dan perasaan bangga, i pun angkut benda ni ke kedai CASH CONVERTER kat Ampang Point. I siap ambik gambar lagi ni sebelum cuba ‘nak jual’. Tengok2 i masuk salah kedai (yang sama).

Rupanya kalau nak jual apa2, kena masuk kedai sebelah ni.

………

Dipendekkan cerita, barang2 macam ni tak boleh jual ye kat sini!! Kata orang kedai tu kalau barang2 yang dah dipakai, memang dia orang tak beli. Tapi katanya, pinggan mangkuk boleh.

……

Elehhh…… korang ingat akak malu ke? Tak pun. Akak cuma rasa malu masa kena angkat barang tu keluar dari kedai. Nasib baik HM ikut hari tu. Dah la kat kawasan situ parking sentiasa macam tak ada.

Ok, takpa, i akan cari tempat lain yang mungkin ada yang sudi nak membeli. Kalau takda, tengok lah macam mana. Belum muktamad lagi nak bagi, campak atau jual kat sesiapa.

Korang jangan nak membebel kat akak pasal jual kat online ye, contoh macam kat mudah.my dan lain2. Akak pun pernah tengok2 laman web tu dan memang ada orang yang jual barang2 yang sama yang akak nak jual.

Sebenarnya, akak malas nak mendaftar itu ini dan akak pun tak berapa gemar kalau orang yang tak dikenali nak datang ke rumah. Kalau nak buat temu janji pulak dan angkut benda2 tu ke sana sini lagi akak tak kuasa kecuali kalau nak kena hantar ke rumah2 kebajikan.

………

JANGAN SIMPAN GAMBAR2 DALAM TELEFON BIMBIT LAMA2

Lagi satu projek yang i tengah berusaha mengemas ialah gambar2 dalam handphone.

Tengok dalam phone, ada dalam 2,000++ gambar. Akak rasa ni tersangatlah sedikit kalau nak dibandingkan dengan orang2 lain. I memang tak minat nak memerap gambar2 dalam handphone selamanya. Dari tahun lepas lagi nak buat, baru sekarang dapat buat.

Sebab utama i nak buat bukannya pasal takut telefon hilang atau rosak, walau pun tu semua boleh berlaku. Tapi sebab utama ialah perlahan2 semua memori tu akan lenyap. Dah la takda gambar betul yang nak dibelek2.

Dulu ada gambar2 masa anak2 sedang membesar, tapi realitinya anak2 dah kat sekolah menengah. Takda langsung gambar masa kecik2 yang tersimpan.

Sama jugak dengan muka diri sendiri. Dulu muda jelita, ayu, anggun, sekarang dah tua kerepot. Mana gambar2 betul masa muda2 tu??? Gila nak cari gambar satu persatu dalam handphone.

Kali terakhir i print gambar ialah …… i malu nak cakap. Rasa macam 10 tahun lepas kot. Termasuk gambar2 yang pernah dipindahkan dari kamera ke handphone.

Bulan Februari ni, i baru pilih dalam 50 gambar. I nak print dulu gambar2 tu. Kena buat sikit2 dulu sampai habis.

Album2 gambar pun kena bukak balik. Takut gambar2 lama dah melekat2.

 

Tu lah antara projek2 rumah tangga saya yang sedang berjalan……

 

♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *