ROSAK….. OH….. ROSAK….. CEREK ELEKTRIK, SETERIKA DAN KIPAS ANGIN

Sebarkan...Share on Facebook

Kalau yang baru nak kahwin atau yang kena hidup berdikari, itulah antara barang2 keperluan yang kena dibeli. Dulu2 i tak terfikir sangat kos2 nak beli barang2 tu semua.

Ni bila dah kahwin, dah beranak-pinak, kadang2 rasa seram je nak kena belanja itu ini. Masalahnya kalau barang2 tu dah rosak, nak tak nak, mesti kena beli yang baru. Sebelum nak beli apa2, wajib tengok2 harga dulu di beberapa tempat.

Anggaran harga kos2 terkini barangan elektrik tersebut:

cerek elektrik >1.5L (RM99)
seterika stim (RM150++)
kipas angin berdiri (lebih kurang RM200)

Jumlah dalam RM450++.

(Sebenarnya, kena ikut bajet masing2. Barang2 yang disebut di atas tu ada yang murah lagi dan semestinya ada yang berharga mahal lagi).

Selalu benda2 gini nampak je kecik. Tapi bila dah dicampur2 jumlah harga, baru perasan jumlah duit yang kena dibelanjakan. (Patut la i rasa bajet macam lari je 2 bulan lepas).

I kalau apa2 barang elektrik rosak, ada kemungkinan akan beli jenama lain, kalau ada yang lebih menarik. Sepatutnya, memang kena cuba jenama2 lain, mana tau lebih bagus.

cereklama

kipascerek elektrik dan kipas angin berdiri yang dah rosak

Alkisahnya, cerek elektrik dan kipas angin berdiri tu dah rosak sejak tahun lepas. Dua tahun lebih je pakai. Lepas tu, tengok2, seterika baju pun kena tukar (yang ni tak pasti dah rosak ke apa).

ironlamaseterika baju

Sebenarnya, masa nak beli dulu, memandai je i beli jenis yang kena pegang macam ni. Nampak kat kedai2 jual baju pakai benda ni, i pun terpengaruh. Nampak senang je dia orang pakai. Nampak relax, kan?

Ni satu lagi barang yang tengah menambahkan masalah. I sendiri pun tak pasti penggosok baju ni dah rosak ke belum. Anak i kata ok lagi, boleh pakai.

Masa mula2 beli, ingatkan senang nak guna. Ya, ada masanya senang. Tapi ada teknik2 kalau nak pakai penggosok macam ni.

Mula2 kena isi air kat bawah tu. Lepas tu kena tunggu beberapa minit sampai air tu panas dan ada wap keluar kat lubang2 di tempat pemegang tu.

Teknik yang i dan anak2 i pakai, wayar dan pemegang tu, kena dibiarkan tinggi tergantung supaya wapnya keluar ke atas. Panas tau kalau tak hati2!! Jangan dihala ke muka, badan atau tangan. Sarung tangan memang ada dibagi sekali dalam kotak.

Masa nak pakai penggosok jenis ni, boleh buat sambil duduk dan baju2 memang kena dibiarkan tergantung. (Macam kat kedai2). Masa i beli ni memang ada sekali dibagi penyangkut baju.

Tapi kan, tak tau la sama ada kita orang tak reti pakai ke yang menyebabkan kain baju tak berapa licin. Lebih licin kalau pakai seterika yang jenis biasa kena tekan macam ni.

ironbaruseterika baju

Jadinya, nak tak nak terpaksa beli seterika yang biasa. Yang ni pun kena letak air kat bahagian bawah tu. I pun masa nak beli ni, cari yang tak berapa berat sangat. Kebetulan terbeli pulak jenama yang sama.

Penggosok lama yang nampak canggih tu kena simpan dulu. Masih boleh dipakai lagi cuma buat sementara waktu ni, jadilah harta karun.

 

cerekbarucerek elektrik

Cerek elektrik memang kena tukar secepat mungkin kan. Hampir setiap hari memang kena pakai.

Masa nak beli tu, i malas nak berfikir panjang. I beli jelah apa2 jenama. Tengok suis tu pun, alahai. Masa nak beli ni, jenama lain pun suis sama je macam ni.

Yang penting, cerek baru ni boleh masak air lagi banyak.

Kipas yang dah rosak lagikan berhabuk tu, belum lagi ditukar. Nanti lah bila ada mood. Sebenarnya, ni dah kali kedua kipas tu buat perangai yang sama. Tapi kali ni macam dah tak boleh pakai terus.

Buat sementara ni ada kipas dinding yang berpusing. Nasiblah, pakai je dulu.

Kipas tu pernah buat perangai pelik. Pernah tiba2 macam dah rosak. Lepas tu kita orang biar2 je. Pindahkan ke kawasan lain dalam rumah, lepas tu saja2 nak bukak, boleh pulak!!! Tapi masa tu memang tak ada masalah dengan mana2 suis pun. Pelik betul!

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Cerita2 lain yang berkaitan:

BILA BARANG2 ELEKTRIK DI RUMAH ROSAK

PERIUK NASI YANG TAK MELEKAT KATANYA

♥ ♥ Selamat bercuti ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *