REVIEW RESORT LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN MALAYSIA

Sebarkan...Share on Facebook

Resort Lexis Hibiscus Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan ini adalah bertaraf 5 bintang. Port Dickson terletak kurang daripada 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, bergantung kepada aliran trafik. Setelah membuat beberapa rujukan mengenai resort ini dan kawasan sekitarnya, kami mengambil keputusan untuk melepak sahaja di dalam kawasan resort ini. Harga penginapan pun sudah mahal, jadi kami rasa rugi pulak kalau hendak menghabiskan masa di luar resort ini, walau pun untuk makan.

Para pengunjung boleh memilih sama ada hendak menginap di villa2 atas air atau villa2 di Tower BuildingKedua2 pilihan memberikan pengalaman yang berbeza walau pun setiap villa dilengkapi dengan kolam mandi dan sauna.

VILLA ATAS AIR

Dibina mengikut bentuk sekuntum bunga raya.

Villa2 tersebut dibina berciri moden di bahagian luar dan dalam.

Pengunjung boleh berjalan/berjoging dengan bebas di dalam kawasan sekuntum bunga raya ini.

Pengalaman yang unik iaitu, penginapan di atas air.

 

VILLA DI TOWER BUILDING

Pemandangan laut dan sekeliling adalah luas terbentang.

Pengunjung dapat melihat susunan villa2 atas air yang berbentuk sekuntum bunga raya.

Pengunjung juga dapat melihat matahari terbenam.

Kemudahan restoran2, riadah2 resort dan Hibiscus Walk adalah lebih dekat.

 

Pilihan kami ialah villa atas air kerana amatlah jarang untuk kami, penduduk bandar dapat merasai pengalaman lepak2 di atas air.

 

pdlexistower

SUASANA MERIAH DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Semasa kami sampai dan hendak check-in, lobi sudah pun dipenuhi dengan para pengunjung. Walau pun ramai, proses check-in adalah cepat. Pihak hotel juga menyediakan minuman dan persembahan tarian. Rupanya, resort ini amat terkenal di kalangan para pelancong asing. Sewaktu kami datang, pengunjung2 dari negara2 Asia adalah lebih ramai daripada pengunjung2 tempatan.

pdlexisbuggy

Untuk ke kawasan villa2 atas air, pengunjung perlu menggunakan khidmat buggy. Beg2 kami terus dibawa bersama selepas check-in untuk ke bilik. Sewaktu kami datang, perkidmatan buggy adalah efisen. Tidak perlu menunggu lama walau pun sewaktu hendak bersarapan di bangunan utama.

REVIEW VILLA PANORAMA (SEA VIEW) LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Villa ini terletak di bahagian filamen bunga raya dan mengadap Selat Melaka. Kedudukan villa2 di bahagian ini yang mengadap terus ke laut bermakna sinaran matahari adalah lebih kuat dan keadaan laut adalah gelap gelita pada waktu malam. Keadaan gelap gelita ini adalah pengalaman yang amat jarang bagi saya.

pdlexisbiliksauna

Villa kami mempunyai dua katil besar bersaiz king. Tiada halangan di antara katil2 dan balkoni. Terdapat satu meja kerja manakala skrin tv melekat di dinding.

Di sebelah dinding adalah kawasan bilik mandi (shower dan bathtub), satu tandas, 2 sink dan almari pakaian.

Kolam yang terdapat di villa2 resort ini adalah lebih sesuai untuk kanak2. Untuk orang dewasa, ianya lebih sesuai untuk berendam.

Masa ni cuaca agak panas dan ada ketikanya agak terik. Jadinya, sauna tersebut lebih sesuai kami gunakan pada waktu malam.

Kelebihan menginap di villa panorama (sea view) ini adalah ianya lebih privasi.

KEMUDAHAN2 YANG TERDAPAT DI DALAM VILLA PANORAMA (SEA VIEW) LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Produk2 penjagaan diri termasuk tuala mandi adalah lengkap dan pihak housekeeping tidak keberatan untuk memberi stok baru jika barang2 di bilik air sudah habis. Tapi, kenalah berpada2 gitu.

pdlexissabun

Lampu suluh pun ada dalam laci.

Terdapat kawasan pantri yang lengkap dengan peralatan seperti cerek elektrik, peti sejuk mini, cawan dan gelas.

Air mineral, teh hitam dan hijau (TWG) dan kopi juga sudah disediakan.

MAKAN2 DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Sarapan/makan tengah hari

Kami bersarapan di dua tempat, Roselle Coffee House di bangunan utama dan di Horizon Deck, di tingkat 2 bangunan utama. Bersarapan di tingkat 2 lebih menarik kerana dapat melihat pemandangan laut dan bilik2 atas air. Pilihan makanan adalah banyak di kedua2 tempat.

Jika pengunjung hendak makan tengah hari atau malam, pilihan makanan adalah lebih banyak di Roselle Coffee House sama ada untuk buffet atau ala-carte.

pdlexissarapan

Pihak resort juga ada menyediakan makanan warisan seperti nasi lemak bungkus, nasi kerabu, pulut kuning, ubi kayu dan ubi keledek rebus.

In-room dining

Kalau nak lepak2 kat bilik sahaja, boleh pesan makanan dari skrin tv.

Signal WIFI adalah kuat kalau nak sangat bermedia sosial.

Di tv resort ini, ada filem2 antarabangsa yang saya tak pernah tengok.

Kesimpulanya, lepak2 dalam bilik pun dah rasa seronok dan tak payah nak keluar masuk resort.

pdlexismenu

Minum2 petang

Kami naik ke Sky Lounge yang terletak di tingkat paling atas bangunan utama untuk melihat keadaan sekeliling dan matahari terbenam. Untuk melepak di sini, pengunjung kena membeli minuman ringan.

Makan malam

Jika malas hendak mencari makanan di luar, pengunjung boleh lepak2 di Hibiscus Walk yang terletak di dalam kawasan resort dan bersebelahan dengan pantai resort ini. Tempat ini dibuka dari petang hingga ke malam.

Harga2 makanan tidak lah murah atau terlampau mahal. Kami sempat makan kuay teow goreng, mee goreng mamak, nasi goreng, air batu campur dan lee chee kang. Harga sepinggan makanan adalah dalam RM10.

pdlexishwalk

Saya ada juga membeli sate (harga tak sampai RM10 untuk satu set) untuk dimakan di dalam bilik.

AKTIVITI2 RIADAH DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Banyak aktiviti2 yang disediakan di resort ini sama ada sukan air, permainan outdoor dan indoor, spa, aktiviti untuk kanak2 yang kesemuanya perlu dibayar.

Pendapat saya, basikal patut digunakan secara percuma kerana ia amat berguna untuk pengunjung yang tinggal di villa2 atas air. Lagi pun saya nampak, banyak basikal yang tersadai di bangunan utama.

pdlexisarchery1

Satu2nya aktiviti yang kami main ialah memanah. Kosnya adalah RM10 untuk 15 panah. Kami main beberapa kali sampailah bahu dan tangan sakit.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Info: Tidak ada lalat2 yang mengganggu di dalam resort ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *