RESIPI SMOOTHIES YANG MUDAH

Sebarkan...Share on Facebook

Untuk yang tak suka minum susu warna putih (terus dari cawan/gelas), cara paling bagus ialah letak susu dalam smoothies. Gerenti terminum! Jadi, bukan susu je yang i terminum, dengan buah2 sekali pun termakan. Lagi satu perkara penting yang kena ada ialah pengisar atau blender. Tak ada masalah kalau takda blender yang canggih2. Yang penting, asalkan blender tu boleh kisar ais.

CARA NAK BUAT SMOOTHIES STRAWBERI DAN PISANG

bahan2teratai

BAHAN-BAHAN

*satu set bahan2 ini ialah untuk satu hidangan smoothies*

  • 10-11 BUAH STRAWBERI (SAIZ M/L) 
  • SEBIJI PISANG KECIL (SAIZ PISANG EMAS)
  • SATU CAWAN SUSU SEGAR (SAYA GUNA SUSU RENDAH LEMAK, KALSIUM TINGGI)
  • 1/2 ATAU 3/4 CAWAN AIS BATU
  • DUA SUDU TEH MADU

 

PROSES MEMBUAT SMOOTHIES

  • POTONG KECIK2 STRAWBERI DAN PISANG
  • MASUKKAN SEMUA BUAH2, SUSU, AIS DAN MADU KE DALAM PENGISAR 
  • KISAR SAMPAI SEBATI DAN HALUS.

 

Siap……

smoothiesteratai

 (saya buat 3 set)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

CARA NAK BUAT SMOOTHIES STRAWBERI, MANGGA DAN PISANG

smoothiesmangga

(smoothies yang dah siap dalam bekas oren, ni mangga untuk satu set lagi)

BAHAN-BAHAN

*satu set bahan2 ini ialah untuk satu hidangan smoothies*

  • 10-11 BUAH STRAWBERI (SAIZ M/L) 
  • 1/2 CAWAN POTONGAN BUAH MANGGA
  • SEBIJI PISANG KECIL (SAIZ PISANG EMAS)
  • SATU CAWAN SUSU SEGAR (SAYA GUNA SUSU RENDAH LEMAK, KALSIUM TINGGI)
  • 1/2 ATAU 3/4 CAWAN AIS BATU
  • DUA SUDU TEH MADU

 

PROSES MEMBUAT SMOOTHIES

  • POTONG KECIK2 STRAWBERI, MANGGA DAN PISANG
  • MASUKKAN SEMUA BUAH2, SUSU, AIS DAN MADU KE DALAM PENGISAR 
  • KISAR SAMPAI SEBATI DAN HALUS.

 

Senang kan……

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

One thought on “RESIPI SMOOTHIES YANG MUDAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *