klccOD

RASA SEDIKIT GAYAT DI OPEN DECK, KL TOWER

Sebarkan...Share on Facebook

Boleh tahan mahal kalau nak naik ke open deck ni. Alang2 dah bayar mahal2, baik luangkan masa lama sikit kat atas ni. Masa datang hari tu, cuaca elok. Kalau nak naik ke atas ni, tengok dulu cuaca ok ke tak sebelum nak membeli tiket.

Lupa pulak nak tanya kat kaunter tiket kalau tiba2 hujan macam mana?? Boleh ke simpan tiket dan datang hari lain?

Lepas kita orang makan tengah hari kat Atmosphere 360 hari tu, terus keluar tunggu lif untuk naik ke tingkat open deck ni. Sesiapa yang ada perasaan gayat melampau, lemah lutut, lutut menggigil atau badan seram sejuk baik jangan naik.

hriskODpintu untuk ke luar open deck

Tanda amaran yang  sebesar2nya. Dah keluar dari pintu tu, kena tengok kiri kanan dulu apa yang ada. Ni yang i nampak……..

gayutODberani sungguh!!

Nampak tak pekerja tu buat kerja sambil badan tergantung.

Tak ada apa sangat yang nak di potpet kan berkenaan atas ni, selain daripada kita boleh nampak pemandangan KL dan kawasan2 lain yang jauh sikit. Kena naik sendiri baru tau.

Masa mula2 naik, i tak la rasa gayat sangat berdiri kat kawasan open deck ni. Tapi bila dah lama2 sikit, rasa gayat pun keluar. HM kena pimpin tangan i masa nak jalan ke sebelah jauh sikit.

Motif utama nak naik ke open deck ni semestinya nak tengok pemandangan bandaraya KL dan nak tengok skil sendiri mengambil gambar. Gambar2 di bawah ni pun i ambil guna telefon yang sama iaitu Samsung Note 2 (dah bertahun i pakai telefon ni).

Ada penghadang lutsinar kat tepi2 open deck ni. Jadi tak la rasa gayat sangat. Banyak lagi kawasan tepi2 yang baru nak dipasang dengan benda tu.

I zoom2 ye gambar masa nak ambik. Jangan ingat i berdiri kat tepi sangat ye. Tak dibenarkan!!!

PEMANDANGAN KUALA LUMPUR DAN LAIN2 KAWASAN DARI OPEN DECK, KL TOWER

klccODKLCC dan kawasan sekitarnya

Awan kelabu tu nampak je tengah nak berkumpul, tapi tak hujan pun hari tu.

timesq4ODkawasan Bukit Bintang dan lain2

tepiODNi bahagian yang belum ada penghadang lagi tapi ada nampak kan macam wayar tu. 

btsq1OD

I cuba zoom masa nak ambik gambar kawasan ni sambil kaki dah mula menggigil. Haha…… Nampak kan Berjaya Times Square dan Lot 10. Cuba cari Plaza Low Yat……

bts2OD

Ni dari sudut lain.

Lama jugak kita orang lepak kat atas ni, hampir sejam. Orang pun tak berapa ramai.

pkolamOD

Ni pulak bangunan Maybank dan kawasan sekitar. Cuba cari Stadium Merdeka dan Stadium Negara……

dbumiOD

Cuba cari Masjid Negara……

lot10OD

Cuba cari Ikea…… (tu dah kawasan Cheras)

Sebenarnya, kalau rajin, banyak lagi gambar kawasan lain yang boleh diambil. I dah malas dan dah mula rasa gayat.

Kalau u minat fotografi, memang kena naik atas ni. Ambik lah gambar banyak2. Dah kena bayar mahal2 kan untuk naik ke sini.

♥ ♥ ♥

MISI BERJAYA LAGI!!

One thought on “RASA SEDIKIT GAYAT DI OPEN DECK, KL TOWER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *