Ramadan 2015

Sebarkan...Share on Facebook

Ramadan datang lagi.  Semalam i terfikir2 nak makan apa untuk sahur.  Pikir2, dah lama i tak masak lauk2 berkari dan berkentang.  Pasal apa, sekarang2 ni i tengah cuba masak lauk-pauk yang tak pernah dimasak sebelum ni.  Tengok2 dalam peti sejuk, kentang ada, daun kari ada, tapi ayam dan serbuk kari tak ada stok.  Kena pergi ke supermarket dulu nampaknya.

Itu kalau jadi masak.  Kalau tak termasak, i kena pakai plan B.  Plan B ni selalu terjadi masa paham2 lah.  Perasan tak ada masanya i akan mengomel pasal time management yang tengah huru-hara…….

Plan B makanan bulan Ramadan antaranya ialah ayam nandos. Mehhh……., akak ajar. Ni selalunya untuk sahur.  Senang je, beli ayamnya sahaja, contohnya, half chicken.  Kalau boleh, suruh kedai tu kerat lagi separuh.  Lagi senang nak makan.

Pagi2 u masak nasi kan.  Panaskan ayam2 nandos tu dalam periuk nasi.  Masukkan ayam2 masa nasi dah nak hampir kering.  Biarkan dalam tu selama agak2 5 minit.  Sambil tu u boleh gorengkan telur mata.  Haaa….. kan dah lengkap hidangan sahur tu.

Semalam i tak mengharap sangat pun untuk masak.  Ingat nak keluarkan cerita blog ni dan buat plan B tu.  Lepas tu petang semalam husband i free pulak.  Jadinya, wajiblah keluar merayau sikit.  Alang2 dah keluar tu, kenalah makan kan.  Boleh jadi tergantung projek masak kari yang i berura-ura nak buat.

Tapi perasaan nak masak tu ada berkobar2 sikit dalam diri.  Dengan kecerdikkan i, kami pergi makan kat shopping mall.  Jadinya, dapat le jugak pergi ke supermarket.  Takda alasan untuk mengelak dari membeli stok barang dapur.  Kat shopping malls di KL selalunya kan ada cold storage.  Supermarket ni nampak dah ok sikit kot, terutamanya harga2 barangan dapur.  Nampak senang dah nak cari sayur, buah dan bahan2 memasak lain.

Eloklah jugak i dapat beli sikit barangan kat situ.  Lengang je walau pun dah petang.  Dapat i  mengelak dari kena pergi ke aeon, hero atau pun giant.  Selalunya dua hari sebelum puasa, tempat2 lain tu gerenti serabut.  Banyak gila barang kat trolley masing2 masa nak bayar.

Ada kemungkinan sahur tadi akan berlaukkan ayam, masa nak makan semalam, i order lauk2 ikan.  Tengok gambar.  Rasa2nya sedap la jugak.  Tu lauk pauk ikan assam garoupa dan sweet sour fish fillet.

20150617_163408

Ni macam ada harapan untuk dijadikan plan B bila2 diperlukan.  Heee…… heee…….

I dan famili masa sahur selalunya akan makan nasi dan lauk-pauk. Bagi i tak cerewet untuk dihidang.  Masa bukak puasa lebih senang kalau nak makan makanan yang bercampur aduk.

Semalam, masa sampai rumah dah lewat petang.  Cepat2 i masak lauk untuk sahur pasal semangat tengah berkobar2.  Lagi pun tengah kenyang dan tenaga tengah banyak.

20150617_210051

Berjaya jugak masak.  i suka la periuk ni.

Kenapa entah, hikmah bulan puasa kot, i boleh pulak atur masa nak buat itu ini…….  Kalau bulan tak puasa, kelam kabut je…….memanjang.

Baca cerita ni pulak, SAHUR MAKANAN ARAB DAN CARA NAK MAKAN BUAH MANGGIS

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *