PRODUK-PRODUK SEMULAJADI UNTUK KULIT KERING

Sebarkan...Share on Facebook

Kadang2, tompok2 kering di kulit boleh muncul tiba2 lepas kita makan sesuatu jenis makanan atau pun kulit kita terdedah kepada sesuatu. I pernah jumpa doktor masa kecik2 dulu untuk nak tahu apa sebab tiba2 kulit i boleh jadi kering bertompok. Kalau setakat senarai makanan yang boleh jadi penyebab, punyalah banyak yang doktor senaraikan.

Entah bila tiba2 satu hari muncul tompok2 kulit kering kat belakang leher, dagu dan sekitar bibir. I ada la beberapa suspek, tapi tak pasti yang mana satu. Baik jangan tuduh2. Hahahaha…….

Mula2 i pakai losyen kosmetik (losyen muka). Tak menjadi sangat, malah bertambah gatal. Lepas tu baru nak jumpa doktor. Doktor pun bagi ubat sapu. Tengok2, i tak suka pakai kerana, bau ubat sapu tu buat i rasa loya masa disapu kat kawasan muka. Padahal, bau ubat sapu tu macam ada, macam tak ada. Terus i malas nak pakai.

Dipendekkan cerita, i pun sebenarnya memang tak tahan dengan bau2 losyen muka walaupun tak berapa wangi.

Setakat ni, lepas dah pakai dua2 jenis produk di bawah, tompok kering di belakang leher dan dagu dah hilang terus.

Kalau i dah tak suka dengan ubat sapu atau pun losyen, kenalah cari alternatif lain.

Produk2 kat bawah ni i dan famili tengah guna:

 

PRODUK ALOE VERA GEL

aloekulit

Masa mula2 dipakai, tompok2 kulit kering tu jadi rata. Nak keluar rumah pun memang takda masalah. Nak bawak produk aloe ni ke hulu ke hilir malas pasal i dah terbeli yang dalam bekas2 besar. Patut i beli saiz kecik dan saiz besar. Tak pun boleh pindahkan ke dalam bekas kecik, ye tak?

Masa i pakai ni, kawasan kulit kering tu belum baik sepenuhnya. Produk aloe vera ni, cepat meresap, cepat kering dan tiada bau.

 

PRODUK MADU

madukulit

Kalau nak lebih cepat hilangkan tompok2 kulit kering, pun boleh pakai produk madu. Yang ni dah terbukti menjadi kat diri sendiri.

Kalau nak beli produk madu, seeloknya, beli saiz yang paling kecik sekali untuk digunakan kat kawasan tompokan kulit kering. Jangan dicampur aduk untuk masakan.

Sebenarnya i tak percaya bila ada pihak2 yang mencadangkan i letak madu kat kawasan tompok2 kulit kering. Ye la tu……

Ok, i pun pergi kedai beli madu yang murah je masa mula2. Biar betul dia orang ni.

CARA PENGGUNAAN MADU DI KAWASAN TOMPOK2 KULIT KERING

1. Pakai jari, letak sedikit madu di kawasan tompok2 kering.

2. Kemudian, ratakan perlahan2 ke seluruh kawasan tompok2 kering. (Kalau digosok kuat2 boleh menyebabkan kulit mengelupas dan menjadi gatal).

3. Biarkan sahaja madu tu di atas kulit tanpa dibilas.

4. Buat hari2 sampai tompok2 kering hilang.

Seeloknya, kalau nak pakai produk madu ni, kena dibuat ketika berada di rumah kerana bahagian kulit yang diletakkan madu tu nampak melekit. Pandai2 lah kalau terpaksa keluar rumah.

*Tak perlu nak beli apa2 jenama khas untuk kedua2 produk di atas. Cukup sekadar produk yang berkualiti dan harga berpatutan.

…….

Tapi, apa2 hal pun, jumpa doktor dulu sebelum nak cuba produk2 semulajadi ni. Macam i dah jumpa, lepas tu tak tahan dengan bau2 ubat sapu dan losyen muka. Kalau u ok dengan ubat2 sapu atau pun losyen, boleh teruskan sahaja.

 

♥ ♥ ♥ ♥ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *