Periuk nasi dah rosak, periuk nasi baru

Sebarkan...Share on Facebook

Sebelum bulan puasa lagi rice cooker ni memang dah buat perangai.  Okey la, terang2 ada labelnya kat situ kata 2 tahun waranti.  Memang dah lebih 2 tahun berjasa pun.  Kalau i tak silap kira, masuk ni dah 3 kali kena beli rice cooker sejak kahwin.  Betul la kot, ada orang2 kata, barang2 elektrik zaman sekarang memang cepat dan senang rosak.

U rasa kenapa??  I rasa salah satu sebab ialah orang2 cerdik di luar sana sentiasa nak cari jalan untuk majukan teknologi.  Jadinya, barang2 elektrik sengaja dibuat untuk tahan kejap je.  Agaknya la kot.  Kalau tak, macam mana nak bereksperimen, kan.  Tak kiralah periuk nasi ke, smart phone ke, atau pun kereta…….  Nanti2 kereta mesti boleh terbang.

I pernah cerita pasal mesin basuh yang rosak dulu.  Mesin basuh tu pun, dah tiga kali kena ditukar sejak kahwin.  Kalau sesiapa yang senasib dengan i, u perasan tak tiap kali bila terpaksa tukar barang2 elektrik, barang2 tu punya sistem bekerja dah semakin maju.

BACA NI: BILA BARANG2 ELEKTRIK ROSAK

Masa awal2 bulan puasa, i masih lagi pakai periuk nasi yang dah tak betul ni.  Tawakal je lah masa nak pakai tu.  Kalau penekannya tak berfungsi (dia ternaik sendiri masa nasi belum masak), i kena sumbat dengan kain bagi penekan tu duduk diam2.

20150626_150452

 penekan lampu yang dah rosak

Saje je suruh orang belanja duit……..

Nak tak nak, i kena jugak beli periuk nasi baru.  I pergi beli kat AEON elektrikal.  Sebelum nak beli hari tu, i dah semangat pasal nak stim nasi.  Tak membazir kata orang yang dah biasa buat.  Nasi tak terbuang pasal tak ada kerak2 melekat macam masak dalam rice cooker biasa.

I ada nampak periuk nasi yang meninggi berlapis hari tu.  Masalahnya, bila i tanya kakak2 yang buat kerja sales kat situ, macam mana nak pakai, dia orang pulak teragak2 menjawab.  Tau ke? Tak tau ni??  Macam mana pelanggan nak beli??  I pun tak beli.  Takut tak reti pakai, nanti membazir duit.

Sebelum nampak periuk nasi tu, i tanya dulu kakak2 yang sama periuk mana yang senang nak stim nasi harian.  Mata dia orang dah mula terkebil2.  Kalau i sendiri dah pasti, i tak perlu susah payah tanya, kan.  Lepas tu penerangan pun pusing2.

Ehhh…… tak boleh ye, macam tu……  Kalau dah kerjanya buat sales, kena lah tau jawab apa yang pelanggan tanya.

Sekarang kan banyak produk2 elektrik yang dah moden dan main tekan2 je.  Nak beli yang mana satu pun tak pasti.

Sebelum periuk nasi yang kat atas tu rosak, i pernah beli yang tepinya tebal dan berbunga2 tu.  Ala…… yang berwarna2 tu.  Lagi mengarut.  Nampak je cantik, pun cepat rosak.  Yang tu bahagian sambungan wayar pulak yang cepat tercabut.  Konon nak nampak cantik boleh diangkut terus ke meja makan.  Jadinya, wayar tepi tu kena lah dicabut selalu.  Rupanya tak tahan lama jugak.

Tengok gambar periuk nasi yang dah rosak tu.  I siap beli yang wayarnya dah melekat terus.  Tengok2 ada pulak masalah lain.

Pasal dah takda siapa yang pandai menolong, i pun pusing2 cari periuk nasi lain2.  Lepas tu nampak periuk nasi ni.  Katanya tak da kerak……..  Ye la….. tuuu……..

20150624_085445

periuk nasi

Yang bagusnya bahagian dalam tu stainless steel.  Katanya selamat pasal takda coating.  Memang berat sikit periuk ni.  Periuk nasi lain2 yang i nampak sama dengan yang i pernah beli.  Baik beli yang tak pernah pakai, ye tak??  Nampak tak waranti kat situ untuk bahagian mana??

20150625_091404

I dah mula pakai ni.  Helloooo ……….. ni bukan kerak???  Masa ni i tengah rendamkan periuk nasi baru ni, nak tengok apa jadi dengan kerak2nya.

Dah mula pakai, tiba2 i rasa sayang pulak kat periuk nasi baru ni.  Kerak2 tu boleh direndam macam biasa, lepas tu basuh periuk.  I rasa maksud takda kerak tu ialah bila i rendamkan, kerak2 tu memang senang nak tanggal.  I pakai tangan untuk gosok2 pun dah keluar kerak2 tu semua.  Kiranya takda yang melekat la.  Basuh pun aman.  Tak payah takut2 nak gosok pasal takda coating.

Ehhh…….., tak pasal2 i dah promosikan periuk nasi ni pulak.  Sila lah beli ye……..

Sila…… sila……..

 

♥ ♥ ♥

Dah ada periuk nasi baru, kenalah rajin masak lauk-pauk, ye tak.  Ni semalam punya lauk sahur.  Dengan periuk ni jugak (periuk untuk masak lauk), i hidangkan terus kat meja.  Nak kurangkan kerja basuh-membasuh katakan. Tengok keadaan la jugak kalau korang nak tiru perangai akak ni ye.

20150626_050556

ayam masak kicap lada hitam

20150625_184021

bahan2 masakan lauk ayam kicap lada hitam

Tu bahan2nye ye.

Lauk ni senang nak masak kan.  Tengok bahan2 tu pandai2 lah adik2 berimaginasi macam mana nak masak……..

Cuma, kentang dan ayam tu, i dah rebus siap2.  Air rebusan dipakai balik.

 

………..

Selamat memasak dan berbuka puasa………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *