bangtower

PERGI MAKAN DI ATMOSPHERE 360, KL TOWER

Sebarkan...Share on Facebook

Selamat Tahun Baru 2016…….

Dah beberapa kali tertangguh nak naik ke sini sejak tahun lepas lagi. Tahun lepas kan jerebu teruk sangat. Rugi je bayar mahal2 kalau pemandangan tak jelas.

Lepas jerebu dah reda, ada beberapa kali i nak buat booking untuk sekian tarikh tapi dah penuh. Lepas tu ada dua kali i dah elok2 dapat booking untuk meja tepi, si HM pulak sibuk dan terpaksa batalkan. Kalau nak meja sebelah tepi kena booking cepat dan bayar lebih, ok.

Bila nak buat booking di lain kali, masa dah tak sesuai. Apa agaknya yang menarik sangat kat tempat ni sampai selalu penuh.

Masa cuti tahun baru tu, HM cuba2 nasib buat booking kalau ada meja kosong ke tak. Ada. Padahal esok rasa nak pergi, esok pagi tu baru telefon. Tapi meja sebelah tepi dah penuh. I sanggup tak nak pergi tapi HM kata takpa, pergi je lah. Dah banyak kali tertangguh.

Ok, pergi jugak. Kalau meja yang kat sebelah tengah, dekat sikit nak ambil makanan. Tapi kalau meja kat tepi senang untuk ambil gambar. Tak payah nak ke hulu ke hilir, berdiri dan menyemak kat meja orang lain untuk ambil gambar.

Masa kita orang datang hari tu, pelanggan2 yang makan kat restoran berpusing ni boleh pergi ke observation deck sekali. Macam untung je kan. Padahal kat restoran tu dah cukup aman kalau nak tengok pemandangan pun.

Tapi terus terang i cakap, kalau tak pergi naik ke observation deck hari tu pun takpa. Rasa menyesal pun ada. Antara sebab2nya ialah hari tu masih suasana cuti umum, cuti sekolah, hujung minggu dan ada majlis kahwin.

Tu semua meyebabkan ramai sangat orang guna lif dan menyebabkan keadaan jadi sesak. Apa pun dah jadi pengajaran, lain kali kalau datang lagi, kita orang nak cuba pergi hari biasa.

Ni suasana kat observation deck hari tu.

queuetower

Ramai gila orang hari tu. Yang ni semua tengah beratur panjang untuk tunggu lif turun ke bawah. I rasa membuang masa betul. Masa ni kita orang baru je turun dari open deck. Tinggal nak pergi zoo je.

Salah satu penyebab barisan ni lambat sangat bergerak ialah kerana pihak yang menjual gambar2 pengunjung letak kedai betul2 kat pintu keluar yang nak ke lif.

Pengunjung2 bergerak lambat pasal masing2 sibuk nak tengok gambar masing2 TERMASUKLAH  kita orang padahal sebelum nak turun beratur ni, kita orang dah beli gambar pakej lain kat bahagian sebelah lain di observation deck ni. Tapi kan, bila tengok pakej gambar yang satu lagi tu rasa rugi kalau tak beli. Pandai korang berniaga!!!

Jadinya, kita orang dah terbeli dua pakej gambar yang berlainan. Satu yang ada key chain, satu lagi yang ada macam snowball. Jumlah belanja dua pakej gambar2 tu dah jadi RM100.

food1towerfood2tower

Oh ye….. tajuk memang makan2, tapi dua gambar ni je yang i ingat nak ambik. Haha……

Sup ketam i makan dua kali!

Makanan kat sini sedap2 cuma i rasa tak penting nak ambik gambar2 makanan. Rasa stres je nak kena ambik gambar2 makanan banyak kali. Motif utama datang sini ialah nak relax makan sambil tengok pemandangan bandaraya KL.

Mari tengok skil i mengambil gambar pakai telefon samsung note 2.

PEMANDANGAN KUALA LUMPUR DARI KL TOWER

Gambar ni semua i ambil sambil makan2 kat restoran Atmosphere 360.

view1tower

Kawasan meja yang kita orang duduk rupanya jauh lagi nak sampai berdepan dengan KLCC.

I pun masa baru je mula makan, terajin pergi kat tepi yang dekat sikit boleh nampak KLCC. Nampak tak i tengah menyempit kat tepi dinding.

Tak boleh jadi ni, lain kali kalau datang lagi i nak jugak meja makan kat bahagian tepi.

maybtower

Tu kawasan bangunan Maybank, Puduraya dan lain2.

view4towercuba cari Puduraya……

cbntower

Ni gambar sekolah bukit nanas. Famous betul sekolah ni zaman dulu. Zaman sekarang pun famous lagi. Tapi elok lah dah banyak sekolah2 lain kat KL yang dah namanya berprestasi tinggi. Kalau tak berebut je mak bapak nak masukkan anak2 ke sekolah ni.

view2towerSg Kelang dan kawasan sekitarnya

view3towerKLCC dan kawasan sekitar

Masa ni dah habis waktu makan, baru dapat rasa restoran tu dah berhenti berpusing. Baru nampak kawasan KLCC depan muka.

…….

Gambar sink dalam bilik air ni pun kena ambik. Haha……, jakun pun jakun lah. Nampak kemas sink macam ni. 

sinktowersinki moden

Jangan lupa, kalau nak datang sini kena buat booking awal. MISI BERJAYA!!

Lain kali i datang lagi ye……

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

One thought on “PERGI MAKAN DI ATMOSPHERE 360, KL TOWER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *