klhaze

PENGALAMAN BELI BARANG2 KEPERLUAN RUMAH DARI TESCO ONLINE, MALAYSIA

Sebarkan...Share on Facebook

JEREBU YANG TAK BERKESUDAHAN

Ingatkan hujung minggu2 lepas je jerebu tu datang balik. Dah la teruk sangat kat KL ni tiap kali jerebu datang. Rupanya hujung minggu baru ni lagilah teramat teruk jerebu sampai sekolah2 pun kena tutup 2 hari. I dah lama tak nampak matahari bersinar elok.

Dua minggu lepas yang teruk berjerebu tu, i jadi malas nak keluar rumah beli barang. Fikiran pun sama2 berjerebu hari tu.

klhaze

jerebu di Kuala Lumpur

Hari Sabtu masa minggu cuti raya haji hari tu, i memang kena basuh baju yang dah melonggok lepas 2-3 hari berjalan ke sana sini.

Mana nak ada masa untuk keluar beli barang, mana nak mengadap blog lagi. Kalau kena keluar beli barang2, bila kerja kat rumah nak siap, kan?

SABUN2 BASUH DAH NAK HABIS

Masa tu memang benda2 keperluan rumah tangga sama ada dah habis atau dah nak habis. I je yang buat2 tak nampak. Tak kira sabun mandi ke, sabun basuh pinggan, sabun basuh baju, plastik sampah dan macam2 lagi lah.

Yang paling i tak boleh tahan kalau sabun basuh baju atau sabun basuh pinggan dah tak cukup untuk kerja membasuh untuk hari tu. Rasa macam hari tak sempurna je. Kah kah kah…….

Tengok resit ni baru korang faham. Untuk yang dah berkeluarga, benda2 tu semua penting, kan.

tescobrg senarai barang2 keperluan yang kena dibeli

Ni pembelian yang paling banyak sejak i daftar kat TESCO online berbulan yang lepas. Sebenarnya, i kan kalau nak pergi beli barang2 keperluan rumah atau barang2 nak masak, i lebih rela pergi sendiri.

Yelah……… kadang2 nak cepat je, kadang2 nak lambat. Tapi sekarang lebih kepada nak cepat.

Masa dulu2 baru kahwin, i tak reti nak simpan stok barang lebih2. Macam kerja merepek je sangat.

Belajar lah dari akak, tak perlu nak rasa bersalah kalau kena beli 2-3 bungkus sabun basuh baju, 2 botol syampoo, 2 botol besar minyak masak, 2-3 jenis plastik sampah, berkotak2 tisu dan macam2 barang lagi lah.

Buat je mini stor kat ruang yang bersesuaian di dalam rumah tu. Dulu2 kalau tengok cerita tv masa belum kahwin, i pun pelik kenapa surirumah2 dalam cerita kat tv suka simpan stok barang banyak2. Macam membazir je sangat. Sekarang baru i faham. Hahaha…….

 BELI BARANG2 DARI TESCO ONLINE, MALAYSIA

Akak kan, mana2 servis online yang jenis boleh order dulu, bayar bila barang dah sampai, yang tu akak suka. Kurang sikit nak naik angin ke apa kalau tak puas hati dengan barang2 yang diterima di depan pintu rumah.

Macam TESCO ni, barang sampai, baru bayar. Tapi kena ada kad kredit atau kad debit ye.

Kalau i nak pergi TESCO, ada dua tempat yang boleh dituju. TESCO yang dekat IKEA tu atau pun TESCO Ampang. Tapi, siapa yang dah biasa lalu lalang kat kawasan2 situ, tengok je lah tempat parkingnya, tak larat akak.

Lagi senang kalau i pergi pasaraya dekat2 rumah je macam GIANT, AEON atau pun HERO.

PERKARA PENTING YANG MESTI DIBUAT BILA BARANG SAMPAI:

1. Jangan tercegat macam tunggul tiang kat depan pintu masa wakil TESCO tu sedang punggah memunggah barang2 ke rumah. Sambil2 tu boleh terus periksa betul2 barang2 yang di beli sama ada, sama ke tidak dengan list order. Lagi kalau u beli barang banyak2.

Jangan bila lori dah bergerak baru u nak terkedek2 bukak plastik untuk tengok semua benda ada ke tidak.

2. Tengok kat list order tu kalau ada barang yang ditukar. Periksa barang yang ditukar tu. Kalau u suka, tak da masalah.

3. Kalau tak suka, cepat2 bagi tau wakil TESCO tu, “encik, barang yang kena tukar ni saya tak nak”. Macam i, dah beberapa kali produk ditukar kerana produk asal takda stok.

4. Kalau ada barang yang tak kena, contohnya tin minuman dah kemek, cakap elok2 suruh wakil TESCO tu yang u tak nak dan nak tolak harga. Ni pun i pernah kena.

5. U dah puas hati dengan keadaan barang, takda barang yang tertinggal, baru bagi kad untuk pembayaran.

6. Lepas tu apa lagi, sila lah kemas dan simpan barang2 tersebut!!!

PENGALAMAN SUKA DUKA BELI BARANG DARI TESCO ONLINE MALAYSIA

I sebenarnya dah 2-3 bulan tak beli barang kat TESCO online ni. Yang ni dah kali keempat atau pun kelima, i tak ingat.

Yang i selalu beli ialah barang2 keperluan rumah dan penjagaan diri untuk orang2 yang ada kat dalam rumah.

Setakat ni i belum pernah lagi beli barang2 untuk dimasak dari TESCO online. Barang2 basah i beli bila dah pasti nak masak apa untuk sekian2 hari. Tu pun i beli dekat2 kawasan rumah je.

I tak minat nak simpan stok barang basah terutama ikan. Simpan lama2 lepas tu bila nak masak atau dah masak, ikan2 tu senang nak hancur. Ni berdasarkan pengalaman sendiri.

Setakat buah2 tu okey lagi pasal boleh dihabiskan cepat. Barang segar yang i pernah beli dari TESCO online cuma buah mangga dan buah pisang.

Ok, puashati jugak dengan kualiti buah2 yang dihantar. Tengok resit tu, pisang tak da stok pulak.

INSIDEN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN:

Tarikh luput
Selalunya i beli air minuman dalam tin, botol dan kotak. Tak ketinggalan biskut2 kering melalui servis ni.

Setakat ni, air2 minuman tu semua tarikh luputnya memang lambat.

Keadaan fizikal barang2
Situasi yang pernah berlaku ni ada silap sendiri jugak. Ada satu kali tu, dia orang datang bukan masa yang dijanjikan. I dah nak tidur sangat masa tu. Dah malam. Bila barang sampai, i pun dah tak kuasa nak periksa barang2 dalam plastik. I bayar je terus.

Masa nak kemas cepat2 pasal mata dah berkelip2, ada satu tin minuman milo dah kemek!!

Yang terbaru ni pulak, biskut dalam gambar tu dah nak dekat tarikh luput. Memang masih sah. Tapi bila i makan dah rasa lembik2.

tescobiskut

Lagi satu, kalau u order telur, cuba bukak bekasnya, tengok2 dan bau telur2 tu. I pernah kena, ada telur sebiji dah retak. Masa kemas baru perasan.

Kat dalam website dia orang, masa u order barang, ada satu kotak untuk tulis nota. Mungkin lepas ni i kena pesan macam ni, “saya nak tarikh luput yang lambat untuk semua barang”.

KESIMPULANNYA, I AKAN PAKAI LAGI KHIDMAT TESCO ONLINE NI SELAGI SERVISNYA MEMUASKAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *