mitsuilogo

MENGHABISKAN MASA DI MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG

Sebarkan...Share on Facebook

PERGI JALAN2 KE MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG

Masa cuti raya haji hari tu, cuaca elok sikit kat KL. Tak berjerebu sangat. Kita orang ada jugak terfikir nak pergi mana2 hotel. Tapi kan, anak2 i dan i sendiri ada kemungkinan akan bermalas2 kat atas katil je lepas dah masuk bilik hotel. Lepas tu main2 dalam selimut. Hahaha………. Duduk rumah je lagi bagus.

Lepas tu kalau anak bini dah malas nak keluar masuk dari bilik hotel, si HM pun akan terikut2. Jadinya, duit akan terbazir beratus2 ringgit tak pun beribu hanya untuk berkurung dalam bilik hotel. Kalau motif memang nak duduk hotel mahal2 kat tepi pantai ke, tepi hutan ke, tu takpa. Tu pun kalau takde jerebu.

Bab2 urusan korban untuk kita orang sekeluarga, HM dah uruskan. Kena buat hal ni dulu ye, sebelum nak berjalan2 atau ber shopping tu.

Jerebu punya pasal, i pun tak pasti nak tengok hotel mana kat dalam internet walau pun yang dekat. Kira takde mood la nak berkemas2 beg bagai. I cakap kat HM nak pergi JPO. Dia pun macam…… “huh? tak kuasa……”. Lepas tu dia cakap, “pergi mitsui, nak?”

Setahu i, mitsui tu agak baru, nanti pergi belum meriah lagi, tak seronok la kan. I pun tengok2 website nya dulu. Nak tengok kedai2 apa yang ada. Nampak macam boleh lah layan kalau nak tengok2 je pun. Sekurang2nya dah sampai. Lagi pun tak jauh sangat dari KL.

Lain kali la nampaknya kalau nak pergi JPO tu.

KURANG SIKIT KOS BERBELANJA DI MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG

Kita orang pergi ni pun lepas makan2 nasi minyak dan rendang ayam kat rumah mak i masa pagi raya haji hari tu. Petang2 sikit baru pergi ke Mitsui. Trafik pun lancar hari tu.

Masa pergi, i tak nak fikir nak beli itu ini. Nanti boleh jadi stres.

Dalam sejam perjalanan dari KL dah sampai.

………

Bila dah sampai kawasan letak kereta, ok la, tempat parking pun banyak dan tak serabut.

Yang kelakar, masa nak parking, i nampak ada sorang lelaki tengah pegang dua bji bantal nak dibawak balik. I pun….. “pergi mitsui pun nak beli bantal” kah….. kah….. (jangan sesuka hati kutuk orang ye!!!)

Ni depan pintu masuk.

mitsuilogo

MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG

Nak pergi ke pintu masuk, kena pijak lantai jalan jenis ni.

mitsuilantai

Tak suka tau…… I kena jalan berhati2 pasal batu2nya tak rata lepas tu tak rapat. I macam nak tersungkur banyak kali.

DAH BANYAK KEDAI BUKAK DALAM MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG

Sebelum nak pergi sini, ada kawan2 yang cakap tempat ni tak berapa seronok. Dia orang tu pergi masa mitsui ni baru2 bukak. Jadi banyak kedai belum bukak lagi. Masa tengok website tempat ni pun sama. Orang2 yang dah pergi awal2 bagi komen tak puas hati. Korang boleh datang balik ye.

JPO dan tempat ni memang tak sama. I dua2 boleh pergi. Cuma kalau nak pergi JPO tu, kena sediakan wang lagi banyak. Hahaha…… nangis.

Lepas tu masa nak bayar parking masa balik pun tak serabut. Masa mula2 je tu orang berebut2 nak bayar parking. Masa kita orang datang ni, harga parking ok je, RM2 sejam. Sila semak balik kalau nak pergi nanti.

Jangan lupa tol2 yang kena dibayar masa nak datang sini. Kalau dah cerewet dan berkira sangat pasal tol, parking, minyak, duduk rumah je, ye…..

……….

Masuk dalam, memang ada banyak kedai. I rasa macam semua kedai dah bukak je. Manusia pun boleh tahan ramai. Kita orang jalan2 dulu tengok kedai2 apa yang menarik. I masuk jugak kedai2 baju. Tapi teringat baju kat rumah banyak berlonggok.

I sebenarnya masa nak datang sini nak cari sunglasses. Pusing2 tak ada yang sesuai. I sesuai pakai yang tak oversize. Tapi tak jumpa.

Dipendekkan cerita, i tak beli pun baju atau kasut. Tapi HM jumpa jugak barang2 dia.

I nampak banyak kedai kasut macam kasut kerja, kasut jalan dan kasut sukan.

Kalau nak cari barang2 inner wear, harga pun boleh tahan kat sini.

Kebetulan motif kita orang datang sini nak tengok2 dulu, jadi tak lah belanja apa sangat.

Pendapat i, ok la barang2 kat sini. Tak mengecewakan.

MAKAN2 DI MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG

Pagi sebelum datang sini, memang kita orang dah makan kenyang. Habis tu, dah jalan2 tengok barang perut mesti lapar balik. Tanpa berfikir panjang pasal dah lapar, i dan budak2 pun masuk dulu ke Dome Cafe, kat tingkat bawah. HM merayau entah ke mana.

domefood

makanan di Dome Cafe, Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang

Masa ni dah malas nak cari tempat makan lain. Lagi pun tak payah nak tunggu2 pasal ada meja kosong. Tangguh2 takut penuh dan kena tunggu lagi. Kenapa agaknya makanan kat Dome Cafe sini sedap??? Kat cawangan lain ada yang tak sedap. Quality control…….

Lepas dah makan kat sini, baru i sendiri ada mood nak beli sedikit barang2. Tu pun barang2 rumah je. Nampak kan jenama barang2 rumah kat beg2 plastik tu. Yang plastik ada warna oren tu, i beli coklat.

brgbeli

barang2 rumah di Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang

Jenama2 yang dalam gambar tu, i tak pernah beli kat KL atau tempat lain. Masa i datang ni, harga2 barang tu memang tengah banyak diskaun. I beli pisau2 dapur dan kuali. Ye…… i datang sini beli pisau2 dapur. Periuk belanga pun banyak pilihan dan banyak diskaun. Tapi kat rumah dah ada.

Ingat tak masa mula2 sampai sini i kutuk orang yang beli bantal2 tu. Rupanya kedai Akemi Uchi tu memang sedang jual bantal2 dengan harga murah. I beli tuala2 mandi dan cadar katil. Harga2 memang menarik. Bantal kat rumah masih elok lagi jadi i malas nak beli.

 

Lapar lagi……..

Rupanya kat tingkat atas, ada food court dan restoran2 lain. Pasal tu i cakap masa kita orang datang ni, semua kedai macam dah bukak. Tempat makan pun dah banyak.

I saje nak makan kat kedai roti ni,The Loaf.

Nampak tak kita orang tengah berebut roti tu??? Sedap…… makanan2 kat kedai ni.

rebutroti

roti2 di The Loaf, Mitsuit Outlet Park, KLIA Sepang

Ni pulak kepak ayam. Sedap….. sedap…..

ayamloaf

kepak ayam goreng di The Loaf, Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang

♥ ♥

Okey la tempat ni.

 

Boleh datang lagi…… di lain kali……….

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *