meesiapteratai

MASAK SPAGHETTI UNTUK BUAT MEE GORENG FUSION

Sebarkan...Share on Facebook

Amboi, mee goreng pun boleh dijadikan fusion. Saya jarang beli mee2 basah. Selalunya kalau nak masak masakan mee2, saya akan guna mee kering atau pasta kering. Kalau beli apa2 pasta, mesti ada lebihan. Kalau disimpan2, boleh jadi lupa. Baik dihabiskan sahaja. Pernah jugak saya buat hidangan laksam guna pasta. Tengok SINI.

Cuma, kalau kita pakai pasta untuk memasak masakan melayu, ada yang berpendapat hasilnya tak begitu berasa sangat. Ni saya setuju. Ada benarnya kalau u tak pernah bertukar jenama pasta. I selalu tukar2 jenama pasta bila nak masak hidangan mee. Bagi i, memang ada kelainan rasa.

Macam mee goreng fusion ni, ni pertama kali i masak guna jenama Barilla (spaghettini). 

Sebelum ni, bila i masak apa2 mee/mee hoon goreng, i akan pakai perencah yang dah siap dalam paket. Semestinya masa2 tu i malas nak sediakan bahan2 sendiri dan nak cepat.

Tapi kali ni, i pakai bahan2 yang ada kat rumah je. Kalau pakai perencah yang dah siap, sebenarnya lagi senang kerana rasa makanan tu dah sedap dan kita tak perlu nak bersusah payah tokok tambah itu ini.

Masa i nak masak mee goreng fusion ni, risau jugak. Yelah, dah biasa pakai perencah yang dah siap. Kemungkinan rasanya jadi tak tentu arah. Tapi, akhirnya menjadi. Tahniah kepada diri sendiri!

Bahan2 yang digunakan di bawah, ada di dapur dan dalam peti sejuk.

Lagi satu, selalu kalau saya nak masak mee di rumah, saya jarang guna ayam. Selalunya saya akan masukkan udang dan sotong. Sebelum nak masak ni, i pergi ke cold storage untuk beli udang dan sotong yang dah siap dibersihkan. Menyenangkan kerja. Tapi hari tu, takda pulak!!! Terpaksalah i beli ayam yang tak bertulang.

Mari tengok bahan2 lain dan cara nak memasak.

RESIPI MEE GORENG FUSION (TANPA PERENCAH)

untuk 3-4 orang

meeteratai

 

Rebuskan dahulu spaghetti mengikut panduan di label. Saya guna lebih kurang 300g.

PENYEDIAAN AYAM

Entah kenapa kalau i nak masak mee/mee hoon goreng kat rumah, i tak boleh campak ayam sesaja dalam kuali. Rasa tak lalu makan pasal rasa lembik2. Kena jugak buat ayam tu lain dari lain. Kalau makan kat kedai pun, i tak boleh habiskan ayam2 dalam mee.

Caranya:

Potong ayam boneless kecik2 dan bersihkan.

Gaul dan perap sekejap dengan garam, lada hitam, sedikit serbuk kunyit atau kari.

Goreng sekejap sampai garing. Baru sedap!!!

BAHAN2 LAIN

  • 3-4 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar kicap (kurangkan jika suka)
  • 3-4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • cili padi (digunting halus dan dibuang biji)
  • tomato ceri (dibelah dua)
  • sayuran hijau (ikut suka)
  • daun bawang dipotong kecil (kalau takda pun takpa)
  • lada hitam atau lada sulah
  • gula dan garam
  • sedikit perahan limau nipis

 

 CARA MEMASAK MEE GORENG FUSION (TANPA PERENCAH)

  • Panaskan kuali
  • Letak sedikit minyak zaitun
  • Tumis bawang putih dan cili padi
  • Masukkan sos tomato dan kicap
  • Letak sedikit air untuk mencairkan kuah
  • Masukkan sayuran hijau dan ayam
  • Masukkan spaghetti
  • Letak ceri tomato dan daun bawang
  • Gaul semua bahan hingga sebati
  • Perasakan dengan lada hitam/lada sulah, gula dan garam
  • Letakkan sedikit perahan limau.

 

Siap…… boleh terus dimakan atau untuk dibawa bekal…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *