mudbottle

Masker (mud mask) SEPHORA

Sebarkan...Share on Facebook

Tak sia-sia merayau dalam kedai Sephora satu hari tu. Ingatkan nak tengok2 je. Yelah, harga produk2nya pun. Yang bagusnya pasal Sephora ni, kalau kita nak tengok2 barang lama2 sikit, takda pekerja yang akan mengacau tanya nak cari apa? Nak cari barang apa? Kami ada produk tu, kami ada produk ni, produk ni baru sampai…. I memang rimas kalau ada pekerja yang mengekor.

Paling tak tahan kalau yang suka tengok dari hujung kaki sampai hujung kepala.

Tu yang menyebabkan kalau i nak masuk kedai produk2 mahal, i dah memang rancang nak beli barang apa. Cari cepat2, lepas tu bayar. Kalau orang tengah ramai kat dalam kedai, ok sikit. Sempat la kalau nak tengok produk2 lain tanpa tergesa-gesa.

Sebenarnya, untuk barang2 mekap, i kurang sikit belanja. Sebab utama…., macam ni lah perangai orang yang perasan cantik semulajadi. Kononnya, tak perlu bermekap gitu. Takat pakai lipstik je rasa macam dah cukup.

Tapi….. bab2 nak bersihkan kulit muka memang tak dapat nak dielakkan. Gila tak basuh muka bersih2. Kalau produk2 untuk bersihkan kulit muka, nak tak nak memang terpaksa kena beli dan pakai! Semua kekotoran yang melekat boleh buat kulit muka kita naik biji2 dan gatal2. Naik tompok2 lagi.

Kalau tak bersihkan muka langsung, memang akan nampak jelas kulit muka yang kotor. Ni dah jadi tahap pemalas. Dah la malas nak bermekap. Ehh…. mekap pun takda!

Selain dari pembersih muka biasa, pembersih muka jenis skrub, ada masa i pakai masker. Kira masker ni dah macam pembersih tambahan terutamanya untuk membersihkan liang2 roma kulit muka.

Sebelum ni i pernah pakai masker yang jenis lapisan. Yang ni senang nak beli kat mana2. Ada yang murah, ada yang mahal. Tapi yang mahal, i tak pernah beli hahaha….

Selalunya, masker jenis lapisan ni dah diberitahu pada label, masker yang mana sesuai untuk kulit jenis apa, sama ada untuk kulit jenis kering, berminyak atau berjerawat.

Satu lagi jenis masker yang i pernah pakai ialah yang jenis cecair pekat yang kena ditepek kat muka sampai masker tu kering. Lepas tu bilas sampai bersih. Yang ni pun ok.

Hari yang i merayau2 kat Sephora hari tu, i saje2 nak tengok produk yang mampu dibeli/mampu tengok dan selalunya yang paling penting i PAKAI KE TIDAK kalau beli.

Hari tu ternampak produk2 SEPHORA. Selalunya, harga produk2 dari kedai sendiri lebih murah sedikit daripada harga produk2 berjenama lain yang dijual dalam satu kedai.

Kenapa i nak cerita pasal produk ni? Kerana i nak pergi Sephora dan beli lagi kalau ada. Tau2 je lah, produk2 kulit ni kan sentiasa bertukar2.

Kalau i ada rasa nak pergi beli lagi, maknanya i dah suka dengan produk tu. Hehehe…. Produk ni unik kerana cara nak menggunakannya lain dari produk2 yang lain.

mud2

CARA PENGGUNAAN MASKER (MUD MASK) SEPHORA

Selalunya i pakai produk ni lepas mandi, semasa kulit muka masih lembab.

1. Mula2, pastikan tangan bersih. Kaut sedikit2 masker dengan jari dan letakkan ke seluruh kulit muka. Elakkan kena mata dan bibir. Letak masker dalam kuantiti yang berpada2.

2.(Ni bahagian yang paling menarik!). Lepas dah habis letak, basuh tangan, tunggu sampai masker tu kering. Cara nak tau sama ada masker tu sudah kering ialah, bila warnanya bertukar sendiri.

3. Lepas masker tu dah kering, bilas bersih2 kulit muka sampai tiada tompok2 masker yang melekat.

4. Lepas dah bilas bersih2, kulit akan rasa sejuk dan segar.

 

Cuba yee…… jangan tak cuba!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *