14.31.28

MASAKAN UNTUK TENGAH HARI DAN MALAM

Sebarkan...Share on Facebook

Ni bukan mood rajin ye, ni mood kena ubah perangai. I selalu bungkus, order makanan dari rumah, tak pun makan kat luar dengan budak2. Lagi kalau HM not available bila tibanya waktu makan.

I ni memang kena berdikari dalam bab urusan rumah tangga dan anak2. Bunyi macam stres je, kan. Kah…kah…. Bila difikir2 balik, i ni dah bercakap macam orang tak berapa betul.

Sedar tak korang, ada ramai mak tunggal kat sekeliling kita ni. Kat KL ni bersepah. Tak kisah lah apa2 penyebab yang menjadikan situasi dia orang macam tu. Jangan sangka buruk! Habis tu dia orang, lagi kan kena berdikari.

Kalau u reader yang masih muda dan bujang, memang tak kan nampak atau faham situasi macam ni. Tunggu lah esok2 dah besar.

Dia orang kena uruskan kerjaya (kalau ada) dan urusan rumah sekali gus. Kalau yang bernasib baik, ada kerja bagus, baru mampu nak bayar orang gaji. Yang bersituasi macam ni, kehidupan dia orang tak la stres sangat. Boleh lagi bersosial tu.

Keluarga i ni memang mengada sikit. Kalau bab makan, masakan tu kena nampak ala2 di kedai atau restoran. Kalau tak, bila waktu makan, ada yang kena buat2 terpaksa makan. Hahaha…….

Berbalik kepada tajuk, selalu kalau i nak masak sekarang2 ni, sebolehnya i akan masak untuk makan tengah hari dan malam.

I memang perlukan lebih masa yang produktif untuk aktiviti2 lain. Bukak komputer misalnya. I pun sedang latih anak2 uruskan masa.

MASAKAN UNTUK MAKAN TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM

Hari tu terasa kreatif nak masak dua jenis masakan lain untuk spaghetti. Selalu nampak banyak je bila dah direbus. Rasa tak produktif kalau nak masak satu jenis je. Perencah dan bahan2 lain pun akan guna banyak. Alang2, baik i buat dua jenis masakan asing.

Hari tu i tak dapat beli spaghetti yang beratnya 250 gram. Kalau kuantiti 250g, i boleh rebus dan masak untuk sekali arung. Tak payah nak simpan stok spaghetti kering.

Untuk yang 500 gram ni pun, i terpaksa pakai 3/4 je. Lebihan stok kena simpan. Tak suka. Lepas dah direbus, i asingkan kepada dua bahagian.

SPAGHETTI BERKRIM UDANG DAN SOTONG

13.42.37

BAHAN-BAHAN:

♦spaghetti direbus dan ditoskan
♦bawang putih (dihiris)
♦krim masakan (pilih jenama yang u suka)
♦minyak zaitun
♦udang dibuang kulit dan dibersihkan
♦sotong dipotong kecil dan dibersihkan
♦sayur bayam
♦sedikit cili padi
♦lada sulah
♦sedikit garam

CARA MEMASAK:

♦Panaskan kuali, tuang sedikit minyak zaitun.
♦Masukkan bawang putih dan tumiskan sekejap.
♦Masukkan sotong dan udang, tumis hingga separuh masak.
♦Masukkan spaghetti dan krim masakan.
♦Gaulkan kesemua bahan sampai agak2 mesra.
♦Masukkan sayur bayam, cili padi dan lada sulah.
♦Kacau sampai rata dan bubuh sedikit garam jika perlu. TUTUP API.

Buat plating kemas2 macam gambar di atas. Hahaha……

♥ ♥ ♥

SPAGHETTI GORENG UDANG DAN SOTONG 

15.16.24

BAHAN-BAHAN:

♦spaghetti direbus dan ditoskan
♦dua bungkus kecil perencah bihun goreng/mee goreng
♦sedikit minyak masak
♦udang dibuang kulit dan dibersihkan
♦sotong dipotong kecil dan dibersihkan
♦satu biji telur
♦sayur bayam atau apa2 sayur yang u suka
♦sedikit daun bawang (dipotong kecil2)
♦sedikit cili padi
♦lada hitam/lada sulah
♦sedikit kicap

CARA MEMASAK

♦Panaskan kuali, tuang sedikit minyak masak.
♦Masukkan semua perencah bihun goreng/mee goreng.
♦Kacau sampai ada sedikit pecah minyak.
♦Masukkan cili padi.
♦Masukkan udang dan sotong. Tumis hingga separuh masak.
♦Masukkan spaghetti. Kacau spaghetti dan perencah hingga sebati.
♦Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit dan curah ke atas masakan.
♦Masukkan sayur bayam, cili padi, daun bawang, lada hitam/lada sulah dan sedikit kicap.
♦Gaul2 hingga semua bahan2 sebati. TUTUP API.

♥ ♥ ♥

Tips:

1. Boleh keluarkan udang dan sotong dari kuali sebelum dimasukkan balik masa masakan nak hampir siap.

2. Pakai dua senduk bergigi/garfu besar untuk menggaul spaghetti supaya bahan2 masakan tak hancur.

KUALI BERGUNA

Salah satu sebab kemungkinan rajin masak hari tu ialah kuali ni punya pasal. Sebelum hari tu, i pergi SOGO, ada hal lain. I nak redeem diskaun.

Kebetulan SOGO pun tengah buat aktiviti kumpul2 stickers untuk dapatkan periuk2 masak. Macam dah semua tempat buat macam ni sekarang.

I beli barang, dapat diskaun, dapat jugak stickers. Cukup kalau nak redeem satu periuk, tapi masih kena bayar. Boring nya.

I kena bayar RM80++ untuk dapatkan kuali ni. Tapi bagi i ok, kuali ni jenis stainless steel.

14.31.28Amatlah senang untuk dipakai. Lepas i dah masak satu jenis masakan hari tu, gosok sikit2 basuh, sambung masak masakan lain. Kira senang la nak dibersihkan. Tak perlu nak tukar2 periuk belanga masa nak masak hari tu.

 

Dah bersih, bolehlah masak lauk berkuah………

I guna perencah yang dah siap untuk masak ikan masam manis ni. Perencah untuk lauk ni rasanya agak original. I pernah makan lauk yang sama kat kedai. Kot2 kedai2 pun pakai perencah yang sama. Hihihi……

IKAN JENAHAK MASAM MANIS

13.46.33

BAHAN-BAHAN:

♦ikan jenahak (pertama kali i beli barang2 basah melalui TESCO online)
♦sayur2 ran yang disukai (tomato, timun, cili dan bawang)
♦perencah masam manis ikan

CARA MEMASAK:

Sila ikut cara yang ditunjukkan kat label!!

 

Ehhh……… jangan lupa masak nasi ye!!!

Ni perencahnya:

15.24.12

 

……….

Nota: Sebelum nak masak2 ni, i memang dah rancang dulu nak masak apa. Cuma i tak siapkan awal2 bahan2 masakan di atas. Berjam2 jugak nak siapkan semua masakan, dicampur dengan kerja basuh-membasuh dan kemas-mengemas kawasan dapur lagi.

Tak mengapa, janji air tangan sendiri. Ye tak???

 

♥ ♥ ♥ ♥

 Ok, i nak menjamu selera masakan sendiri!!!…….. LOL

2 thoughts on “MASAKAN UNTUK TENGAH HARI DAN MALAM

  1. Wow…..sure seronok seisi rumah dpt makan pelbagai menu.

    Patutlah rajin masak hari tu nak rasmi kuali baru rupanya hihi…. Sama je kalau nama pompuan ni, benda baru sure tak sabo nak guna hihi….

    Tak pernah beli Tesco online. Ok ke ?

    1. Saya dah beberapa kali beli barang kering. Pernah gak dapat biskut dah nak dekat expire. Ni pertama kali beli barang basah. Suspen gitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *