smbudang

MASAK SAMBAL UDANG CILI KERING YANG MUDAH

Sebarkan...Share on Facebook

Ni hidangan sambal udang yang paling tak serabut i pernah buat. Dah beberapa kali i masak sambal2 udang yang berlainan resipi. Ada yang kena letak asam jawa lah, letak belacan, santan pun ada. Kata2 orang kalau tak letak itu ini dah jadi tak betul. Tu belum lagi kena letak petai. Habis tu kalau petai tak jumpa atau pun harga tengah mahal, macam mana…

Kat sini saya hanya gunakan bahan2 yang mudah dijumpai dan ditambah dengan sedikit herba. Herba la sangat, padahal halia dan serai je namanya. Hahaha…..

BAHAN2 YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMASAK SAMBAL UDANG CILI KERING

(hidangan untuk 3-4 orang)

  • Udang 300 gram (wajib dibersihkan dan tidak perlu dibuang kulit, tapi terpulang)
  • Sebiji bawang besar (dihiris)
  • Minyak masak
  • Gula, garam dan sedikit perahan jus limau
  • Cili kering 70 gram

cilikering

DUA CARA NAK SEDIAKAN CILI KERING UNTUK MEMASAK SAMBAL

CARA PERTAMA
Tidak perlu direbus cili2 kering tersebut. Hanya digunting kecil2, kemudian direndam dan dibersihkan sehingga banyak biji2 cili keluar.

Semasa hendak menumis bahan2 kisar nanti, perlu mengambil sedikit masa supaya cili kering tersebut masak sempurna.

CARA KEDUA
Gunting cili kering kecil2 dan rebus dahulu untuk melembutkannya dan supaya biji2 mudah tertanggal.

Kebaikan cara kedua ini ialah, semasa hendak menumis bahan kisar, tidak perlu tunggu lama kerana cili kering sudah masak.

PETUA UNTUK MEMBUAT SAMBAL UDANG YANG CANTIK

Bahan2 ini perlu dikisar bersama cili kering yang sudah dibersihkan/direbus tadi:

  • 3 ulas bawang putih (dipotong kecil2)
  • 2 biji bawang merah kecil (dipotong kecil2)
  • 1/2 inci halia (dipotong kecil)
  • sebatang serai (dipotong kecil)
  • 1-2 sudu besar minyak masak
  • 1-2 sudu besar gula
  • 1-2 sudu teh garam
  • sedikit air 

Kisar semua bahan sehingga halus.

 

CARA MEMASAK SAMBAL UDANG DENGAN CILI KERING
  1. Panaskan kuali dan letakkan 5-6 sudu besar minyak masak
  2. Tunggu sekejap sehingga minyak menjadi sedikit panas
  3. Perlahan2, tuangkan sedikit demi sedikit bahan2 yang sudah dikisar tadi
  4. Tumiskan bahan2 tersebut dan sentiasa kacau untuk mengelak dari menjadi hangit
  5. Masukkan potongan bawang besar yang sudah dihiris
  6. Kalau kuah menjadi terlalu pekat, boleh letak sedikit air
  7. Kacau lagi dan bolehlah masukkan gula, garam dan sedikit perahan limau
  8. Tunggu sekejap hingga kuah mula menggelegak
  9. Rasa dan pastikan rasa sambal sudah sempurna
  10. Bolehlah dimasukkan semua udang
  11. Kacau perlahan2 semua bahan dan udang hingga sebati
  12. Bila udang sudah masak, boleh tutup api.

 

 

smbudang

ni gambar asli ye!!!

SAMBAL UDANG CILI KERING SEDAP

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *