Makanan2 bazar ramadan yang sedap dan tak sedap

Sebarkan...Share on Facebook

Minggu depan dah nak raya.  I punya cerita makanan bazar Ramadan baru nak keluar.  Haa….. haa…..

Hujung minggu yang hampir dua minggu sudah, yakni hari Sabtu, lepas sahur, solat subuh biasa la akan tidur balik.  Lepas tu i sampai tengah hari malas nak bangun.  Tengok2, lepas tu sambung lagi sampai petang sikit.  Punya lah malas.

Husband i tanya, “macam mana hari ni, nak bukak puasa kat luar ke tak??”.  I pun masa tu fikiran di awang-awangan.  Boleh i buat tak tau je…….  Yang sebenarnya, malas gila nak bangun, malas mandi dan lagilah malas nak bersiap.  Lantak la……., i pun cakap, ” u beli je lah apa2 kat bazar Ramadan tu”.  I sambung pejam mata.

Hari Ahad, situasi yang sama berlaku.  Kebetulan pulak tak boleh puasa.  Lagi lah……..

Ehhhh, i mandi ke tidak dua hari tu???

 

…………..

Dah malas sangat nak keluar bukak puasa, mari kongsi cerita makanan2 yang i minat beli kat  bazar Ramadan.  Setiap tahun akan bertukar mood makan.  Macam tahun ni, i kurang sikit beli kuih-muih, pasal nampak tak termakan sangat anak-beranak.

 

Makanan yang gagal………..

Makanan yang memang gagal dan terbazir duit dari segi rasa tahun ni ialah murtabak dan cendol.  Murtabak my husband beli dari lain2 gerai dan lain2 bazar Ramadan.  Entah kenapa, kebetulan takda satu pun yang sedap.  Harga dah la mahal.  Ehhh……… yang i tau barang2 asas untuk memasak takda kena GST.  Ada satu kali tu, murtabak dah jadi murtabak bawang!!!

Cendol pun sama situasi.  Entah di mana silapnya.  Tukar2 tempat beli cendol pun, semua tak berapa sedap.  Cendol sikit, kacang merah dan jagung macam tak rasa.  Harga bukannya murah!!!  Ni mesti tak pernah berniaga cendol.

I pesan kat husband, murtabak dan cendol tak payah beli dah.

 

……….

Yang pelik, air kelapa dan air tebu sedap pulak tahun ni.  Selalu je i dan husband beli.  Dah cendol tak sedap.

 

Makanan2 yang sedap dan menjadi…………

Ni antara makanan2 yang kami sekeluarga selalu makan masa berbuka.  Nasi dan lauk-pauk biasanya dimakan masa sahur.  Kalau i tak masak, lauk pauk selalunya i beli kat kedai nasi campur yang dah biasa pergi.  Dah tau rasanya.  Lepas tu kalau masin ke, ikan dah busuk ke, i dah biasa komplen.  Kedai ni memang takda masalah kalau pelanggan komplen.

Bukan macam satu kedai ikan bakar ni, i komplen pasal sambal.  Boleh dia cakap “u boleh pergi kedai sebelah ye”.  Masin mulut kau, i memang dah tak pergi pun kedai ikan bakar tu.

 

Makanan2 dari bazar Ramadan…………

 

20150705_194042

laksam

Puasa tahun ni banyak hari kita orang bukak puasa makan laksam.  Beli dari lain2 gerai, setakat ni tak ada yang mengecewakan.  Kuah ikan semuanya memang buat pekat.  Alhamdullillah.  Takut jugak kalau ada yang dah basi ke atau masam.  I mula2 kenal laksam ni pun pasal husband i orang pantai timur.

 20150705_193822

  lempeng pisang, apam balik, roti boom & kuah dan jus delima

Ni makanan yang dihimpunkan sekali untuk bergambar.  Semua sedap.  Lempeng pisang tu i akan sambung waktu sahur.  Dah dua kali beli.  Sedap.  Lebih rasa pisangnya.  Kalau makanan manis2, apa2 yang berkaitan dengan pisang, i boleh makan termasuk sira pisang dan pengat pisang.  Jus delima tu i terbeli kat KLCC.  Apam balik tu boleh lah, kalau banyak lagi isi, lagi sedap.

 

20150629_192229kebab ayam

Nampak isi mantap, kan.  Ada jugak rasa serik nak beli kebab kat gerai ni.  Gerai ni je yang jual  kebab fesyen macam ni.  Hari tu beli, nasib baik ada isi.  Maksudnya bukan lemak.  Tu pun i dah tak berani nak beli kebab daging.  Pernah beberapa kali kena, isi dagingnya alahai, yang banyak hanya lemak.

Masalahnya kadang2 gerai ni dah bungkus siap2 kebab2 tu.  Jadi kita tak nampak isi perut yang dah diisi.  Nak mintak baru, nanti banyak drama.  Mesti penjual tu cakap…… “ni panas lagi kak”.  Tak berani pulak i nak jawab…….. “panas pun, entah2 banyak lemak”.  Kang jadi drama, lepas tu dah tak nak datang gerai kebab ni.

Lain2 makanan bazar Ramadan yang kita orang selalu beli ialah roti john dan nasi lemak bungkus kecik2.

♥ ♥ ♥

Ni makanan yang paling berjaya dibeli!!!!!

20150629_050324

udang galah masak lemak

Ada satu hari tu, nak kena cari lauk sahur.  My husband ternampak lauk ni kat gerai lain.  Suspen je.  Kalau tak sedap habis membazir.  Ni i tengah panaskan untuk sahur.  Nasib baik sedap!!!  Harganya dah la mahal, RM30!!!  Fikir2 balik, ala…… kalau pergi buffet pun, sorang dah kena belanja RM50++, kalau tempat yang harga ginilah.  Kalau satu famili kena keluar bukak puasa??  Beli macam ni lagi  jimat!!!  Boleh kongsi empat orang.  Nyammmsss……….

 

♥ SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA PUASA ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *