diningEV

MAKAN-MAKAN DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA & LIFE JUICE IOI CITY MALL

Sebarkan...Share on Facebook

Akibat dari situasi kena pindah randah bilik, pihak hotel dengan suka cita nak belanja kita orang makan malam untuk satu malam je??? Ehh….. bagus ni walau pun kita orang lega masalah bilik dah selesai.

Ni antara makanan yang i sefamili pilih. Lain2 makanan termasuklah sup dan minuman. Semua makanan yang terhidang termasuk sup dan roti memang ada kelas tapi kualiti air2 minuman kena diperbaiki. Dah harga mahal2 kan……

SPAGHETTI BOLOGNESE HOTEL EVERLY PUTRAJAYA & NASI GORENG HOTEL EVERLY PUTRAJAYA

spagtEVngorengEV

Spaghetti tu memang sedap. Lain dari tempat lain. Kalau pergi restoran mahal pun rasa lebih kurang sama. Yang ni rasanya memang unik.

KUAYTEOW GORENG HOTEL EVERLY PUTRAJAYAkteowEV

 

Lepas dah rasa makanan2 ni, kita orang ada ulang balik makan kat hotel tapi bayar sendiri ye……

 

bfastEV

Ni pulak makanan masa sarapan. Hari yang i ambik gambar ni, mungkin temanya semi-vegetarian. I tak nampak ayam atau daging. Ikan lagi la takda. Yang ada cuma sosej.

Pagi tu i memang tengah lapar lebih dan perlukan protein diet haiwan. Jadi, rasa macam tak puas makan.

Ni pendapat i ye. Sarapan untuk hotel 4 bintang macam ni, boleh tahan. Banyak pilihan. Contoh macam, bubur nasi ada dua jenis, lepas tu setiap satu jenis ada dua periuk tinggi. Kat hotel2 lain yang 5 bintang pun selalu cepat habis dan nak kena tunggu ditambah.

Masa datang ke Putrajaya ni, kita orang tak cari pun tempat makan yang canggih2. Paling jauh, HM terasa nak makan kat kedai Wong Solo Bangi. Lepas makan tu i rasa nak balik rumah untuk tidur.

Nak cari makan kat tempat2 yang tak biasa, i rasa membuang masa. Jadinya masa cuti tu, 2-3 kali makan kat hotel je. Tak pun bungkus kat Alamanda.

……

Kan motif nak datang ke Hotel The Everly ni untuk melepak dan bermalas. Ada satu petang tu, hujan lebat jadi tak dapat nak keluar. Anak i pun tak berapa sihat. Jadi, kita orang tak kisah kalau kena pesan makanan dari bilik je. Lagi pun harga makanan kat hotel ni tak berapa mahal.

Rupanya, hotel ni tak ada servis hantar makanan ke bilik. Nak makan kena turun ke bawah, tempat makannya. Mungkin akan datang baru hotel ni akan buat kot.

……

Masa tengah jalan2 kat IOI City Mall, ada sorang perempuan tegur i. I dah ingat2 lupa muka dia. Macam kenal. Rupanya kawan sekolah budak cbn dulu. Apa lagi, mesti nak tukar2 nombor telefon dan tanya hal2 facebook dan karier masa kini. Masa dia tegur dulu, i pun cakap, ehhh….. you ingat lagi ye muka i??

I cari jugak tempat makan ikan bakar kat putrajaya dalam internet. Baca punya baca, kebanyakan review kata biasa2 aje menyebabkan i jadi malas nak ajak HM cari tempatnya.

Masa kat IOI City Mall tu, i singgah beli jus2 ni. Ni baru dua kali i beli jus jenis ni kat sini jugak sebelum ni. Sedap la…. Harga pun lebih kurang dengan kedai jus lain. Tak pasti kat Pavillion atau KLCC dah ada ke belum. Tempat2 lain agak cerewet kalau nak pergi.

jusEV

 air jus campuran

Masa nak datang ke Putrajaya hari tu, kita orang lalu MEX. Masa nak keluar dari Putrajaya, pun lalu MEX jugak. I cuma ingat masa nak balik tu, jumlah tol ialah RM5.50. Kena bayar dua kali tol. Tol pertama RM2.50. Tol kedua RM3. Tapi memang menjimatkan  masa sangat.

mexbridgeEV

Masa nak balik ke KL, sebenarnya tak pasti nak ikut jalan mana. Masa merayau2 kat kawasan bangunan2 kerajaan tu, nampak ada jambatan yang cantik ni. Tak pasti pergi ke mana. Tapi bila nampak panda tanda untuk masuk ke MEX, i pun suka la. Ada sebab nak lalu jambatan ni.

Masa lalu kat jambatan ni, rasa macam kat Penang pun ada. Lepas tu i nampak rumah2 cantik kat tepi tasik ni. Tiba2 rasa nak beli???

mexEV

Jalan raya MEX ni lurus sampai lah nak keluar ke kawasan Jalan Tun Razak. Terus ternampak papan tanda IKEA yang tinggi ni. 

ikeaEV

Masa IKEA kat sini baru bukak, ada la 2-3 kali percubaan i nak pergi situ. Dua kali tu jugak i tersangkut lama kat trafik jam sepanjang nak masuk ke kawasan Jalan Cochrane. Bayangkan kalau nak masuk dalam IKEA tu. Mau muntah2 i. Lain kali jelah i cuba datang lagi. 

SELAMAT TAHUN BARU 2016!!!!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

One thought on “MAKAN-MAKAN DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA & LIFE JUICE IOI CITY MALL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *