LANGSIR OH LANGSIR

Sebarkan...Share on Facebook

Masa mula2 i nak buat langsir sendiri dulu, ingatkan senang. Tak sangka lah kalau nak buat benda2 langsir pun boleh bertekak dengan orang kedai. Bukan sekali dua i bergaduh dengan pekerja kat kedai langsir, banyak kali, ye!

Tak kira lah sama ada langsir2 tu i buat kat kedai langsir yang umum yang harganya lebih murah atau pun buat kat kedai persendirian yang kecik, masalah2 yang timbul adalah sama.

Kali terakhir i terpaksa bertekak dengan pekerja langsir ialah beberapa hari lepas!

 

Lebih kurang 2 minggu lepas, i dah rancang nak buat kepala langsir sahaja (valance) yang rupanya sepatutnya sebijik dengan yang i pernah buat. I pun terfikir, patutkah i bawak sekali kepala langsir yang tengah tergantung kat tingkap di rumah. Tingkap dua cermin je, pun.

Rasa tak munasabah pulak.

Nak tau tak…. nak tau tak…..

Patutnya, i bawak je kepala langsir tu sebagai contoh.

Kalau nak diikutkan, sebenarnya tiada keperluan untuk mengangkut kepala langsir tu dari rumah ke kedai. Apa yang i bawak ialah ukuran sebenar kepala langsir yang i dah pernah buat tu. Yang paling penting, dah ada contoh gambar di kedai.

langsir

Ni ialah resit kepala langsir lama yang i bawak semasa nak buat tempahan.

Nak buat benda kecik macam ni pun, boleh salah.

Nak tau tak, masa i nak ambik kepala langsir tersebut, bendanya dah jadi terlebih panjang dan kena dipotong.

Masa nak tempah, i dah tunjuk gambar design yang sama sebijik macam dalam resit kat atas. Kedai2 langsir sepatutnya ada buku nota mengenai design2 langsir yang boleh ditunjukkan kepada pelanggan.

Apa yang berlaku ialah i dan pekerja kedai langsir tersebut sudah faham mengenai design yang hendak dibuat, ke???

Kalau tengok pada gambar dalam buku nota kedai dan resit lama di atas, tak ada kedut2, kan??

Rupa2nya kat resit, pekerja tu tulis ‘french pleat’. I langsung tak tengok dan terus bayar.

Sekarang, i kena tunggu lagi dua minggu untuk kedai tersebut membetulkan kepala langsir yang dah terlebih jahit tu.

Langsir terlebih jahit??? LOL…. LOL….

Nak tak nak, i akan angkut kepala langsir yang lama tu sebagai bukti masa nak ambik nanti. Apa akan jadi dengan kepala langsir tu, agaknya?

 

…….

Peliknya, pandai pulak dia orang betulkan kepala langsir yang dah salah jahit tu. Bukan tu saje, i dapat balik duit RM50 kerana dia orang dah terlebih potong kain.

Ada kemungkinan i tak kan pergi lagi ke kedai tersebut kerana:

  • Contoh ukuran mudah yang i bawak nampaknya tidak berguna.
  • Kualiti jahitan kepala langsir yang lama tu lebih bermutu, padahal harga kain untuk kepala langsir yang baru tu adalah dua kali ganda mahal.

 

Masalah utama semasa nak menempah langsir ialah, selalunya pekerja yang mengambil tempahan order langsir bukanlah tukang jahit langsir.

Kena banyak bersabar dengan dia orang ni. Ikut pengalaman i, kalau boleh dia orang nak mengelak ambik order langsir/kepala langsir yang rumit jahitannya. Dia orang sebenarnya amatlah pemalas kalau terpaksa potong kain langsir yang bukan ikut ukuran standard. Padahal bukan dia orang yang akan jahit langsir2 tu.

Dah la pemalas nak layan pelanggan macam i (i tak suka buat langsir bidang besar2 kerana susah nak basuh), lepas tu buat suara garang2 supaya i tak jadi buat langsir yang i nak. Kalau situasi jadi macam ni, boleh panggil manager.

Kedai2 langsir ada buku nota yang menunjukkan berjenis2 jahitan langsir yang boleh dibuat oleh tukang jahit mahir kedai2 langsir tersebut tak kira yang beropol2, bermanik2 atau berlapis2. Buku nota tersebut adalah panduan untuk tukang ambik order membuat sketch jahitan langsir yang kita nak. Kalau dia orang tak keluarkan buku nota tu dan nak tak nak buat kerja, boleh panggil manager.

 

Kat sini i cadangkan kedai2 langsir mengambil pekerja untuk tempahan langsir yang ada pendidikan tinggi sedikit atau yang berminat nak menjahit langsir kemudian hari. Kerja2 mencatit ukuran langsir untuk tempahan dan memotong kain2 langsir adalah satu kemahiran yang sangat penting macam jugak nak buat potongan kain baju.

Setakat yang i kena berurusan dengan dia orang ni, keadaan dia orang biasanya serabai, selekeh, mulut busuk, cakap kasar2 dan ragu2 dengan tempahan pelanggan. Pekerja2 ni tak kira bangsa, ye.

Baca PANDUAN MENEMPAH LANGSIR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *