Sebarkan...Share on Facebook

Sebelum puasa tahun ni dan masa bulan puasa tahun ni pun, i ada bercita2 tinggi nak buat kuah laksam. Tapi takut sangat gagal. I kalau masak benda2 yang tak pernah dimasak atau jarang masak mesti kena ada plan B.

Plan B tu kena bungkus makanan la. I akan kecewa sangat kalau benda yang nak dimasak tak menjadi. Lagilah kena penat2 kemas dan basuh segala periuk belanga. Makanan pulak takda pasal dah kena buang…… haa….. haa…… sedih.

Pernah i tengah nak mula kisar bawang cili, lepas tu bahagian bawah blender tercabut. Masa ni dah la lama tak masak. Bila tengah berkobar2, jadi macam ni. Keji betul…….

…………

Banyak kali i dah tunjuk gambar laksam dalam blog ni sejak bulan puasa. Pendekkan cerita, rasa tak kuasa nak kelentang kelentung masa puasa tu, takut tak menjadi. Jadinya, selalu terbeli laksam kat pasar ramadan.

Lepas tu, tibalah pulak hari raya, tak sangka ada sedara mara yang akan buat laksam lagi. Korang tak makan ke masa bulan puasa hari tu?? Lepas tu baru i teringat, raya tahun sebelum ni pun, rumah abang HM yang sorang lagi ada buat laksam jugak.

Jadinya…….. laksam…….. laksam……. laksam……laksam….

Ok……. lepas raya hari tu harapan termakbul. I pun berjaya buat kuah laksam dengan jayanya. Kalau kat rumah boleh pulak i tak pakai langsung serbuk perisa kalau masak apa2 pun.

Laksam yang i buat hari tu adalah edisi urban. Haa…… haa…… Ada ke macam ni. Yang penting bagi i, kuahnya. I macam tak minat nak buat laksam bergulung tu. Kena bancuh tepung tepungan lagi. Tu belum lagi nak kena keluarkan periuk pengukus dari tempat persembunyian. Haa…… haa……

Masa buat ni, i memang dah rancang tak nak buat laksam yang gulung2 tu. Lagi pun tak pasti nak buat banyak mana dan kalau ada lebih, boleh simpan ke tidak 1-2 hari. Nak selamat, i cari pasta yang rupa bentuknya tak lari jauh sangat.

 

♥ ♥ ♥

LAKSAM PASTA BOWTIES

(untuk 6 orang makan)

blendedfish

ikan kembong yang sudah direbus, dibuang tulang dan dikisar

BAHAN2 UTAMA:
♦6 ekor ikan kembong saiz sederhana kecil (direbus, dibuang tulang dan dikisar)
♦2 santan kotak
♦sedikit asam keping (1-2 keping)

BAHAN2 KISAR/TUMBUK:
♦3 ulas bawang merah
♦2 ulas bawang putih
♦1 cm halia
♦1 batang serai
♦sedikit lada hitam

laksmrempah

 bahan2 kuah laksam yang sudah dikisar

BAHAN2 SAYURAN:
♦kacang panjang (dipotong kecil2)
♦timun (dipotong nipis2)
♦daun kesum (digunting nipis2)

♦garam dan gula

CARA MEMASAK KUAH LAKSAM:

1. Letak periuk atas api.

2. Masukkan santan, bahan kisar/tumbuk dan asam keping.

3. Masukkan isi ikan.

4. Kacau sebati dan perasakan.

I ada letak sedikit je air kerana kuahnya pekat sangat tapi i pastikan rasa ikan tu mantap.

CARA MEMBUAT SAMBAL CILI:
♦untuk kebersihan, rebus 5-6 biji cili merah
♦gula
♦garam

Kisar ketiga2 bahan, kemudian rasa.

 

Dah siap…………

 

laksamfull

laksam pasta bowties

Kuah laksam masih dalam periuk. Senang nak panaskan balik. Bekas 3 ruang tu, masa raya hari tu i beli kat Parkson Kuantan, elok la dapat pakai terus. Penutupnya pun ada. Daun kesum i letak sekali dengan cili.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *