Kesilapan harga yang melampau

Sebarkan...Share on Facebook

Minggu ni i ada beli sikit barang makanan.  Snek2 gitu.  Selalunya lepas dah bayar, nak keluar dari supermarket, u all semak balik tak harga2 barang yang dah dibayar??  I pulak, tengok mood.  Kalau ‘tengah nak cari pasal’, i akan semak satu persatu barang dan harga dalam resit tu. 

Selalunya i akan berharap, takda la apa2 masalah harga jadi lain.  Orang pun ada kerja lain yang nak dibuat.  Tak kan setiap kali bila ada isu harga berlainan, i nak kena pergi tempat customer service untuk selesaikan masalah ni.

Percaya atau tidak, selalunya……….. ya, selalunya, bila i beli barang sederhana banyak pun, mesti ada harga berbeza dalam resit dengan yang i nampak kat rak.  Ni terjadi tak kira kat mana2 supermarket, hypermarket pun.  Supermarket yang ala high-end pun tak terkecuali, ye.

Paling i tak suka, bila pernah kena situasi harga lain ni kat supermarket ala high-end tu.  Masa nampak harga kat raknya, ok la puas hati.  Ada rasa nak beli barangnya.  Bila barang kena scan, rupanya harga lain.  Mau tak sakit hati.

Kalau beza 5 sen atau 10 sen sekali pun, tu dah dikira penipuan.  Masa i kena ni beza harga nak dekat RM1, ke RM1 lebih.  Ada la 2-3 kali terkena situasi kena tipu kat supermarket ni.  Masa tu tak silap i nak beli aksesori rambut.  Sepit, clip, ikat rambut semua tu.

Lepas2 tu, kalau i nak kena singgah kat supermarket ni, i kena tengok harga kat barangnya dulu, bukan dekat rak.

Hari tu, i rasa nak beli vitagen.  Pergi lah ke supermarket lain.  Kat atas longgokan vitagen tu, ada notis, kalau beli 3, dapat harga diskaun.  I pun ambik lah 3, lain2 jenis.  Kalau u dah biasa beli vitagen, memang ada masanya supermarket tu akan buat offer macam ni.

Bila nak bayar, kena lagi………. lain pulak harganya.  Iaitu, harga biasa.  Bila i sebut pasal notis harga offer tu kat cashier, biasa la, ding dong sana sini, call sana sini.  Menyampahnya.  Pasal i dah biasa sangat terkena situasi ni, malas nak bising2.  Lebih baik i simpan tenaga badan untuk aktiviti lain yang lebih berfaedah.  Akhirnya, i beli la jugak.  Buang masa nak pot pet.

I tak tau la korang, tapi serius, i tak suka nak memperbodohkan diri bayar harga yang ditukar2 macam ni.  Kalau dah selalu kena, tak kan nak berdiam diri je.  Duit kita.

Tak kan nak cakap………. ala………. 50 sen je pun.  Tak payah la nak kecoh2.  I tak boleh ye.  Rasa tertipu.  Tunggu la esok2 bila dah tua, nak kerja tak larat, baru rasanya kita tau nak hargai duit.

Dulu2 masa baru kahwin, i baru nak belajar beli barang2 dapur.  Masa tu i dah mula perasan situasi harga2 barang ni.  Kadang2 dalam satu resit, bukan satu barang je, harga yang dah dibayar jadi lain.  Ada sampai 3-4 barang.

Mau i tak naik angin.  Pergi tempat customer servis, dia orang akan semak balik harga barang, ding dong ding dong, i kena tunggu refund.  Buang masa, kan.  Tapi i tetap akan buat, selagi ada masa.

Hari tu kan i ada cerita pasal beli barang2 melalui TESCO online.  Walau pun dah ada servis online macam ni, i tetap akan pergi ke pasar atau pasaraya.  Saje nak tengok barang2 lain.  Lagi pun, masa kali kedua i pakai servis TESCO online ni, ada barang yang tak ada.  I nak beli air VITAGEN dan SPRITE tak jumpa.

Lepas tu dah pilih masa delivery, dia orang datang waktu lain.  Tapi hari yang sama.  Nasib baik bukan nak masak hari tu.  Kalau i, i akan order barang2 dua hari sebelum nak pakai.  Tak kelam kabut.

Lepas tu i tak pasti sama ada kena jugak ada TESCO card untuk dapatkan harga2 promosi.  Pasal apa, hari tu i beli beberapa tin minuman air cincau.  Katanya harga promosi.  I pun beli lah.  Bila sampai rumah, tengok resit, harganya harga normal.  Pasal nak minum sangat air cincau, i terpaksa ambik.  Macam cerewet pulak nak cancel.  Tak pulak i perasan notis ‘untuk ahli sahaja’ kalau nak harga promosi.

Ni yang kisahnya kesilapan harga yang melampau………….

Akibat nak beli MAGGI.  Ni beli barang kat supermarket lain yang selalu jugak i pergi.  Masa dah habis bayar, dapat resit, tiba2 i saja2 nak tengok resit.  Bukannya gerak hati ke apa.  U tengok sendiri………….

20150313_102220

Tak pasal2, rupanya i dah terlebih bayar RM51 !!!  RM51 !!!!!!!!!!! ok……….

I pulak, kalau dah terfikir nak cepat, bila dah beli barang, dah masuk kereta, resit entah kat mana2.  Entah2 sebelum2 ni, masa i malas nak semak resit lepas beli barang, silap2, i pernah terbayar terlebih macam ni.

Dah la masa tu i nak cepat.  Tunggu2 dia orang selesaikan masalah je, dah jadi lebih 5 minit.

Situasi ni memang dah melampau!!!!!

Lain kali kena jadi macam ada penyakit OCD, kena semak resit berulang2 nak pastikan tak kena tertipu.  Lantak la alasan sistem ke, cashier bengong ke, tu bukan masalah i………………….

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *