Kehidupan yang kembali normal selepas hujan

Sebarkan...Share on Facebook

Semalam hujan lebat masa awal2 pagi kat kawasan rumah i dan sekitar KL.  Bila hari dah siang dan nampak pokok2 kat kawasan rumah, macam biasa fikiran i akan jadi betul2 tenang dan mula lah rasa macam di awang2 an.  Lupa terus masalah2 dunia yang sedang berlaku dan hal2 sendiri.

I pun rasa baik i pejam mata sekejap dan enjoy this moment……………

♦ ♦

♦ ♦ ♦

♦ ♦ ♦ ♦

Bila dah bangun………..

Perkara yang i mula2 teringat ialah kena bayar bil2.  Bosan kan…..  Sejak hari Khamis lagi i dah susun2, tapi malas nak pergi bayar.  Belum nak due date lagi kecuali si astro.  Semalam pun masih malas jugak nak pergi bayar bil2.  Minggu depan je lah.  Bukannya tak nak bayar, kan. Cuma, kadang2 i efisen, i bayar cepat.

Lepas tu malam tadi sebelum nak tertidur, baru teringat pasal bil astro tu.  Cepat2 i bangun, call customer servicenya dan bayar guna kad kredit.  Nasib baik lepas.

Kalau nak bayar bil astro dengan kad kredit pun tengok keadaan.  Ada masa menjadi, ada masa tak.  Kalau tak, i cakap je akan bayar minggu depan.  Janji telefon dulu, bagi tau dia orang dah tak sempat nak bayar bil tengah2 malam buta ni.

Astro ni bab2 nak memotong servis memang sepantas kilat.  Tak pasal2 kang kena bayar kos penyambungan.  I pernah kena, masa nak pindah-randah dulu, mintak tolong dengan dia orang, langsung sumpah seranah semua keluar.  Boleh dia orang transfer call i kesana kesini, tapi masalah paling mudah pun masih tak selesai.  Masa nak menjual apa2 servis, boleh pulak dia orang call 2-3 kali seminggu.

Sama je la pun kalau yang jual insurans. I punya salah satu insurans, bila tukar kad baru, lepas tu pulak dari bank yang sama, langsung tolakan hilang.  I pun tak perasan.  Lama la jugak. Lepas tu, yang pihak insurans takda inisiatif langsung nak selesaikan sendiri hal remeh gini dengan pihak kad kredit tu.  Bangang………. Masa nak jual, sepantas kilat korang tolak ye.  Boleh pulak kerjasama ye.

Pasal tu i dah seram dengan benda2 auto debit yang pakai kad kredit.  Boleh jadi bala bencana.

I sebenarnya pun masih belum minat dan tiada keperluan untuk buat pembayaran bil secara online2.  Selagi tak wajib, i tak kan buat.

Pandai2 le i pergi ke pejabat pos atau mesin bila nak bayar bil2 ni.  Pandai2 la i cari masa bila orang tak ramai.  Tak da isu pun.

 

Itulah serba sedikit hal2 kebosanan bayar2 bil.

……….

 

Nak online sangat, yang ni i dah buat beberapa kali, iaitu TESCO online.  Servis ni pun i masih cuba2 gitu.  Dah beberapa minggu tak shopping kat TESCO online ni.  Sebelum2 ni, i cuma beli barang2 rumah dan air2 je.  Barang basah belum lagi.  Tu pun……. hari tu i ada terima tin milo yang dah kemek dan sebiji telur yang dah meretak.  Nak kena semak sebiji2 barang nampaknya bila dah sampai rumah.

Hari ni pun kali pertama i beli beras guna servis ni.  Nanti bila dah sampai, kena tengok plastik beras tu, mana tau dah kena gigit tikus ke…… kan.

Pagi tadi i cepat2 order barang2 kat TESCO online.  Kebanyakannya barang2 rumah macam tisu2, sabun basuh, sabun mandi dll.  I order jugak telur.  Harap ok.  Ni pertama kali jugak i order buah mangga dan pisang.  Tengok macam mana nanti.  Katanya kalau tak puas hati dengan keadaan barang2 yang diorder, boleh tak payah bayar untuk barang tu.  Selama ni i belum lagi ada situasi nak kena cancel barang2.

Jangan lupa, kalau nak guna servis TESCO online ni, kena ada kad kredit atau kad debit.  Ehhh… sekarang ada pulak caj penghantaran RM3 tak kira bila waktu penghantarannya.  Sebelum2 ni kalau i beli kurang seratus ringgit pun i boleh pilih waktu penghantaran yang tak ada servis charge.  Ni semestinya ada kena mengena dengan GST.

Servis macam ni, sesuai kalau u nak pakai barang2 tu dalam masa 2 hari.  Kalau nak cepat sangat, macam gula dah habis ke…. baik siap2 sekarang jugak, keluar rumah, pergi beli.  Tak payah nak bising2.

Setakat ni cuma TESCO dan tengok wayang je yang i pakai servis online.  Lain2 jenis shopping, i belum ada keperluan.

……….

 

Masa cuti panjang 4 hari tu, i dah bercadang nak bermalas-malasan.  Maknanya tak nak keluar rumah.  Tapi, gagal.  Dua hari kena jugak keluar rumah, lepas tu jadi nak hilangkan penat saje. Tapi okey la, minggu ni tak payah keluar.  Tapi, tak sempat pulak i nak rancang nak masak apa. Jadinya kena…….. order makanan untuk i dan budak2 je.

I order ayam nandos, jagung dan fries.  Nasi i masak.  Lepas tu nak mengelak tak habis seketul2 ayam, i suruh lagi dia orang potong separuh untuk saiz quarter chicken yang i beli pasal masih gemuk lagi i tengok.  Habis la RM60 belanja.  Malam ni kalau lapar lagi, kena makan maggi ye ………

20150509_135440

dah dipotong kecik, baru rasa selera nak habiskan

Selamat berhujung minggu dan bermalas-malasan………..

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *