Kalau dah tak sempat tu……… cuti2 KL: ayam bakar Wong Solo, Bangi & shopping kat SOGO, KL

Sebarkan...Share on Facebook

I kalau nak pergi bercuti, tak suka kelam kabut nak mengemas itu ini.  Kemas beg2lah, kemas rumah lagi.  Macam cuti sekolah yang dah nak habis ni, i sebenarnya, ada banyak urusan yang kena diselesaikan.  Malas nak cerita secara mendalam, macam riak pulak kalau diceritakan. Pokok pangkal, i kalau ada benda2 yang belum selesai dan tergantung, sanggup tak ke mana2.

Itu pun, kalau nak pergi cuti ke mana2, i kena tenang2kan diri dan fikiran dulu.  (Ehhh…… macam hidup i ni agak kelam kabut bunyinya, kan.  Kah….. kah……kah ….).  I lebih suka kemas barang2 secara tenang dan berhemah, kalau kena pergi cuti, walau pun dekat sangat.  Sama jelah pun perangai ni masa zaman2 bujang dulu.

Lepas tu kena fikir dulu apa motif nak pergi cuti.  I belum sedia nak pergi cuti jauh2 ni.  Tak suka nak pergi cuti bila situasi harian masih berterabur.

Kalau motif tak mantap, i rela duduk rumah, TIDUR & RELAX……… Kalau masa nak pergi pun dah kelam kalibut, nanti bila dah sampai kat tempat cuti tu langsung jadi penat, lepas tu boleh jadi marah2.  Sudahnya, stres.  Lepas tu bila balik semula ke rumah, kena mengadap balik kerja2 rumah yang sama.

Jadinya, kalau dah tak ke mana sangat cuti2 ni, duit untuk bilik hotel dan apa2 tiket tak keluar.  Setakat nak bayar bilik hotel mahal2 atau tak mahal sangat pun, lepas tu malas nak keluar bilik walau pun nak pergi makan, alahai……..  baik duduk rumah je.

Pasal dah tak ke mana sangat, jadinya kita orang cuti2 KL jelah.  Patut i boleh praktikkan cuti2 KL ni di lain2 masa.

 

♥ ♥ ♥

Semalam i dan famili pergi makan kat kedai Wong Solo, Bangi.  Kalau nak diikutkan, macam malas je dari KL nak ke situ semata2 untuk makan.  Kena mengadap trafik dan tol pergi balik lagi.  Tapi, pasal tengah “mood bercuti”, i saikologi diri sendiri, “ni tengah cuti2 KL……..”

Sampai situ pukul 2.30 petang, orang ramai lagi kat restoran tu.  Sedap lagi la tu, kualiti masakannya kalau orang sentiasa ramai macam tu.

Cawangan lain kita orang malas nak pergi.  Yang kat sini, kita orang dah pergi beberapa kali dan kualiti rasa makanan dan minumannya sentiasa terjamin sedap nampaknya.  Ni pun dah lama sangat, baru nak datang balik makan.

Tapi kan, tiap kali datang sini, i tak pernah makan ayam penyetnya.  Mesti i akan order ayam bakar.  Tapi semalam, i kecewa pasal dapat saiz ayam bakar yang cenonet.  Lepas tu banyak kulit.  Walau pun sedap, tapi…….. kecik la sangat.

20150611_145833Nampak sedap??? Memang sedap…….. Mestilah sambalnya yang buat jadi berselera makan.  Air2 minuman kedai ni pun sedap.  Yang kami order tu, air jus semangka (tembikai) dan jus mangga.

Tapi servisnya ok2 je.  I kena tunggu lama berdiri untuk bayar.  Takda cashier.  Sebelum2 ni datang pun macam ni jugak.

Masa datang ni, i rasa nak bungkus lagi satu set.  Macam tak puas makan.  Tengok2, i dapat saiz ayam yang sedikit besar.  Lepas tu, tersadailah makanan tu kat dalam kereta selama beberapa jam sampai malam.

Husband i masa nak pergi kawasan sebelah sana tu, ajak pergi IOI City Mall kat Putrajaya.  I tak kuasa lah………  takda motif nak pergi.  Kena berkampung kat Putrajaya 2-3 hari, baru i minat.

I sebenarnya dah beberapa minggu cuba nak pergi SOGO, KL.  Ada la beberapa barang yang nak dibeli.  Semalam situasi agak ok kalau nak pergi SOGO.  Tau2 je lah kawasan SOGO tu.  Silap haribulan, boleh jadi puaka.  Lagi lah ni masa cuti sekolah dan nak puasa.  I tak teringat langsung pasal trafik jem masa nak pergi ke situ.

20150611_161818

Ni masa balik dari Sg Besi, kat kawasan Bukit Bintang.  Lampu trafik kat depan tu yang gila.  Jadi hijau beberapa saat je.  Ni lah KL.  Kalau tak nak kena benda2 macam ni, duduk kat mana???………. hutan belantara ye………

I kalau nak pergi ke arah kawasan2 Sg Besi tu, wajib keluar masuk ikut smart tunnel.  Nak cepat la kata kan.  Bayar lagi tol.  Sudahnya, hari keluar ni 4 kali kena bayar segala tol.  Pasal tu, i kalau takda urusan yang tak menguntungkan dan takda makna, jangan harap i akan keluar merayau2 tak tentu hala.

20150611_163222Ni pulak trafik jem kat depan concorde hotel.  Masa ni baru pukul 4.30 petang.  Mungkin cuti sekolah kot ramai orang luar datang KL.  Mesti nak shopping untuk hari raya.  Kat mana korang berkampung???  Jem2 pun, nasib baik kereta2 semua bergerak.  Masa tersekat kat sini, i dah mula teragak2 sama ada nak pergi SOGO ke tak.  Kalau trafik jem jadi melampau kat depan2 tu, i rela balik.

20150611_16402920150611_164201

Akhirnya, dah sampai ke kawasan SOGO.  Nampak tak teruk sangat trafik kat kawasan SOGO ni.  Misi hampir berjaya.  Yeeaaaa……….. boleh i beli bantal2 yang dikehendaki.

Sebelum nak sampai ke kawasan SOGO, kat jalan sultan ismail tu pun, dah ada shopping mall baru, quill city mall.  Siapa yang cintakan shopping malls, ni lagi satu tempat yang korang boleh berkampung.  Sila……… sila……..

Dah dapat parking kat SOGO, pergi toilet dulu………

20150611_165548

Ehhhh, macam mahalnya kena bayar 30 sen.  Tapi ok kot, kena bayar kalau nak pakai toilet kat sini.  Kurang sikit kebau2 an tu.

20150612_081941

Dapat dah bantal2 ni.

20150611_173904

Mula2 nak pergi SOGO satu jam je.  Lepas tu anak2 i jumpa seluar yang berkenan di hati kat kedai UNIQLO.  Besar la jugak kedai UNIQLO kat dalam SOGO ni.  Senang kerja i.  Tak payah nak mengadap KLCC yang serabut tu.  Lambat balik tu pun pasal nak kena tunggu 45 minit untuk buat alterations. Okey la kan, dah tak payah buat kerja 2-3 kali kat tempat lain.

♥ ♥

 

20150611_224019Ni i sambung makan ayam bakar yang kena bungkus tu malam tadi.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *