Jalan2 cari makan kat KL, kedai nasi campur KL dan restoran Red Lobster di Quill City Mall KL

Sebarkan...Share on Facebook

Ni salah satu tempat makan nasi campur yang i dan famili pergi minggu2 sudah. Kata nak jimat kos kan. Tempat parking pun banyak.

nasicampur lauk pauk nasi campur

Nampak macam banyak sangat lauk pauk tu kan. Tapi, kuantiti setiap lauk sikit je. Yang i rasa membazir ialah sambal belacan dan sambal tempoyak tu. Patut i pesan kat budak2 kedai tu jangan letak banyak sangat.

Memang puas hati makan lauk pauk kedai ni. Sedap…….. Yang i lega ialah ayam kampung goreng tu. Tak keras!! Dah beberapa kedai yang kita orang pergi, kalau ambik lauk ayam kampung goreng atau pun biasa, mesti ada yang liat dan rasa nak baling. Hahaha……

Boleh datang lagi ni dan boleh kurangkan sikit jumlah lauk pauk tu. Harga pun berpatutan.

bilnasicampur

Yang kena diperbaiki ialah puding tu. Keras sikit. Karipap tu sedap pulak.

 

……….

Makanan2 kat bawah ni ada kat restoran Red Lobster. Ni makan2 sempena Hari Malaysia hari tu. Kebetulan kita orang pun order pasta2 berkrim. Lepas tu baru i teringat “ehh, i dah pandai buat makanan ni”. Lepas dah makan, i puji diri sendiri “I rasa yang i masak hari tu lagi sedap”. Lain kali kita orang kena order makanan yang i belum sedia nak masak kat rumah. Hahaha……

stikpizzapastalobster

Lebihan makanan jangan dibazirkan. Yang ni i bungkus untuk kucing2 yang singgah kat rumah.

mkucingbilrlobster

Ehh, dessert(brownies) tu nanti anak i akan makan. Bukan untuk dibagi kucing ye.

 

Selamat makan2………..

 

♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *