tkicap2

IKAN BAWAL EMAS GORENG BERKICAP

Sebarkan...Share on Facebook

Hari tu saya singgah kat satu restoran ni, nak bungkus makanan. Bila tengok menu, harga seekor ikan siakap gril ialah RM40. Saya memang pasti sebelum ni harganya RM30. Lepas tu lagi, nampak pulak iklan kat tempat bayar tol sedang promosi ikan siakap goreng untuk RM30 seekor. Yelah kan, kalau rasa2 tengah berduit, redah je kita orang satu famili pergi makan.

Tapi, saya selalunya cepat sedar diri. Cuma malas dengan rajin kalau nak masak sendiri. Saya tak pergi pasar tani atau pasar kalau nak beli barang2 dapur. Selalunya saya singgah kat pasaraya je tengok ikan2 atau ayam yang menarik. Yang penting sekali ialah harga.

Beberapa hari lepas, rasa nak makan dan rasa nak masak lauk ikan berkicap, tapi tak pasti nak masak ikan apa. Kat KL ni kena tengok keadaan. Ada masa sesetengah ikan mahal sangat, ada yang tengah murah. Masa pergi ke pasaraya AEON, nampak ikan bawal. Tengok harga, RM14 untuk satu ekor extra large ikan bawal emas. Saya pun beli dua ekor.

Kalau beli ikan2 besar, suruh orang yang timbang tu potongkan saiz yang kita nak. Saya suruh kakak yang timbang tu potong tiga bahagian untuk dua2 ikan.

Balik rumah kena bersihkan betul2 dulu, rendam sekejap dengan potongan lemon/limau untuk hilangkan bau2 hanyir, kemudian baru lumurkan dengan bahan2 rempah lain.

CARA SEDIAKAN IKAN UNTUK DIGORENG

Penting untuk guna minyak menggoreng yang sesuai. Tengok kat label tu kalau ada diberitahu. Masa ni saya pakai minyak menggoreng jenama Buruh. Kalau selama ni ikan, udang, sotong atau ayam yang digoreng ada rasa atau bau semacam, cuba tukar jenama minyak masak.

Sejak saya layan tengok rancangan masak2 luar negara, saya lumurkan ikan yang nak digoreng dengan garam dan lada hitam sahaja. Biarkan sebentar sambil menunggu minyak memanas di dalam pan menggoreng.

(hidangan ini untuk 6 orang)

BAHAN2 UNTUK MEMASAK LAUK IKAN BERKICAP

tkicap

 

KICAP (suku cawan)
AIR (secawan)
(walau bagaimanapun, ini terpulang kepada citarasa masing2, selalunya saya akan buat kuahnya sedikit cair)

SEDIKIT MINYAK
HALIA (hiris)
BAWANG PUTIH (hiris)
BAWANG MERAH (hiris)
BAWANG BESAR (hiris besar)
SECUBIT/SEDIKIT REMPAH, kulit kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang/jintan (saya cuma letak secubit jintan)
CILI PADI/CILI MERAH
TOMATO CERI
LOBAK MERAH (potong nipis)
DAUN BAWANG (gunting/potong 1 inci)

 Tips/petua untuk menyedapkan rasa kuah kicap, letak secubit gula ATAU 2-3 titis jus limau.

 

CARA NAK MASAK LAUK IKAN BERKUAH KICAP

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang2, halia dan rempah.
  3. Bila naik bau, masukkan kicap.
  4. Masukkan air.
  5. Tunggu sekejap sampai kuah masak hingga sedikit mendidih.
  6. Masukkan cili padi/cili merah, lobak merah dan tomato ceri.
  7. Kacau kuah hingga sebati.
  8. Rasa dulu.
  9. Masukkan ikan bawal yang sudah digoreng tadi.
  10. Masukkan daun bawang.
  11. Terbalikkan ikan perlahan-lahan.
  12. Tutup api.

SIAP!

 

tkicap2
ikan bawal masak kicap 

Makan dengan nasi panas.

 

♥ ♥ ♥

 

Kalau rasa tak cukup lagi, mari melantak seafood kat Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Masa ni kita orang pergi cuti2 kat AVANI Sepang Goldcoast Resort.

MAKAN SEAFOOD DI PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG, SELANGOR

Saya dan famili pergi makan makanan laut di Pantai Bagan Lalang, Sepang, SELANGOR.

tudang

udang masak butter

tstim

ikan dimasak stim

tketam

kerang bakar, ketam masak lada hitam, sotong goreng

 Bajet untuk 4 orang makan ialah dalam RM150 ke RM180.

Jangan lupa, kalau nak makan kat sini, datang awal atau tempah meja dulu.

 

—–

Perbezaan utama jika makan di restoran mahal berbanding dengan restoran ala kampung ialah HARGA AIR. Kalau makan di restoran mahal, harga makanan tidak begitu jauh berbeza. Tapi, harga minuman di restoran mahal, boleh dicaj sampai RM15 untuk satu gelas.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *