Hujung minggu yang cergas, trafik jem sana sini, Dome Cafe Pavilion KL

Sebarkan...Share on Facebook

Hujung minggu yang baru lepas ni, nak tak nak i terpaksa merajinkan diri untuk keluar rumah.  Banyak pulak kerja yang wajib dibuat.  Anak2 ada hal, barang2 dapur dah habis, toiletries kena tambah dan sabun2 pun dah nak habis.  Kuih2 raya langsung belum cari.

Dah alang2 kena keluar satu famili, rasa semangat pulak nak bukak puasa kat luar.  Masa ni pun hari Sabtu.

Berbeza kan, dari hujung minggu yang terlampau malas sebelum tu.  Masalahnya, i tak pasti jadi ke tak nak bukak puasa kat luar.  Takut dah penat sangat nanti pergi sana sini dan kena tengok jugak situasi trafik jem macam mana.  Dah la belum booking langsung mana2 tempat nak bukak puasa.

Faham2 la kan, nak dekat raya ni, ada je benda yang orang akan beli.  Barang2 yang dah ada kat rumah pun, nak dibeli lagi.  Macam la diri sendiri takda barang yang nak dicari.  Cakap banyak.

I memang dah berura-ura nak pergi ke KLCC hari tu.  Saje nak tengok2 apa yang menarik.  Bila dah sampai, nasib baik masa nak cari parking tak teruk sangat padahal dah petang.  I rasa KLCC punya kedai2 meriah pulak tahun ni.

20150706_111737

Kedai2 yang i selalu intai sebelum2 ni, ada pulak barang2 menarik.  Lepas dah sudah dan nak keluar, bayar parking RM4 je.  Gembira……..

 

………….

Sampai lah ke petang, i belum telefon lagi mana2 tempat untuk buat reservation bukak puasa.  Ideanya hari tu nak bukak puasa kat tempat yang bukan hotel, yang kosnya dalam RM50++ sorang.  Kali 4 orang besar dah RM200 ++.

Pendapat i, tempat2 bukak puasa termasuk hotel2 patutnya boleh bagi setiap seorang yang dah bayar mahal2 untuk bungkus makanan sahur.  Dapat bungkus satu lauk sahur dalam satu bekas pun dah cukup.  Ke dah ada polisi macam ni sekarang??

Ni leceh.  Dah bayar mahal2, lepas tu kena cari lauk sahur kalau tak masak untuk sahur.

 

……….

Cerdik betul i.  Dah nak pukul 4 petang baru terhegeh2 nak telefon sana sini.  Kat KL jelah pun.  I call sampai 4 tempat, semua dah penuh ye.  Lepas tu semangat dah hilang nak call tempat lain. Patut booking seminggu sebelum kot kalau nak datang bukak puasa kat mana2 masa weekend.

Lepas dah sudah segala kerja, i dan husband berura2 pulak nak pergi ke Pavilion terus.  Masa ni dah dekat pukul 5 pun.  Trafik lagi.  Boleh sambung jalan2 tengok barang dan bukak puasa terus.  Masalahnya, dengan banyak barang dalam kereta, rasa nak kenc…., (walau pun toilet di Pavilion bersih) dengan rasa letih2 lagi, macam malas2 rajin pulak.  Kalau nak balik rumah dulu, memang kena keluar lepas solat maghrib.

I pulak risau pasal banyak tempat makan mungkin dah fully-booked, nanti kelam kabut pulak nak cari tempat makan.  Takkan nak makan kat food court je.  Eksyen!!!

Akhirnya, kita orang balik rumah dulu.  Baring2 sampai waktu berbuka.  Berbuka dulu sikit kat rumah, solat, lepas tu baru keluar.  Masa ni i dah tak kisah nak pergi mana2.  Dah patah hati tadi, kan.

 

………….

Akhirnya, nakkk…… jugak mencuba nasib pergi ke Pavilion.  My husband cakap, takpa kita cari makan ala-carte.

Nak sangat pergi tempat meriah, ni haa…… trafik jam pun meriah sangat.  Nasib baik kereta2  bergerak jugak.  Takda pulak sangkut lama sangat kat mana2.  Alhamdullillah.

20150704_202027

Tengok trafik kat depan Pavillion ni.  Fikir2, ada parking ke, takda parking ni.  Ni Sabtu malam ok, dengan orang nak shopping raya lagi.  Tengok2, jalan nak masuk ke parking kena tutup.  Padan muka, parking penuh.  Nak tak nak kena buat pusingan keliling.  Mana lagi nak lari???

I terfikir, kalau pun petang tu kita orang cuba nak pergi Pavilion, parking entah berapa lama dapat.  Orang pun mungkin ada idea yang sama, shopping sampai nak pitam, lepas tu terus bukak puasa.  Mesti dia orang dah awal2 buat reservation bukak puasa kat situ.  Jadi, orang lain takda masalah.

Nak pusing ke sebelah satu lagi tempat parking pun agak seksa, walau pun kereta2 bergerak.  Masa ni my husband dah give up pulak, katanya nak cuba pergi Ampang Park.  I fikir, tu lagi lah bad idea. I diam je dulu.  Pasal apa, cakap2 banyak nanti boleh bergaduh, silap2 kena makan KFC.

Pasal kereta2 bergerak, i suruh jugak husband i lalu tempat parking lagi satu.  Tengok kereta2 tengah masuk.  Yang penting, boleh masuk.  Ni jem nak masuk parking.  Ramai orang baru datang dan ramai jugak orang nak balik.

20150704_204034

trafik jem kat Pavilion punya tempat parking

My husband punya idea makan kat Dome Cafe.  I pulak dah malas nak fikir apa2.  Lagi pun, restoran2 sebelah2nya masa i call dah fully booked.  Masa dah sampai, i tengok lengang je kedai Dome ni.  Dah habis ke makanan???  Pasal apa, masa i nak order pasta, waiter tu kata kena tengok dulu kat dapur, mungkin ada yang dah habis.  Pulak dah.

20150704_212630

makanan2 ala-carte di Dome Café, Pavilion KL

Tengok2, nasib baik ada lagi.  Ni masing2 dah lapar ye.  Tak kesempatan i nak ambik gambar satu2.  Makanan i pun yang ketiga sampai.  Anak i punya pasta chicken tak sampai2, padahal pinggan2 lain dah nak licin.  Kita orang order, nama tak ingat sangat, lebih kurang lah bunyinya: salmon steak, macaroni cheese, beef apa entah, pasta chicken.

20150704_215644

Ni makanan2 yang dah habis dan sedang dihabiskan termasuk pasta chicken (pedas tapi sedap) yang sampai paling lambat tadi.  Makanan yang kita orang order ni semua sedap2 ye.

Ni sama jelah makan macam masa bulan tak puasa.  Campur2 bil dan parking RM10, tak sampai dua ratus.  Memang la kenyang.  Lepas tu teringat kena cari lauk sahur pulak.

Tak sempat nak pusing2 kedai.  Semua dah tutup.

20150704_222515

nak keluar pun jem jugak

20150704_224355

Banyaknya kereta kat jalan Tun Razak.  Masing2 dengan haluan masing2.

 

………….

 

Kuih2 raya belum beli lagi ni……….

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *