aloft3

HUJUNG MINGGU DAN SAHUR DI HOTEL ALOFT KL SENTRAL KUALA LUMPUR

Sebarkan...Share on Facebook

Masa cuti sekolah hari tu, tak dapat pergi mana2 pun. Entah lah, nama je cuti sekolah tapi budak2 tetap kena pergi sekolah. Mana cutinya??? Takpa, masih boleh lepak2 tapi sekejap je kat hotel masa hujung minggu.

Nak melepak kat hotel pun masa bulan puasa, jadi mulanya i tengok2 dulu hotel2 kat Port Dickson yang ada hidangan sahur. Ada satu hotel yang i berkenan nak pergi, tapi tak balas e-mail. Macam mana buat bisnes ni? Nak pergi jauh sikit, takda makna pasal sekejap sangat. Lepas tu i tengok banyak hotel2 kat KL yang ada buat hidangan sahur.

Tujuan i nak pergi hotel luar KL ialah untuk mengelak tempat shopping. Dipendekkan cerita, GAGAL. Di KL dan Lembah Kelang ni, banyak betul tempat nak ber shopping. Kat KL Sentral ni rupanya ada Nu Sentral. I fikir ala, Nu Sentral je. I ni nama je duduk KL, tapi nampak gaya selalu terperap kat satu kawasan je.

Macam i, dah memang jadi kebiasaan, lagi lah dah kahwin dan ada anak2 ni, kalau nak pergi mana2 ceruk atau pun KL Sentral ni pun, mesti nak cari informasi lebih-lebihan. Nak kena tau, seronok ke tak seronok? Boleh buat apa kat situ? Ada tempat makan yang menarik ke tidak? I pantang kalau nak pergi jalan sama ada takat tepi pantai atau pun bandar, kalau tak ada benda menarik, boleh jadi bosan dan menyesal.

Kat kawasan KL Sentral ni ada banyak hotel. Boleh pilih sama ada u nak memerap dalam bilik saje atau nak jalan2 sikit. I pilih nak jalan2 sikit. Lagi pun dah ada NU Sentral, baik singgah. Lagi pun tak pernah pergi.

Pergi ni masa bulan puasa, jadi i kena pastikan dulu sama ada hotel ni ada buat sahur ke tidak. Tengok2 memang ada, tapi konsep bersahur dalam bilik gitu. Pakej bilik yang kita orang ambik ni termasuk harga bilik dan sahur.

Alang2 bulan puasa, mari tengok dulu hidangan sahur di Hotel Aloft ni. Masa nak booking, HM dah pastikan dulu pasal sahur ni. Masa dah check-in dan mula melepak kat bilik, i telefon lagi pihak hotel dari bilik untuk pastikan prosedur sahur ni.

 

——

BERSAHUR DALAM BILIK HOTEL ALOFT KL SENTRAL

Tengok dalam bilik, pastikan menu sahur ada. Kalau takda, telefon hotel untuk mintak menu. Ada pekerja yang akan hantar. Sebenarnya i mintak lebih dari satu menu sahur ni, untuk mengelak kekeliruan. Lagi pun i tengok untuk satu hari ada 2 jenis pilihan makanan. Kita orang pilih lain2 hidangan. Jadi kalau nak senang, setiap sorang ada satu menu sahur.

 

sahurmenumenu sahur

Pilih dulu mana yang suka, bila dah pilih hidangan mana (ikut hari), gantungkan menu2 sahur tu di bahagian luar pintu bilik sebelum pukul 11 malam. Malam pertama i letak, i tengok balik lepas pukul 11 malam, ehh… tak da siapa ambik pun. Kalau masih tersangkut macam tu, telefon pihak hotel.

Di menu tu boleh tulis pukul berapa hidangan sahur nak dihantar. Macam i, i mintak pukul 4.40 pagi. Sambil tu, jangan lupa pasang alarm clock sendiri. I pun risau jugak, sampai ke tak sampai, sahur ni. Hahaha….

kotaksahurset bersahur Hotel Aloft

aloftsahur1set sahur yang pertama

aloftsahur2

set sahur yang kedua

Lepas dah makan sahur, solat subuh, boleh tidur sampai tengah hari, takda siapa kacau. Lepas tu bangun, mandi dan solat zohor. Boleh pergi ke Nu Sentral pulak. Turun bawah ke tingkat 1, lalu di restoran dan kat situ ada laluan khas untuk pergi ke Nu Sentral. Yeeaaa……

 

SUASANA HOTEL DAN BILIK HOTEL ALOFT KL SENTRAL

Mari tengok suasana di Hotel Aloft:

aloft3Baru lagi rupanya hotel ni

aloftlif

Nampak macam pondok2, tapi ni dekorasi di lif.

aloftsnacks1

Snacks bar. Di sebelah kiri sana tu ialah kawasan duduk dan ada beberapa komputer kalau nak buat kerja.

aloftpool1

kolam renang di rooftop

aloftpool2

Hari hujan. Kalau nak memerap dalam bilik, boleh duduk kat hotel2 mahal di seberang tu.

Suasana bilik di Hotel Aloft:

aloftmandiRuang mandi. I rasa memang lebih senang pakai dispenser sabun dan syampoo tu.

aloftsnacksMakanan dan minuman ringan. Tak semua pakej bilik boleh dapat percuma snek2 dan minuman ni. Boleh tanya dulu pihak hotel. Boleh refill pulak tu. Rugi i tak refill semua (kecuali yang haram). Apa yang tinggal, i angkut semua bawak balik.

alofthangerRuang almari baju. Kalau tengok susunan hanger2 baju tu, i tak pasti sama ada salah pasang ke atau memang fesyen letak ke depan macam ni. Yang pasti, memang cerewet masa nak sangkut baju.

katilaloftKatil dan bantal peluk(pun ada)

sinkaloftKawasan sinki dan almari pakaian

PEMANDANGAN LUAR DARI BILIK HOTEL ALOFT KL SENTRAL

Ada satu hari tu hujan lebat, ke hari2 hujan lebat.

alofthujan1

hujan lebat di kawasan KL Sentral

aloftrain2

stesen KL Sentral

aloftrain3

kawasan KL Sentral dan sekitarnya

 

HOTEL ALOFT DAN NU SENTRAL DI  KL SENTRAL BERSAMBUNG

nusentral1

boleh nampak Nu Sentral kat bawah tu dari bilik i

toaloft

ni pintu laluan ke Nu Sentral melalui restoran hotel ni

Motif i dan famili datang sini lebih kepada nak lepak2. Takda la nak ber shopping sangat. Ada lagi kedai2 kat tingkat atas2 yang i tak larat nak meninjau di Nu Sentral tu. I memang takda rancangan nak cari baju2 raya kat sini tapi i nampak ada koleksi baju2 raya dan harga pun murah sedikit. Maksud i ada yang berharga kurang dari RM150 dan boleh tahan cantik. Tapi i tak beli pun. Masuk Parkson, banyak jugak baju2 yang sopan. Boleh lah cari baju untuk suai padan baju2 yang ada sekarang.

Untuk buka puasa, hotel ni ada buffet dan harganya lebih dari RM100. Takpa, kat Nu Sentral tu pun banyak tempat2 makan yang sedap. Kawasan tempat makannya kalau untuk restoran2 yang biasa kita jumpa kat tempat lain pun menarik dan tak serabut. Memang rasa selesa kalau nak makan dan melepak. Tapi, memandangkan i dan famili datang sini masa bulan puasa, rasa nak melepak dalam bilik je. Pun seronok.

Salah satu restoran yang ada kat Nu Sentral ni ialah restoran Warisan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Restoran ni di tingkat bawah. Ni kali kedua i beli makanan kat kedai ni. Sebelum ni i pernah makan yang dekat Avenue K. Tapi takat ni, i cuma pernah makan set nasi kukus, set nasi goreng dan bubur manis. Dua hari berturut2 kita orang beli set nasi dari kedai ni untuk buka puasa dalam bilik.

nasiwarisan

nasibukapuasa

set2 nasi dari restoran Warisan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Kenapa la kedai2 ni ada kat Nu Sentral. Tengah musim diskaun kan. Tak kan nak tengok je. Nanti lagi stres.

shopnusentral

antara kedai2 yang terdapat di Nu Sentral

Memang puashati duduk kat hotel ni. Lain kali kalau i nak shopping sikit2, boleh datang sini lagi. Tak serabut dan tak stres.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya dan selamat ber shopping!!!

♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *