DUIT2 SYILING YANG BERSEPAH

Sebarkan...Share on Facebook

Sudah beberapa kali saya pergi ke bank untuk mendepositkan duit syiling tapi sentiasa macam nak tak nak dilayan. Lebih kepada tak nak dilayan. Benda ni berlaku bukan di satu2 cawangan sahaja.

Antara layanan2 yang saya pernah terima:

“Akak isi borang, tinggalkan borang dan syiling2 tu (dalam bungkusan), saya buat kemudian”.

Ehhh, saya fikir, kita pun ada hak nak tau, duit2 syiling tu dah masuk ke belum dalam akaun. Biasanya, kalau saya kumpul duit2 syiling ni ada la dalam RM200 ke RM300 atau lebih. Bukannya RM50.

Situasi yang berikut ni buat saya naik angin:

Pekerja bank di kaunter terima syiling2 saya (lepas ambil nombor giliran lagi, tunggu lagi untuk dipanggil), tapi sama situasi, bukannya nak buat terus urusan yang kecik ni. Saya kena duduk dan tunggu. Padahal mesin yang akan kira semula duit2 syiling tu.

Tunggu punya tunggu hampir setengah jam, saya nak jumpa bank manager. Tak pasal2 kena masuk bilik manager untuk bersoal jawab. Tak pasal2 jugak, pekerja bank tadi kena dipanggil sama.

Buang masa semua orang. Dah la kena bersusah payah cari parking semata2 nak buat urusan ni.

Baik asingkan duit2 ni dan pakai sendiri. 

 

*****

duitsyiling

DUIT2 SYILING MALAYSIA LAMA DAN BARU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *