viewpoolM

CUTI2 KE BANDAR MELAKA, BILIK HOTEL DI MAHKOTA HOTEL BANDAR MELAKA

Sebarkan...Share on Facebook

Minggu lepas, satu famili kena pergi Melaka. Rancangan asal nak tinggal di satu resort dekat hutan di kawasan Ayer Keroh. Ok la tu. Lagi pun, banyak tempat2 lawatan ala2 budak2 sekolah yang kita orang belum pergi lagi kat kawasan situ.

Tempat yang dirancang nak bermalam tu kan resort. Jadi, macam tak da benda sangat nak buat. Mungkin kena lepak kat kolam mandi dan jalan2 keliling kawasan je.

Tengok2 tak jadi! HM kata kawan2 lain nak duduk kat bandar Melaka. Habis tu, tak kan kita orang je yang tersisih kat situ, katanya. I masa tu dah tak kisah, hutan pun hutan lah. Fikiran pun dah terfokus kat situ. HM yang risau kalau i bosan. Katanya nanti nampak hutan je.

Akhirnya, akibat pengaruh kawan2 HM jugak, kita orang pun kena cari hotel kat bandar Melaka tu.

I tak la beria2 sangat nak duduk kat bandar Melaka masa dah rancang nak pergi tu. Lagi pun masa datang Melaka tak lama dulu, dah pusing banyak tempat. Kalau kali ni kena duduk kat kawasan shopping pun takpa.

Tapi tu la perangai, esok nak pergi hari ni baru nak buat booking hotel (online). Mentang2 Melaka je. Bertuah kalau boleh dapat apa yang kita nak. Jadi, ura2nya nak duduk di Hatten Hotel, gagal. Dah penuh.

Hotel tu yang paling senang kalau nak jalan kaki cari tempat makan kat kawasan sekitar Mahkota Parade atau nak pergi Menara Taming Sari. Cari2 hotel lain, akhirnya dapat jugak bilik harga ok2 kat Mahkota Hotel (4 bintang katanya). Hotel ni letaknya kat belakang Mahkota Parade. Nak jalan kaki pergi kawasan shopping pun takda masalah. Kena lintas jalan.

Tapi masalah untuk i yang pemalas nak berjalan sana-sini ni. Nak keluar pergi Mahkota Parade hari tu pun kena naik kereta. Habis, kalau i nak beli barang2 cenderamata, snek2 negeri Melaka, tak kan nak jinjing sana sini, ye tak???

Kalau nak bawak kereta jugak, kena keluar masa yang sesuai. Nanti susah nak cari parking.

I sebelum nak pergi mana2, mesti nak kena cari review dalam internet sama ada hotel yang nak dituju tu bagus ke tak, banyak komplen ke tak, berhantu ke tak dan lain2 isu.

 

♥ ♥ ♥

BERMALAM DI MAHKOTA HOTEL, BANDAR MELAKA

Ni pemandangan dari bilik hotel. Cantik la jugak. Bersih.

viewpoolMviewpool2M

Kebetulan bilik2 kita orang dekat dengan lobi dan tempat makan. Tak payah nak menapak jauh2 sangat.

Masa mula2 sampai, ada beberapa insiden yang pihak hotel ni perlu ambik perhatian. Mungkin kerana kita orang sampai pun dah lewat malam, pekerja yang mengangkat beg entah ke mana. Lepas tu di bahagian reception pulak, ada sorang je yang bekerja. Padahal ada beberapa pelanggan tengah beratur yang nak berurusan.

Kalau sampai hotel ni waktu siang hari, harapnya tak macam ni lah.

♥ ♥ ♥

CARI MAKAN LAUK ASAM PEDAS DI BANDAR MELAKA

Dah sampai Melaka, rasa nak makan pulak. Dah agak malam, kalau semua kedai asam pedas dah tutup, kena bungkus makanan kat Mcdonalds.

Pusing2 kat kawasan kedai2 tepi Mahkota Parade tu, banyak yang dah nak tutup. Kedai ni pun dah mula kemas2 barang. Tapi dia orang bagi jugak kita orang duduk.

Ni salah satu kedai asam pedas. Kita orang main redah je masuk kedai ni. Sedap tak sedap malas nak fikir pasal tengah lapar.

asampedas1MasampedaskualiM

Dengan kuali sekali atas meja tu!!

 

♥ ♥ ♥

Mari tengok bilik2 hotel.

Bilik2 ni sebelah-menyebelah. Satu yang ada ruang tamu dan dua televisyen. Satu bilik lagi memanjang sampai ke bilik air. I puas hati dengan keadaan bilik2 ni pasal tak sempit dan tak kecik.

bilikhotelM

Masuk2 bilik ni nampak ada ruang tamu. Katil queen size dan bilik air ada kat sebelah dinding tu. Sebelah sana pun ada tv. Elok ada dua tv.

Tv kat ruang tamu ni mula2 ok, lepas tu tak ok. Kena panggil orang maintenance. Mula2 kita orang buat sendiri, keluarkan kad masuk kat tepi pintu. Tak menjadi. Masa orang maintenance datang, buat benda yang sama, boleh pulak!!!

sinkbathMshowertilesM

Bilik air pun boleh tahan besar. Tempat mandi tu masa tengah pakai, air bertakung kat lantai. Kalau i biar, 2-3 hari mandi tak sedap. Baik i komplen suruh orang maintenance datang. Selesai masalah!

Jadi, ingat! Nak komplen apa2 pasal bilik, buat masa tengah tinggal dalam bilik hotel. Jangan dah balik rumah, pot pet kat jiran sebelah rumah, tulis dalam facebook, bagi tau semua orang. Buat terus!

duakatilM

Ni bilik sebelah yang ada dua katil single. Memanjang kan bilik ni. Tak pernah jumpa. Lepas tu sink kat luar bilik air. Bilik ni pun luas.

gosokbajuM

Kalau nak menggosok, tempat gosok baju ada kat hallway di bahagian hujung2.

 

Hotel ni bertaraf empat bintang. Tapi i boleh bagi empat setengah bintang. Suka la tu…..

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *