asampedaskualiM

CUTI2 DAN MAKAN2 DI MELAKA

Sebarkan...Share on Facebook

Pergi Melaka hari tu untuk urusan kerja. Kita orang takda masa sangat nak merayau2 ke sana sini. Jadinya, kalau dapat duduk kat resort atau kawasan shopping pun ok. Masa pergi hari tu, sempat la jalan2 kejap kat Mahkota Parade dan kawasan sekitarnya.

Kalau dah tak boleh ke mana sangat, duduk bilik pun ok. Yang penting boleh bukak tingkap dan balkoni. Elok lah sangat kalau nak memerap sambil makan, sambil layan angin, sambil tengok cerita dalam tv. Sedap je rasa angin masuk hari tu.

Kepada readers yang memang datang Melaka untuk bersiar2, baca dulu aktiviti2 kat bawah ni: (Sila klik)

MAKAN2 SEDAP DI MELAKA

AKTIVITI JALAN2 PETANG DAN MALAM KE AYER KEROH, MELAKA

JALAN2 KE MUZIUM KAPAL SELAM DAN TEMPAT MAKAN COCONUT SHAKE DI KLEBANG MELAKA

DATARAN PAHLAWAN MELAKA, ISTANA KESULTANAN MELAKA DAN NAIK RIVER CRUISE MELAKA

BERMALAM DI QUAYSIDE HOTEL MELAKA, JELI KELAPA MELAKA

 

Hotel ni lain pulak polisi makannya. Harga bilik tak termasuk sarapan pagi. Kalau nak makan sarapan kat hotel, kena beli voucher sarapan dulu. Kebetulan, kita orang pun malas nak keluar terus pepagi, jadi takpa. Boleh sarapan dulu kat hotel. Hidangan sarapan hotel ni pun boleh tahan banyak. Sama je dan macam biasa, ada makanan local dan continental.

bfast2Mbfast1Mnasi lemak & rendang ayam, pau kukus, kuay teow goreng, telur hancur dll

Ni makanan yang i order masa kena memerap dalam bilik. Elok ada dua tv. Banyak jugak cerita dalam tv hotel tu. Ada yang dah tengok, ada yang belum. Kos2 makanan tu i tak ingat berapa ringgit, tapi tak la mahal sangat. Sup dan nasi goreng tu i mintak dua set.

tunafriesMsoupnasigMtuna sandwich & fries, mushroom soup & roti, nasi goreng belacan

Masa i order makanan2 ni, pihak hotel tak cakap pun kena bayar terus. Masa tukang hantar makanan naik ke bilik, terus dimintak bayaran. Nasib baik ada duit kecik.

Bila tengah merayau2 kat luar tepi Mahkota Parade, nampak kedai makan Wong Solo. Kebetulan tengah nak cari tempat makan pun. Masa ni dah petang. Tengah hari tu tak makan akibat merayau2 lama dalam Mahkota Parade dan masa sarapan pun dah makan banyak.

Kedai ni kedai yang pertama kita orang nampak masa berjalan dan tak penuh. Boleh terus duduk dan pesan makanan. Tanpa berfikir panjang, kita orang masuk je kedai ni.

wongsoloMayam penyet, ayam bakar, sotong goreng tepung dll

Mmmm…..kualiti rasa macam sama je yang dekat Bangi tu.

 

Masa nak balik……

Barang2 hotel yang wajib dibawa balik untuk dipakai dan kenang-kenangan.

sabun2M

I bawak balik ni je. Selalunya sabun2, syampu dan beg atau plastik laundry je. Barang2 yang lain buat menyemak rumah. Haa….haa….

Masa datang Melaka sebelum ni, mana2 tempat makan mesti ada hidang jeli kelapa. Dah jadi trademark macam asam pedas. Masa pergi ni, kita orang singgah kat tempat nak naik cruise kat Quayside Hotel. Ada lagi gerai jeli kelapa kat situ. I pun beli beberapa bekas termasuk air kelapa pandan. Sedappp…..

jelikelapaMjeli kelapa Melaka

 

♥ ♥ ♥

Jalan2 pun kena jaga keselamatan dan kesihatan, ye tak…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *