CARA NAK TEMPAH LANGSIR, KEPALA LANGSIR & BIDAI

Sebarkan...Share on Facebook

Sebetulnya, tak perlu nak tunggu hari raya kalau nak buat langsir baru atau nak pasang balik langsir lama yang ada tersimpan. Tak kira lah menyewa atau tinggal kat rumah sendiri, bila kali terakhir korang tukar langsir? Tahun lepas ke, 5 tahun lepas?

I? Rahsia.

Kat sini i nak kongsi pengalaman cara2 nak tempah langsir/kepala langsir/bidai yang betul dan tak membazir masa dan wang.

Cuba elakkan dari menempah langsir masa baru nak masuk bulan puasa kerana ada kemungkinan langsir2 tersebut tak dapat nak disiapkan sebelum hari raya. Sama kes macam nak buat baju.

Kalau tak pernah buat langsir dan nak mengelak dari kena tipu, elakkan pergi ke kedai2 hiasan dalaman yang kecik2 yang korang tak pernah kenal langsung dengan pekerja atau bos kedai tu. Boleh jadi merepek meraban. Dah la pilihan kain2 langsir tak banyak.

Macam i, ada sedara yang buat bisnes langsir, takpa.

Seeloknya, untuk yang baru2 belajar nak tempah langsir, i galakkan korang pergi ke kedai2 langsir yang besar dan umum kerana:

1. Pilihan kain2 langsir adalah tersangat banyak.

2. Harga2 kain adalah berlainan mengikut kualiti/jenis kain.

3. Bajet untuk menempah langsir boleh diubah suai sesuka hati.

4. Banyak pilihan untuk aksesori langsir dan harga2 ada yang berpatutan.

5. Banyak pilihan design langsir sewaktu hendak menempah langsir (SEPATUTNYA).

6. Segala urusan menempah, mengukur dan memotong kain lebih mudah (SEPATUTNYA).

7. Pergerakan pelanggan adalah lebih bebas.

 

LANGKAH2/CARA2 UNTUK MENEMPAH LANGSIR

BAJET UNTUK TEMPAT MENGGANTUNG LANGSIR DAN MEMBUAT LANGSIR

Mula2, fikirkan bajet. Kos untuk membuat langsir bergantung kepada:

Kos tempat menggantung langsir.

Harga semeter kain. Kos akan bertambah kalau nak jahit ropol2 dan renda2 kat langsir tu.

Kos aksesori.

Kos upah membuat langsir.

 

Satu set langsir yang lengkap kena ada:

langsir siang 

langsir malam

kepala langsir (Kepala langsir bukan satu kemestian. Tapi, kalau ada, nampak lebih cantik).

Macam i, i tak begitu berminat membelanjakan duit yang banyak untuk membuat jahitan kain langsir yang rumit. Cukup setakat jahitan yang asas. Tapi, kalau nak buat kepala langsir, i akan belanja lebih sikit untuk dapatkan design yang cantik2.

 

TIPS MENEMPAH LANGSIR

  • Seeloknya, beli kain langsir dan buat langsir di kedai yang sama, untuk mengelak membuang masa pergi ke 2-3 kedai yang berlainan. Ada kemungkinan kedai langsir C tidak akan menerima tempahan kerana kain2 langsir dan aksesori dibeli dari kedai A dan B.
  • Tetapkan pilihan cara2 langsir tersebut akan tergantung sebelum membuat tempat menggantung langsir. Ini penting kerana kedai langsir perlu memasang rod besi dan rod kayu bersama2 untuk fesyen2 langsir yang berlainan.
  • Kalau nak berjimat-cermat, pergi tengok dulu kain2 langsir di beberapa kedai. Kedai2 ternama ada masanya membuat diskaun ke atas kain2 langsir yang mahal. Kedai2 langsir high-end pun sama. Tak perlu terburu-buru.

 

UKURAN LANGSIR

Kalau masa ni ialah pertama kali korang nak buat langsir, buat temujanji dengan kedai langsir untuk membuat ukuran tempat menggantung langsir terlebih dahulu. Ini ialah kos tambahan permulaan. Adalah penting untuk memberitahu wakil kedai langsir tentang berapa lapis langsir yang akan ada dan cara langsir2 tersebut akan digantung.

Kemudian, baru wakil kedai akan mengukur panjang dan lebar langsir2, panjang dan lebar kepala langsir (jika berminat) yang akan dibuat. Kalau duduk rumah sewa dan tempat gantung langsir pun tak ada, nak tak nak terpaksa buat.

Kalau pun dah ada tempat menggantung langsir tu, lebih baik korang panggil wakil kedai untuk mengukur panjang dan lebar langsir2 yang akan dibuat. Ini untuk mengelak kesilapan kalau mengukur sendiri.

Kalau akan tinggal di rumah tersebut untuk beberapa tahun lagi, seeloknya simpan rekod2 ukuran langsir tersebut. Buat salinan photostat atau ambil gambar ukuran langsir2 tu. I simpan. Lain kali nak buat langsir, cuma bawa ukuran tersebut ke kedai.

 

MENEMPAH LANGSIR

Bila dah selesai segala urusan ukur-mengukur, masa ni baru boleh pergi ke kedai langsir semula untuk memilih kain dan membuat tempahan.

Contoh kos anggaran membuat langsir untuk sliding door tiga pintu standard. Ada langsir siang, langsir malam dan kepala langsir.

Kedai langsir umum RM500.

Kedai langsir high-end RM2,000.

Harga2 tersebut adalah harga beberapa tahun lepas. Yang murah tu kat rumah i, yang mahal tu kat rumah sedara. Rancang bajet dulu.

Kalau nak basuh sendiri langsir2 tersebut kemudian hari, buat potongan langsir yang lebih kecil dan yang paling penting, kain2 langsir tersebut tahan dibasuh.

Jika korang berminat nak buat langsir yang kena tambah aksesori seperti ropol/renda, pastikan bagi tau awal2 kepada pekerja yang membuat rekod tempahan.

 

PEMBAYARAN

Biasanya, pelanggan perlu membayar penuh harga kain2 langsir yang sudah dipotong. Untuk bayaran tempahan langsir, bergantung kepada kedai. Jika korang tak bayar penuh, kena datang balik untuk melangsaikan baki selepas kedai memberitahu langsir sudah siap. Ni dah dua kali kerja. Tapi terpulang. Tempoh menunggu langsir2 siap tak kira sikit atau banyak ialah dalam 2 minggu.

 

PEMASANGAN LANGSIR

Bila langsir dah siap, pihak kedai akan hantar wakil untuk memasang tempat menggantung langsir dan segala langsir yang dah dijahit.

 

LANGKAH2/CARA2 UNTUK MENEMPAH BIDAI

Jika tidak berminat untuk memasang kain2 langsir tapi nak pasang bidai, seeloknya pergi kedai yang memang khas membuat bidai2. Kedai2 khas bidai ada banyak pilihan kayu/fabrik dan mereka lebih arif tentang bidai2 yang sesuai untuk cahaya.

  1. Pergi dahulu ke kedai2 bidai untuk melihat dan memilih contoh bidai yang akan dipasang.
  2. Buat anggaran kos di kedai tersebut.
  3. Tetapkan pilihan bidai sebelum membuat temujanji ukuran.
  4. Bila sudah selesai urusan ukur-mengukur, pergi balik ke kedai tersebut untuk membuat bayaran.
  5. Tempoh menunggu ialah 2-3 minggu. Pihak kedai akan menelefon untuk tetapkan hari memasang bidai.

Kos untuk membuat bidai panjang untuk contohnya, dua tingkap standard ialah dalam RM400. Ni yang i pernah buat beberapa tahun lepas ye.

 

Selain daripada menempah langsir dan bidai, langsir2 yang dah siap dijahit pun banyak yang cantik2. Paling untung, yang pandai jahit langsir/kepala langsir sendiri di rumah. Boleh suka hati potong kain yang berlainan corak, lepas tu cantum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *