exora1

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK TRADE-IN KERETA, JUAL KERETA LAMA DAN BELI KERETA BARU

Sebarkan...Share on Facebook

Selalu je dengar perkataan trade-in kereta. Bunyi macam faham, tapi bila nak buat sendiri hari tu jadi keliru. Maknanya, i tak faham la tu. Mari i terangkan dengan lebih jelas supaya i sendiri tak lupa kalau nak buat proses ni di lain masa.

I pulak jenis kalau apa2 yang melibatkan soal duit dan harta benda, mesti kena tau dari a sampai z. Kalau tak proses memang sangkut dan boleh buat orang lain naik angin pasal i akan tanya satu benda sampai 10 kali selagi i tak faham. Hahaha……

Jangan main2 ye kalau nak beli harta benda besar2 ni macam rumah, tanah, kereta dan lain2. Kalau tak faham, boleh rasa tertipu dan memang boleh kena tipu pun.

Ni antara soalan2 lazim semasa nak buat proses tukar beli kereta lama kepada kereta baru. Perlu diingatkan, lain kes, lain situasi. Pokok pangkal, kalau nak selamat, u kena semak dulu harga pasaran semasa kereta yang hendak dilepaskan.

Ada dua proses yang kena diberi perhatian masa nak buat trade-in ni iaitu:

a) proses nak lepaskan kereta lama,

b) proses nak beli kereta baru.

Kata lah u dah benci sangat dengan kereta lama tu, bila nak trade-in atau jual terus kepada pembeli pun, pastikan semak dulu harga pasaran semasa kereta berkenaan. Jangan tiba2 terima saja harga yang ditawarkan oleh pihak pembeli.

MAKSUD TRADE-IN KERETA

Kereta sekarang yang hendak dijual masih ada baki pinjaman lagi di bank. Tapi, pada masa yang sama u nak beli kereta baru. Jadi, baki pinjaman kereta sekarang perlu dilangsaikan sepenuhnya dahulu.

Selepas segala baki hutang kereta tersebut dilangsaikan, akaun tersebut akan ditutup dan kereta sekarang bukan lagi menjadi hak milik anda.

Maknanya u dah takda hutang kereta dan boleh lah kalau nak beli kereta baru/kereta terpakai dan membuat pinjaman baru untuk kereta baru tersebut.

Pihak2 bank perlu mengetahui yang u akan trade-in kereta lama tersebut, kalau tidak kemungkinan pinjaman kereta baru tak lepas.

Tapi ingat, sebelum nak buat urusan trade-in tersebut, macam i, i selesaikan dahulu proses membeli kereta baru. Kenapa? Sila baca sampai habis.

KENAPA HENDAK MEMBUAT TRADE-IN KERETA

Selalunya, sebab utama ialah nak beli kereta baru ATAU memang u nak kena jual kereta dan tak nak berhutang lagi. Mungkin ada sebab2 tertentu contohnya mungkin lepas ni nak naik bas dan LRT je pergi kerja tak pun naik basikal. Nak jimat kos katakan. Tak pun u dapat kereta baru percuma. Mana tau…..

ADAKAH SATU KEPERLUAN UNTUK MELAKUKAN TRADE-IN KERETA

Ini terpulang. Habis, kalau tak trade-in kereta sekarang dan u nak beli kereta baru atau terpakai, dah ada dua kereta. Berhutang lagi.

(Kalau tak nak langsaikan hutang kereta sekarang dan u memang nak beli kereta baru dan buat pinjaman baru, jika lepas, maknanya, u akan ada dua hutang kereta. Ni bukanlah trade-in namanya, tapi saje2 nak menambahkan hutang).

MASA YANG SESUAI UNTUK LAKUKAN TRADE-IN KERETA LAMA DAN BELI KERETA BARU

Untuk situasi yang normal, seeloknya bila harga pasaran kereta sekarang berada di paras yang lebih kurang sama dengan baki pinjaman.

Contoh: Harga pasaran masa i nak buat trade-in untuk i punya kereta exora ialah antara RM28,000 ke RM32,000 dan baki pinjaman tinggal RM30,000++.

Kalau nasib baik masa nak langsaikan hutang, mungkin ada untung atau i kena bayar sikit saki-baki yang tinggal selepas ditolak harga trade-in. Kalau situasi harga macam ni, senang sikit nak buat kerja kerana perbezaan antara baki pinjaman dan nilai semasa kereta tak jauh.

Faham tak??

TIPS SEBELUM NAK BERTUKAR KEPADA KERETA BARU

Fikir dahulu:

♦ Adakah u akan beli kereta lagi mahal?? Maknanya, hutang pinjaman kereta baru akan naik mendadak.

♦ Mungkin u minat kereta yang sama, tapi baru. Ni pun ok, hutang akan sama dengan hutang kereta lama.

♦ Lagi bagus kalau u nak beli kereta yang lagi murah. Contoh, sebelum ni u pakai kereta mahal harga RM150,000. Selepas beberapa tahun, nilai pasaran dan hutang pinjaman kereta tersebut berada dalam lingkungan yang sama contohnya, RM100,000. Apa salahnya kalau u beli kereta yang murah sedikit iaitu harganya RM100,000 dan ke bawah. Hutang pun jadi kecik sedikit.

PERKARA2 PENTING YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM HENDAK MEMBUAT TRADE-IN KERETA

1. Semak dahulu harga pasaran kereta yang hendak dijual. Pastikan tahun dan modelnya sama atau hampir. Semak di beberapa tempat.

Tips: Selepas beberapa tahun pakai kereta, u boleh tengok harga pasaran semasa kereta berkenaan dan untuk mengelak nilai sentiasa turun, lebih baik u tukar kereta lama kepada kereta baru kerana kemungkinan masa ni, nilai pasaran kereta itu dan baki pinjaman berada dalam lingkungan yang lebih kurang sama (baca balik contoh2 di atas).

2. Selepas dah semak harga semasa nilai jualan kereta anda, telefon  pihak bank untuk mengetahui baki pinjaman kereta. 

3. Kalau puas hati dan u serius nak buat trade-in dan beli kereta baru, seeloknya, pergi terus ke cawangan bank untuk mendapatkan print-out butiran lengkap berkenaan baki pinjaman yang sedia ada. Baru jelas dan u boleh buat perkiraan yang tepat sama ada nak atau mampu ke tidak untuk beli kereta baru.

PERKARA PENTING SEBELUM NAK BELI KERETA BARU

Kalau dah nekad, untuk lebih selamat dan tidak mahu menyusahkan diri anda, selesaikan urusan pembelian kereta baru dahulu sebelum hendak menjual kereta lama.

KERETA LAMA HENDAK DIJUAL KEPADA SIAPA

Selalunya, kalau u nak beli kereta baru/terpakai dan sedang berurusan dengan si penjual kereta tu, dia mesti akan ada senarai wakil penjual dari kedai2 kereta terpakai.

Secara logiknya, salesman ni mesti akan tolong kita dapatkan harga yang tinggi. Tapi ingat, pada masa yang sama u kena semak sendiri harga pasaran kereta yang hendak di trade-in tersebut.

Kalau u dah rasa yakin dengan harga yang ditawarkan, barulah buat temujanji dengan beberapa wakil pembeli. Masa ni wakil pembeli tu akan datang tengok2 kereta kita dulu.

Wakil pembeli mungkin ada yang menawarkan harga lebih sedikit atau kurang sedikit dari nilai baki pinjaman kereta. Ini terpulang kepada keselesaan anda hendak berurusan dengan wakil penjual yang mana satu.

Ambil tahu berapa lama masa yang diperlukan oleh wakil pembeli untuk melangsaikan jumlah trade-in yang dijanjikan. Masa ni, jangan tandatangan apa2 lagi apatah lagi bagi geran asal atau kunci kereta! Kalau rasa serba tak kena, cari wakil penjual yang lain.

Macam i gila sikit, i tunggu kereta baru sampai dah dah bawak, baru i uruskan proses trade-in kereta lama. Nasib baik wakil pembeli tu ok dan bersabar dengan kerenah i.

Tapi, ni terpulang kepada keperluan masing2.

Untuk kebaikan semua pihak, u tak payah nak kecoh2 tentang baki pinjaman kereta yang hendak di trade-in tu.

Pendapat i, amat penting untuk selesaikan urusan pinjaman atau pembelian kereta baru dahulu sebelum nak selesaikan urusan trade-in kereta lama kerana ini adalah dua proses penting yang berbeza.

 

———-

URUSAN PEMBELIAN KERETA BARU

Sebelum nak buat trade-in, selesaikan dahulu urusan pinjaman untuk kereta baru, tengok lepas ke tak lepas.

Bila dah dapat pinjaman, selesaikan segala hal perjanjian (loan agreement).

Selepas segala loan agreement ditandatangani, perkara penting sebelum urusan kedatangan kereta baru dilakukan, u kena uruskan sendiri hal insurans dari kereta lama kepada kereta baru jika berlainan syarikat insurans.

Pihak kedai kereta baru sepatutnya memberitahu mengenai hal ini dan menjelaskan kepada anda apa yang kena dibuat.

Apa yang perlu dibuat ialah, u kena telefon syarikat insurans kereta lama dan memberitahu pihak insurans tersebut yang anda sudah tandatangan segala urusan loan agreement untuk kereta baru.

Macam kes i, i kena bayar sikit.

Bila hal insurans dan hal2 lain kereta baru sudah selesai, barulah anda akan dipanggil oleh kedai kereta baru tu untuk tandatangan segala dokumen untuk mendapatkan kereta baru.

Ya, i tunggu kereta baru sampai, baru i mengadap hal kereta lama.

APA YANG BERLAKU SEMASA PROSES TRADE-IN KERETA

Dah selesai urusan kereta baru, barulah rasa lega nak selesaikan urusan trade-in untuk kereta lama.

1. Kedua2 pihak kena berjumpa untuk mengisi borang perpindahan.

Tips: Jika anda berurusan dengan wakil pembeli kereta terpakai, cuba selidik latar belakang perniagaan dan lokasi kedai.

Untuk pengetahuan anda, urusan perpindahan kereta macam ni dijalankan secara online dengan jpj. Wakil pembeli akan buat urusan bersama2 anda secara online. Masa ni maklumat sulit kedua2 pihak dan kenderaan akan dimasukkan ke dalam data jpj.

2. Ok, tu satu perkara dah siap. Perkara seterusnya ialah bila nak selesaikan semua hutang. Masa yang diambil oleh wakil pembeli untuk selesaikan harga trade-in bergantung. Kalau nasib baik, dalam masa beberapa hari. Untuk kes i, kena tunggu dekat sebulan.

Pasal tu, kena bincang betul2 dulu bila pihak pembeli nak langsaikan hutang trade-in kereta anda.

3. Seterusnya ialah masa untuk melangsaikan hutang trade-in dan segala saki-baki pinjaman jika ada. Buat temujanji untuk bertemu di bank. Masa ni pihak pembeli biasanya akan membawa cek ke kaunter. U memang kena ikut sama untuk menyelesaikan saki-baki pinjaman jika ada dan penting kan nak tau dah habis bayar masa tu! Ambik gambar cek dari wakil pembeli tu.

Ni contoh pinjaman yang ada saki-baki selepas bayaran trade-in:

Baki hutang pinjaman yang tinggal, contohnya RM30, 579.12.

Harga trade-in yang sudah dipersetujui ialah RM29,000.

Saki-baki hutang yang perlu ANDA langsaikan ialah (RM30,579.12 – RM29,000 ialah RM1,579.12).

4. Tunggu, jangan bagi kunci, geran asal atau tinggalkan kereta kat mana2. Perlu tunggu cek clear selama beberapa hari antara 1-3 hari. Masa ni u kena telefon sendiri pihak bank untuk bertanya sama ada cek sudah clear atau belum.

Boleh tanya 3-4 kali sampai kena marah pun takpa, asalkan hutang pinjaman kereta anda sudah kosong dan pihak bank akan memberitahu yang anda bukan lagi pemilik kereta tu. Sedih, ok!

5. Pinjaman kereta lama dah takda, boleh lah siap sedia untuk penyerahan kereta kepada pihak pembeli.

Siapkan perkara2 di bawah:

1. Buat temujanji dengan wakil pembeli di tempat yang sesuai.

2. Sediakan kunci kereta, kunci pendua dan geran asal. Geran asal kereta i hilang, ok! Mana pergi agaknya. Tak pasal2 i kena pergi jpj untuk buat geran baru. Kena bayar RM50. Nasib baik tunggu kejap je.

3. Bersihkan dulu dalam dan luar kereta dan polish kalau boleh. (I buat semua ni ye…..)

4. Ambik gambar kenang-kenangan. Lepas tu print dan frame. Sayang sangat ni!!!

 

Hari yang dijanjikan……

exora2dah dibersihkan!!, hampir terlupa nak bawak keluar kayu rotan tu

Selamat tinggal Exora ku……

i still miss you……

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

23 thoughts on “BILA MASA YANG SESUAI UNTUK TRADE-IN KERETA, JUAL KERETA LAMA DAN BELI KERETA BARU

  1. nk tny sikit.. sbgai contoh kereta lame trade in kat kedai Tom then amek kereta baru kat kedai Mat.. boleh ke? ke kene buat kat kedai y same y kita trade-in utk amek kereta baru?ke macam mane?

    1. Salam encik,

      Ini terpulang. Yang paling penting sekali ialah kereta baru yang hendak dibeli tu.

      Katalah dalam situasi ni, baki pinjaman kereta sekarang dah lama habis. Encik ada beberapa pilihan kereta yang hendak dibeli di kedua2 kedai. Katalah kereta yang nak dibeli tu kereta baru, maintenance dan servis takda masalah, ikut je jadual.

      Ni saya bagi contoh kalau kereta baru yang hendak dibeli tu kereta terpakai/recon.

      Perkara2 penting yang perlu diberi perhatian:

      1. Pastikan encik test drive dulu kereta2 yg berkenan di kedua2 kedai tu.Mana2 kereta yg hendak dibeli mesti berada dlm keadaan yg sgt memuaskan. Pastikan kalau beli mana2 kereta pun, kereta tersebut boleh tahan selama beberapa tahun. Encik perlu mengambil kira hal2 maintenance kereta tersebut. Adakah senang untuk dijaga dan diselenggara oleh mana2 workshop?

      Katalah kereta terpakai/recon tersebut berjenama dan harganya pun mahal, adakah bajet mencukupi jika kemudian hari ada bayaran repair yg mungkin akan memakan beribu2 ringgit.

      2. Sebelum memilih mana2 kereta yg hendak dibeli (di mana2 kedai tu), adalah lebih selamat kalau encik semak sendiri dgn jpj tentang rekod dan status kereta2 tersebut. Pastikan rekod bersih.

      Kalau encik dah puas hati dgn keadaan kereta2 yg sudah di test drive dan rekod2 pun bersih, masa ni pilihlah mana2 kereta yg berkenan di hati. Tak kisah di mana2 kedai.

      (Takpa kalau kena kelanja mahal sikit masa mula2 nak beli, tapi keadaan kereta masih sgt bagus dan kemungkinan urusan maintenance pun tak serabut dan sgt minima)

      Akhir sekali (ni pun jgn lupa)

      Pastikan pemindahan hak milik kereta lama dilakukan secara profesional dan pantas. Lagi kalau kereta encik memang tak ada baki pinjaman. Seeloknya semak sendiri dgn jpj utk pastikan kereta lama encik sudah dipindah milik.

      Sama juga dgn urusan pemindahan hak milik utk kereta baru. Pastikan segala dokumen insurans, pertukaran hakmilik dan pinjaman bank kereta baru berjalan lancar dan cepat.

      Harap jawapan saya membantu.

      ——

      1. Kalau dah selesai urusan kereta baru, sure ke wakil pembeli jadi beli kereta lama kita, kalau tiba2 dia berubah fikiran taknak beli mcm mana

  2. Tuan.. Kes saya begini.. Katakanlah nilai pasaran kereta saya dalam lingkungan 28k dan nilai baki pinjaman saya dia bank adalah 35k.. Saya bercadang nak trade in kereta kepada kereta 2nd handyang lebih murah ( harga dalam lingkungan 25k).. Persona 2011 kepada nisssan frontier 2004. Apakah perkara yang harus saya buat mengikut pandangan tuan.?

    1. Salam encik/puan/cik,

      Secara umumnya, tujuan utama orang2 yang bijaksana membeli kereta terpakai atau kereta baru yang lebih murah masa mula2 bekerja ialah untuk menjimatkan kos dan MENYIMPAN LEBIHAN TUNAI. (Yang sebenarnya, tak kira lah apa2 situasi sekali pun). Mungkin kita yang lain2 pun hendak menyusun semula kewangan diri sendiri.

      Tapi, walau pun alasan utama ialah hendak menjimatkan duit dengan membeli kereta terpakai, perkara2 berikut perlu diberi perhatian jika kereta terpakai tersebut sudah agak berusia:

      1.Perlu semak dahulu dengan bank sekarang dan bank2 lain mengenai jumlah maksimum financing dan kadar faedah yang akan dikenakan. Ada kemungkinan jika usia kereta sudah terlalu lama, jumlah peratusan maksimum untuk financing adalah rendah dan kadar faedah yang dikenakan tinggi. Jadi tidak berbaloi.

      2. Semak juga dengan bank2 tersebut tentang kelayakan pinjaman untuk pembelian kereta baru (yang tidak begitu mahal). Tiada salahnya untuk pergi ke showroom kereta dan meninjau kereta2 baru dan yang paling penting, bertanyakan jika ada rebet/diskaun yang menarik untuk kereta baru tersebut.

      Dari segi penyelenggaraan, adalah lebih mudah jika membeli kereta baru. Hanya perlu berdisiplin mengikut jadual penyelengaraan yang sudah disediakan.

      Walau pun tiada salahnya jika hendak membeli kereta terpakai, kos2 penyelenggaraan untuk kereta terpakai yang sudah agak berusia boleh jadi membebankan kerana tiada jadual penyelenggaraan dan kereta yang sudah agak lama boleh buat perangai secara tiba2.

      Nasihat saya, buat dahulu sedikit analisa sebelum membuat apa2 keputusan yang terbaik.

      (Jawapan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu saya dan keluarga pernah bertukar2 membeli beberapa kereta terpakai.)

  3. Salam…sy ingin bertanya…sy mempunyai proton preve …bru pakai 6bulan…dan ingin menjualnya…lebih baik jual pada bank atau used car ?

  4. saya nak tumpang tanya..saya ada sebuah proton gen2 1.6 auto tahun 2005..masih ada baki hutang dalam 10k dan saya dah selidik nilai psaran sekarang utk kereta tu dalam 8k-15k..saya berniat untuk tolak kereta saya dan ambil kereta baru memandangkan gen2 saya itu selalu meragam..apa suggestion tuan?perlukah saya cuba masuk loan utk kereta baru dulu?dan kepada siapa saya patut jual kereta tersebut?used car?pembeli perseorangan?atau direct salesman kedai kereta baru tadi?saya buntu…

  5. salam tuan..saya menggunakan kereta kia spectra. beli pada thn 2009 dan tempoh byr 12 thn kepada naza kredit. sekarang dh pakai 7 thn. bercadang nak tukar kereta alza. baki pinjaman lbih kurang 28,000 lg. mcm mana sy nak jelaskan. boleh tolong explain? sy ni mmg tk thu menahu langsung.

  6. assamualaikum,maaf saya dlm dlema skung pakai saga plus loan bnk 9thun bulanan rm460 baru pakai 3 bln..rasa macam nk tukar kereta alza sbb besar siket jd cmna ya..mohon ilmi

  7. Tuan,
    Saya nak bertanya,saya dah habis bayar kereta lama dan nak beli kereta bar,kereta kecualilah,taknak trade in kereta lama, Pertanyaan utk loan kereta baru,bank akan minta dokumen utk lulus loan yg baru ke atau bank pakai dokumen yg dah ada pada pihak bank utk luluskan loan beli kereta yg kedua,Jawab ya tuan TQ…….

    1. Terima kasih kerana bertanya,

      Untuk mendapatkan pinjaman bagi kereta baru (kereta kedua) tersebut, encik boleh semak dahulu tawaran2 pinjaman kereta yang menarik di pasaran.

      Jika encik sudah bersedia untuk membeli mana2 kereta baru/terpakai/recond, wakil penjual di kedai2 kereta biasanya akan memberikan senarai bank2 yang biasa berurusan dengan mereka. Jadi encik tidak perlu bersusah payah untuk menguruskan sendiri urusan pinjaman kereta tersebut.

      Semestinya encik perlu menyediakan dokumen2 terkini untuk diberi kepada pihak bank. Wakil penjual akan berurusan dengan pihak bank dan encik hanya perlu menunggu panggilan telefon dari pihak bank untuk diinterview.

      Harap jawapan saya membantu.

  8. Salam, boleh tanya, macam mana kalau saya booking dulu kereta baru tu, lepas tu baru saya trade in kereta lama saya, boleh kah saya menggunakan kereta lama saya sementara menunggu kereta baru tersebut sampai? Jadi, lepas kereta baru tu sampai, barulah saya trade in. Boleh ke macam tu?

  9. Salam sejahtera

    saya mempunyai dua kereta myvi dan dmax. Apa yang saya mendapati, saya jarang menggunakan myvi yang baru berusia 3 tahun penggunaannya. Jadi saya berhasrat untuk menjualkn. Pada pendapat tuan bolekah saya menjualkn nya pada agen jualan kereta dan apabila di jual adakah saya perlu tambah sedikit wang keatasnya. Bagaimana pula dengan bank? akan berlaku apa2 masalah ke? dari segi nama dan lain2. Diharapkan tuan dapat memberi penjelasan.

  10. Assalamualaikum tuan,

    saya nak tanya, jika saya nak trade in kereta( atas nama isteri) pada bank & kemudian saya beli kereta baru(nama saya) secara cash pula macam mana yea.tujuan tukar kereta nak convert daripada manula ke auto..harap tuan boleh beri penjelasan..syukran

  11. Panjangnya artikel, tapi padat dan berguna untuk dijadikan panduan bila berurusan trade-in ni. Namun, satu bab yang agak penting nak kena beri perhatian bila beli kereta second ialah mengenalpasti ketulenannya, jangan sampai kelam-kabut dan terbeli kereta potong. Ramai yang terkena dengan aspek ni.

    Above all, nice posting..

  12. Bolehkah saya tarik diri atau tak jadi membeli kereta baru yg tempa walaupun loan bank lulus dan deposit sudah di beri, dan pada masa yg sama penjual kereta masih gagal mendaftar kereta yg sudah ada selama tiga minggu. Apa akibatnya.

  13. slam, sy nak trade in kerete.. persona sv kpd preve terpakai. harga preve 36k, persona 28k salesman ambik.. persona masih ada lagi baki 32k dgn bak. persoalan disini ialah, sapa akan byr loan kereta lama? atau perlu sy tulis surat atau mklumkan yg kereta lama sy dh trade in dgn salesman? dan sapa y bertangungjwb tuk byr loan kereta lama, memandangkan sy dh ambik preve used dn bulan kena byr kereta preve.

  14. kes saya.. mahu kereta baru.. kene cari yg boleh dapat cash rebet.. utk dapat lebihan wang .. boleh top up hutang kereta lama… dlm masa yg sama kedai yg sama akan carikan buyer.. dah dapat buyer baru dua-dua boleh gerak seiringan… betul x bro…

    1. cuma ruginya pada masa akan dtg.. value kereta pasti jauh bila nak trade in kereta lain lagi… tapi yg penting dapat kecilkan bayaran bulanan.. dapat kereta baru yg x de masalah.. jimat minyak… InsyaAllah…

  15. salam, nk mintak pandangan daripada yg arif, sy skg ni becadang nak trade in kete viva elite1.0 yg sy beli bln 11 tahun 2012,dan nak beli kete lain..alza advends nk buat full loan,ade prosedur2 lain yang perlu sy buat?kereta sekrg ats name sy n kereta nk beli baru ni sy nk buat ats name suami..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *