Bila hal remeh-temeh mengganggu

Sebarkan...Share on Facebook

Sebelum i meneruskan apa2 penceritaan dalam blog ni, i nak terangkan sedikit hal dulu.  Ni rasanya masa yang sesuai untuk i bagi tau readers kenapa blog ni suka cerita pasal jimat itu, jimat ini.  Jangan membazir makanan dan lain2.  Sebetulnya, banyak isu2 tu, berkait rapat dengan kehidupan i dulu dan sekarang.

Masa i muda dan bujang dulu, i seorang yang agak fokus kalau nak sesuatu hal menjadi.  Tak kisah lah sama ada nak lulus periksa atau dapatkan kerja yang diingini.  Tapi sekarang nampaknya, lagi banyak perkara yang kena diberi fokus.  Nak fokus tulis blog saja tak boleh.  Baju kotor belum basuh lagi.  Macam tu lah.  Dipendekkan cerita, sekarang ni, i nak kena ada balik perangai asal tu.

Nak tunggu duit jatuh ke riba, ya boleh.  Tapi takkan pada masa yang sama, i terpaksa buat kerja remeh-temeh je kot.  Kalau boleh la, i nak buat aktiviti blogging  ni lebih cergas.  Maknanya kena bagi komitmen masa.  Tapi banyak betul hal2 remeh-temeh seharian yang i kena buat.

Hal remeh-temeh ni memang memakan masa berjam2 setiap hari.  Entah kenapa i tak berani pulak nak bersikap “tinggalkan je lah kerja membasuh pinggan tu, esok2 boleh buat”.

Sebenarnya, i dah tawar hati nak minta pertolongan orang lain.  Banyak betul kena bersoal jawab.  Macam mana la nak maju ni??  Kalau yang memang kena bayar pulak, pun banyak masalah.  Apa2 pun sekarang ni, i punya tahap kesabaran sudah memuncak.

Esok2 bila duit jatuh ke riba, Alhamdulillah.  Kalau banyak sangat (mintak2 lah), boleh lah i mula shopping hari2, jetsetting sesuka hati, tak payah masak pasal dah mampu nak bayar gaji personal chef, boleh pergi urut dan spa selalu.  Amboiiiii……….

Jangan tak tau, tiap kali ada cerita keluar dalam blog ni, maknanya i dah ‘buat masa’ untuk mengadap komputer.  I belum ada situasi nak menulis blog sambil bersantai2 dan berangan2.

Sebenarnya, dah banyak tahun pun i teringin nak pergi kelas itu ini.  Nak majukan diri lah, kiranya.  Kelas bahasa ke, kelas komputer ke, kelas masak ke.  Tapi semua tu tak pernah terjadi.  Masa banyak dihabiskan untuk urusan2 rumahtangga.  Orang selalu cakap, kalau sesuatu kejadian tak diingini berlaku, mesti ada hikmah disebaliknya.  Tapi, i pun percaya, kalau perkara yang kita rancang tak jadi, itu pun ada hikmah.

Hikmah yang i dapat daripada tak dapat pergi ke kelas2 yang i sebut tu ialah:

1.  Duit tak keluar untuk membayar yuran kelas2 tersebut.

2.  Tak payah bayar duit minyak, parking dan tol.

3.  Tak payah susah2 nak keluar masuk rumah, bawak kereta sana sini.

4.  Fikiran i tenang dan kosong hanya duduk di rumah.

5.  Rezeki masuk secara tak disangka.

Tapi…….. tapi……… sekarang, bila usia dah meningkat, i terfikir benda lain pulak.  Nak kena ada duit untuk pelajaran anak2 kemudian hari dan yang paling penting belanja diri sendiri untuk hari tua.  Cukup kah?? Kalau u masih muda memanglah tak kan terfikir benda2 gini.  Takpa……. kejar dulu impian anda.  Tapi, i tau i akan menyesal kemudian hari kalau tak mulakan sesuatu dari sekarang.

Untuk nak fokus tulis blog ni, banyak kerja remeh-temeh lain yang i perlu segerakan.  Entah macam mana, bila dah berulang2 buat kerja remeh-temeh tu, jadinya semakin cepat selesai.  Ni pun i anggap satu hikmah, masa untuk diri sendiri ada sedikit bertambah.  Sedikit la.

I memang dah perhati situasi sendiri dengan situasi orang lain.  Kalau sesiapa yang terbaca blog ni dan nak berjaya dalam kerjaya masing2, ni cara2nya.  Pakar motivasi pun tak terangkan secara terperinci.

1.  Kena ada sokongan padu daripada ahli keluarga sendiri.  Tapi kenalah masing2 tolong-menolong, bukan hanya satu pihak.  Boleh tolong tengokkan anak2, tengokkan rumah dan tengokkan orang gaji.

2.  Kena tinggalkan kerja remeh-temeh macam cuci pinggan, cuci baju, kemas rumah.  Carilah pihak lain yang boleh membantu.  Tapi bukan percuma ye.  Ni realiti zaman sekarang.

Nampaknya, dua2 situasi di atas tidak berlaku pada diri i.  Menjadi atau tidak apa2 aktiviti yang membawa untung yang i nak buat, hanya bergantung kepada diri i sendiri.  Buat masa sekarang, i terpaksa berdikari dulu, uruskan hal remeh-temeh sendirian.  Sambil2 tu, nak kena kejar masa tulis cerita dalam blog.  Harap2 nanti2 ada kemajuan.  Mintak2 lah.  Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *