Bila barang2 elektrik rosak

Sebarkan...Share on Facebook

Baru2 ni, i punya vacuum cleaner  rosak.  Lama i pakai vacuum cleaner  tu.  Nak dekat 10 tahun.  Bagus tak bagus ketahanannya.  Lepas tu macam, alamak……. nak kena keluar duit beli vacuum baru.  Masa ni, hampir dua minggu takda vacuum pasal kedekut punya kes nak beli.

Sambil2 tu, pakai penyapu konon nak bersihkan rumah.  Sapu2 habuk terbang sana sini.  I sapu ke depan, ada yang pergi ke belakang.  Bila kerja nak siap ni?  Orang banyak kerja lain nak buat ni.  Untuk pengetahuan, sedari dulu sejak zaman budak, i sememangnya alergik kerja sapu-menyapu ni.  Kah….. kah….. kah….

Dulu2 bila mak i suruh sapu rumah, banyak lah alasan yang i bagi.  Paling senang, i akan cakap, “nak buat kerja sekolah yang banyak tu”.  Selalunya alasan ni menjadi.  Entah kenapa, bila i nampak penyapu atau disuruh sapu lantai, tiba2 i akan jadi pening.  Kalau terpaksa buat, lagi i akan rasa nak muntah.  Sebenarnya, memang i masuk bilik air, termuntah.

Seiring masa berlalu, i terselamat kerja sapu-menyapu tu.  I sanggup baca buku cerita daripada kena menyapu.  Lepas2 tu, dapat sambung belajar, lagilah i riang gembira dapat tinggalkan kerja2 sapu-menyapu tu.  Lagi satu i tak suka, gotong-royong beramai2.  Hellooooo………., i kena kemas sampah-sarap orang ke???

Bila dah kerja, lagilah i terlepas pandang kerja sapu-menyapu ni.  I rasa kerja2 gini membuang masa i.  I rasa kan, i ada sikap…….. “benda kotor tu bukan i buat, jangan suruh2 i ye”.  Sila sapu sendiri.  I rela siram pokok bunga, tanam bunga, pergi beli barang dapur atau pergi tempat shopping daripada kena menyapu.

20141018_114126

vacuum cleaner

Berbalik kepada vacuum, akhirnya nak tak nak, terpaksa jugak beli vacuum baru yang u nampak ni.  Lepas tu, satu famili pakai untuk mengemas kawasan masing2.  Bagus.  Senang sikit kerja ibu…….

Tak lama lepas tu, si mesin basuh pulak buat perangai.  Kali ni macam dah serius.  Dah nazak sangat.  Pasal apa, sebelum2 tu memang mesin tu dah buat perangai pun.  Ada la dua kali i panggil orang dari servis centre nya datang repair.  Tapi kali ni, nampak gaya macam dah tak boleh diselamatkan lagi.  Tak boleh nak spin betul.  Bila tengah spin, mesin basuh tu macam nak meletup.

Pakat ke apa dua2 benda ni nak rosak.  I pun tunggu sampai mesin basuh tu betul2 dah mampus, baru i pergi survey  mesin basuh terkini.  Duit lagi keluar…….. Mesin basuh yang rosak ni pun lama jugak i pakai.  Tapi vacuum tu lagi lama.

Mungkin juga ada hikmah di sebalik nak kena beli mesin basuh baru tu.  Sebelum tu masa pakai mesin basuh lama, kain baju, i akan basuh dua kali.  Ya, basuh dua kali, dua set pusingan.  Pusingan kedua tanpa sabun.  Tak silap mesin tu tak boleh bilas berulang secara automatik.

20141018_114316

mesin basuh

Bila dah survey  macam2 brand  mesin basuh dan teknik2 nak pakai, i pun beli yang brand Hitachi ni.  I tengok mesin ni boleh bilas dua kali secara automatik.  jadinya, i dah tak payah nak basuh dua kali macam orang gila.  I masukkan satu set baju, mesin tu basuh, bilas dua kali, siap.

Jangan tak tau, benda2 lain yang buat i alergik ialah bau2 pencuci.  Bau sabun basuh baju tak hilang, bau pencuci lantai dan bau softener.  Habislah kalau nak kena review  produk2 macam ni.  Memang tak lepas.  Tapi kan, bau Dettol dan bau pencuci jamban i tak alergik pulak.  Macam i ok je dengan produk2 yang bau2 nya macam ubat.

20141018_114534

produk2 Dettol dan ‘sunlight’

Ohhhh…….. bila u all  baca cerita ni, mesti tanya kan……. “tak de ke orang gaji?” atau “takde ke part time maid?”.  Ya, i pernah ambik 2-3 orang part time cleaner.  Ingatkan bila orang2 macam ni datang rumah i membersih, bolehlah i terbongkang ke, kan.

Tapi tak, tengok2, i lah yang kena ambik dan hantar dari pintu ke pintu.  Jadi, ada ke masanya yang i boleh jimatkan?  Dah la kena bayar upah, duit minyak kereta dan masa lagi kena keluar masuk kawasan rumah.

Lepas2 tu, i suruh dia orang datang naik teksi.  Balik pun sama.  Menapak lah sikit.  Aiyooo…….  Jadinya penat pulak dia orang ni.  Muka letih, badan letih.  Bila buat kerja jadi tak bersih.  I pantang betul nak kena pot pet kat orang lain macam mana nak bersih rumah, macam mana nak basuh bilik air berulang kali.

Akhirnya, baik tak payah.  Tu belum lagi i kena bagi duit lebih untuk tambang teksi pergi balik.  Ada ke untung?

Bila difikir, bukannya i tak boleh buat sendiri kan, kerja2 membersih rumah ni.  Sila tengok jugak situasi masing2.  Kalau situasi mendesak, contohnya ada orang tua yang uzur kena dijaga sepenuh masa, lepas tu, u  pulak kena cari rezeki, kenalah ada pembantu kan.  Macam situasi i, hanya kemalasan menguasai diri.

Yang i lega bila kita mak2 buat kerja2 rumah, mungkin anak2 akan ikut.  Mungkin lah.  Tengok2 anak i rajin membersih bilik sendiri.  Tak payah disuruh.

Pasal tu sekarang, i sengaja nak hidup secara minimalis.  Hargai apa yang ada di sekeliling.  Kalau kurang barang dalam rumah, semak pun kurang.  Kerja mengemas dan membersih pun kurang.

Ok, penat lah pulak membising pasal hal kemas-mengemas ni.  Hari ni hari Sabtu.  Malas nak fikir nak buat apa.  Barang2 dapur dah beli semalam.  Mungkin nak terbongkang balik lepas ni.

 

Selamat berhujung minggu ya …………….

 ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *