hotelEV

BERMALAS-MALASAN DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

Sebarkan...Share on Facebook

Masa cuti krismas hari tu, i dan famili pergi ke Hotel The Everly, Putrajaya. Hotel ni terletak sebelah menyebelah dengan Alamanda shopping centre. Masa tengah rancang nak pergi ke kawasan mana cuti2 ni, i sebenarnya nak mengelak dari pergi ke MidValley atau Sunway Pyramid. Nanti duit banyak habis!!!

Lagi pun, kita orang dah pernah buat aktiviti yang sama, yakni bermalas dan shopping kat dua tempat tu. Baik melepak kat tempat lain yang tak pernah sampai. Boleh tengok suasananya macam mana.

Ada kawan pernah gelakkan i, pergi MidValley pun nak duduk hotel. Eh, suka hati i lah. Lagi seronok duduk kat Boulevard Hotel di MidValley tu untuk 2-3 malam sambil keluar masuk beli barang. Tak stres.

Masa nak cari maklumat mengenai hotel2 di Putrajaya ni, hotel ni je yang duduk kat sebelah Alamanda. Hotel lain macam Pullman dan Marriot walau pun tak jauh, tapi i rasa cerewet nak keluar masuk jalan2. Lagi kalau dah duduk dalam bilik hotel 5 bintang, i mungkin tak keluar bilik 2 hari. Haha……

Motif ke Putrajaya hari tu cuma nak jalan2 cuci mata dan pergi ke tempat shopping. Ada barang menarik boleh beli, kalau takda, selamat duit.

Ada pendapat yang mengatakan, sejak IOI City Mall dah bukak, Alamanda dah jadi kurang meriah. I mana la tau. I tak duduk kat kawasan2 situ. Ada masa i malas nak dengar cakap2 orang. Lagi pun takda hotel yang melekat kat tepi IOI City Mall tu.

Dipendekkan cerita, dua2 tempat shopping, Alamanda dan IOI City Mall kita orang pergi. Memang tak jauh pun. Bawak kereta dalam 10 minit je dari Alamanda.

Hotel Everly Putrajaya ni bertaraf 4 bintang dan kalau dari bilik pun boleh nampak tasik, memang dah rasa puas hati. Masa HM nak check-in, kena beratur panjang. Ramai orang kampung…… ehh…… dan orang bandar pun datang.

2-3 hari sebelum datang, HM dah siap2 bayar kat online untuk dapatkan dua bilik besar bersambung. Mungkin kerana terlambat sikit masa nak check-in, bilik satu lagi dah diambil. Tak pasal2, kena tukar bilik.

…….

Nak pergi ke Alamanda, lepas keluar dari lobi, jalan kat sebelah tepi bangunan hotel. I pun tanya jugak kat reception untuk pastikan jalan. Ada tanda arah ke Alamanda. Sepanjang kawasan jalan ni memang ada bumbung. Dua tiga minit je menapak.

toalamEVtoalammEV

KAWASAN JALAN KAKI KE ALAMANDA DARI THE EVERLY HOTEL PUTRAJAYA

Senangkan. Senang nak menghabiskan duit!!!

…….

SUASANA BILIK HOTEL DAN MAKAN2 DI EXECUTIVE LOUNGE HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

Mari tengok keadaan bilik. Bilik yang ni pun agak besar. Bilik air ada tempat shower dan bath tub. Tak pasti sama ada semua bilik kat hotel ni mengadap tasik. Bilik ni dan bilik sebelah memang nampak tasik. I sempat mengelamun dan lupa terus nak ambik gambar dari tingkap.

pantryEVroomEV

Kawasan pantri tu dah ada sink jadi tak payah nak tadah air dari bilik air untuk buat air teh. Ruang kat celah tengah tu ada meja untuk buat kerja. Bilik besar yang kita orang terlepas tu ada ruang tamu kecik bersofa.

kingEV

katil king

Hotel ni ada executive lounge yang sederhana luas lagi kan comel. Makanan pun kecik2 comel semuanya.

exlEV

Hari kedua i cepat2 ajak HM naik atas untuk ambik makanan yang i nak sebelum dah habis. Waktu operasi bermula pukul 5.30 petang.

…….

Sebenarnya, sejak dari rumah pun, ada rancangan nak masuk ke taman2 kat Putrajaya. I tau banyak taman2 kat situ. Masa anak2 i tadika lagi, kita orang dah masuk ke kebanyakan taman2 kat Putrajaya tu.

Hari tu, bila dah sampai Putrajaya dan nampak tanda arah taman2, rasa malas pulak nak masuk. I rela pergi ke Alamanda dan IOI City Mall. Kan tengah ada year end sale kat satu Malaysia. Yang penting, dulu dah pernah pergi.

Selain jalan2 ke Alamanda dan IOI City Mall, ada jugak rasa nak naik cruise. Masa lalu kat kawasan Masjid Putra, ramainya orang merata2. Lain kali jelah. Jadi, dah takda aktiviti lain nak buat, apa salahnya pusing2 kat kawasan Putrajaya ni.

SUASANA JALAN2 RAYA DI KAWASAN PUTRAJAYA

mosqspEV bdingsEV

bdingEVputrajEV

Jalan raya lengang kat kawasan bangunan pejabat kerana hari cuti. Tapi kat kawasan tumpuan pelancong, memang ramai manusia.

bridgeEVdamEV

Ni jambatan dan empangan nak pergi ke arah putrajaya convention centre. Kita orang berhenti kejap untuk ambik gambar. Ramai betul orang melepak kat sini.

 

bersambung…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *