Barang2 yang dibeli dari TESCO online, beli balik pisang goreng

Sebarkan...Share on Facebook

Hari tu kan i ada beli barang2 dari TESCO online.  I tak la berharap 100% semua barang akan sempurna.  Memang gini kan kalau beli barang2 secara online.  Masa barang2 yang i pesan dah sampai, i semak sebiji2.

U tengok resit, i ada order mister potato. Bila i keluarkan je dari plastik, nampak dah kemek habis sebelah bekasnya (yang perisa bbq).  Selamba je dia orang letak dalam plastik.  Dengan harapan pelanggan tak tengok2 dulu???  Memang tak patut diterima langsung barang macam ni.  I pun cepat2 cakap kat orang delivery tu, “ni tak nak”.  Bila i goncang sikit bekas kerepek tu pun, boleh dengar kerepek2 hancur.  Kalau macam ni, bekas tak kemek pun, i tak nak.

20150514_180735

Ni pun pertama kali i tolak bayaran untuk satu barang yang tak berapa elok. Rupanya tak cerewet pun.  Masa tu jugak harga mister potato tu boleh ditolak.  Lega, tak da nak soal jawab. Telur pulak ada satu biji yang retak.  Macam sebelum ni yang i pernah kena.  Sebelum i masukkan telur2 dalam peti sejuk, i bilas dulu semua telur.  Tu yang jumpa satu dah retak.

Kebetulan masa tu telur dalam peti sejuk dah habis dan i pun malas nak keluar rumah hari tu. Tu yang terpaksa beli jugak.

Buah2 memang ok.  Ni buah mangga yang dah dipotong.  Elok manis.

20150514_180322

Tu jelah serba sedikit hal2 yang tak diingini masa beli barang2 kat TESCO online. Yang penting, kena semak dulu barang2 sebelum bagi kad untuk buat bayaran.

 

—–

Cerita pisang goreng ni tak da kena mengena dengan online shopping.  Ni semalam punya makanan.  Cerita ni entah apa2.  Kan GST dah sebulan lebih.  Masa awal2 GST tu, konon2 nak jimat duit, jangan beli banyak sangat makanan itu ini. Entah kenapa, pisang goreng pun termasuk dalam senarai.  Kesian kakak yang jual pisang goreng tu.  GST punya pasal, i selaku pelanggan terpaksa tak beli pisang goreng dia.

20150513_151206

Berminggu jugak i tak singgah beli.  Nak tau, mungkin pasal dah lama kakak tu tak nampak batang hidung i, bila i beli, i memang kira2 dia letak banyak.  Contoh, kalau pisang goreng RM2, dapat 5 keping. Ni dia bagi 8 ye.  Suka dia nampak i datang.  Yelah kak, lepas ni i datang balik tapi tak boleh selalu.

Kalau pergi tempat shopping pun, i tengok ramai…… jeeee……. orang sekarang.  Kalau nak jimat sangat, mesti orang duduk rumah je kan.  Masak dan makan kat rumah.  Tapi i nampak ramai je orang makan kat restoran mahal2 masa lunch hour.

Kata nak jimat……….. ehh…..tak kisah lah, duit masing2 ……. apa i nak sibuk2 pulak kan……

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

One thought on “Barang2 yang dibeli dari TESCO online, beli balik pisang goreng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *