2 RESIPI IKAN YANG MENGGUNAKAN CILI KERING

Sebarkan...Share on Facebook

Dah lama saya serik beli barang2 dapur sekali banyak kerana ada kemungkinan bahan2 tersebut tak digunakan langsung. Tapi, kalau di dalam rumah ada ahli keluarga yang ramai, seeloknya memang kena beli barang dapur sekali banyak dan disimpan.

Di sini saya cuba buat experimen untuk membeli barang2 dapur yang diperlukan sahaja.

Semasa nak membeli ikan, saya beli ikan2 yang harganya sedang berpatutan tapi kenalah sesuai dengan resipi yang akan dimasak.

Untuk mengelak pembaziran, saya tak beli asam keping atau asam jawa.

Untuk menjimatkan masa, boleh masukkan sayuran dalam kuah asam pedas tu seperti bendi dan nenas. Kalau alergik sangat kat dua2 tu, tak perlu masukkan apa2 sayuran dan tak payah beli pun.

Bahan2 kisar ni saya sediakan 2 hari sebelum memasak. Cili2 kering boleh disediakan melalui 2 cara. Tengok SINI 

 

 

ciliteratai

(nampak sama tapi tak serupa)

(Setiap hidangan ialah untuk 2-3 orang)

RESIPI IKAN GORENG BERSAMBAL

ciliikan

Bahan2 kisar:

  • cili kering (50g)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • sedikit air

Bahan2 utama:

  • Ikan kembung (dibersihkan, dilumur dengan garam dan lada hitam) dan digoreng
  • Sebiji bawang besar (dihiris)
  • Beberapa titis air limau nipis

 

Cara memasak:

  1. Dalam kuali, masukkan minyak
  2. Tunggu sekejap hingga minyak agak2 panas, masukkan bahan2 yang sudah dikisar
  3. Masak sehingga betul2 masak
  4. Masukkan bawang besar
  5. Kacau semua bahan dan rasa dulu
  6. Letak sedikit air jika terlalu kering
  7. Perasakan dengan gula dan garam
  8. Perahkan beberapa titis air limau nipis
  9. Kacau sehingga sambal sudah masak dan rasa pun sebati
  10. Tutup api
  11. Tuangkan sambal ke atas ikan.

 

♥ ♥ ♥ ♥

RESIPI IKAN SIAKAP ASAM PEDAS

ciliasampedas

Bahan2 kisar:

  • cili kering (50g)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • sedikit air

Bahan2 utama:

  • Ikan siakap (dibersihkan)
  • Daun kesum (dibersihkan)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan air

 

Cara memasak:

  1. Dalam periuk, letakkan minyak dan tunggu hingga sedikit panas
  2. Tumiskan bahan2 yang sudah dikisar dan serai sehingga terbit bau
  3. Masukkan air dan kacau bersama bahan2 hingga sebati
  4. Tunggu sehingga kuah hampir masak
  5. Rasa dahulu kuah tersebut sebelum memasukkan ikan
  6. Perasakan dengan gula dan garam
  7. Masukkan ikan
  8. Masukkan daun kesum
  9. Tunggu sehingga ikan masak
  10. Tutup api.

 

——

(agak2 la semua bahan2 di atas tu ye)

 

♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *